Thursday, November 29, 2012

Pilih Perabot Untuk Rumah Baru

Assalamualaikum semua..


Phewww letih betul sejak dua tiga hari ni..Mana taknya, saya dan suami asyik masuk keluar masuk balik ke dalam kedai perabot yang ada di sekitar Penang ni..Itulah kerja kami dari pagi bawa ke malam..Semalam pun ada juga kami survey perabot, tapi kami terpaksa buat plan betul-betul dan senaraikan apa yang perlu dan tak perlu ada..



Sebab apa tau..Sebabnya, ikut plan A, bilik tidur patut nak buat di tingkat atas, dah beli siap katil dan tilam semua..Tup-tup bila dah hantar katil, tilam pula tak muat nak bawa naik ke atas sebab ruang antara tangga dan pintu bilik tak cukup luas nak sengetkan tilam tu..Adehh..haru juga..So, bincang balik dengan suami, kami decide, master bedroom ditukar ke bilik depan saja..Plan B..



Since that, semalam kami ambil plan rumah (suami saya siap lukis plan rumah ikut ukuran rumah lagi, very particular) dan senaraikan perabot dan barang elektrik yang perlu ada..Yang besar-besar tu yang costly..Maklumlah rumah pun kosong..Semuanya kena beli..Adehh berpinar biji mata tengok harga barang elektrik dan perabot..huhu



Antara sofa bed yang dalam list kami..











Ni satu saja sofa bed yang kami tengok di IKEA waktu ke KL hujung minggu lepas..
Balik ukur dulu area nak letak sofa bed ni dan tengok sesuai atau tak..Kalau sesuai...serbu lagi ke kedai perabot tu..Uncle, tak nak ke you bagi free saja maa? hehe


Wednesday, November 21, 2012

Bersyukur Saat Diuji - Prof Muhd Kamil Ibrahim

Assalamualaikum semua..


Kali ni saya nak kongsi tentang sebuah buku yang sangat bagus untuk santapan minda dan rohani kita..Buku hasil tulisan Prof Muhd kamil Ibrahim yang saya beli di Popular, Tesco, tempat kejadian aksi Hindustan kelmarin tu lah..(^^)






Siapa yang rasa-rasa otak tengah serabut dan pening fikir masalah atau diuji dengan apa-apa ujian, silalah rajinkan diri beli buku ni..Harga saya beli di Popular RM 22.00..Saya tertarik nak beli buku ni sebab saya terbaca dalam blog Prof Muhd Kamil (Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan) pengalaman beliau yang bagi saya sangat menarik..Bahasanya mudah dan senang faham..Boleh masuk terus dalam kepala..



Saya tak nak ulas panjang tentang buku ni, cuma anda kena beli dan baca sendiri dengan mata hati..Saya mula baca dan terus baca sampai last page..Tak rasa nak berhenti pun bila dah mula baca..Sesungguhnya, bersyukurlah saat diuji..(^^) Dan bersyukur juga walaupun kita diuji, kita masih boleh tidur lena, sedangkan ada saudara kita yang sedang diuji, antara hidup dan syahid di Gaza..

Macam-Macam Ragam Manusia

Assalamualaikum semua..
roundpenang.blogspot.com



Pernah makan di Nasi Kandar Beratur di Pulau Pinang? Ok, ramai yang pernah makan disini rasanya..Harga disini lebih murah tau kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak lain yang sedia ada restoran dan cawangan tu..Tapi dalam entry ni, saya bukan nak cerita tentang kedai makan ni..Saya nak cerita apa yang berlaku di sekitar kedai nasi kandar ni, pada malam saya dan suami makan disini beberapa hari lepas..
Waktu kami sampai dan parking kereta di tepi jalan, ada seorang lelaki pangkat pakcik, melambai-lambai pada kami dan cakap sesuatu..Dia datang dekat dengan kereta..Pakaian nampak kotor dan serabut..Tak jadi kami nak keluar..Nampak macam mabuk saja..Cakap apa pun tak faham dan tiba-tiba saja dia bongkok dan tunduk di jalan..Depan kereta kami..Adalah dalam 5 minit juga macam tu..Diam saja..Saya cakap pada suami, 'Apa pula yang dia buat tu? Takkan tertidur kot?'
Kemudian dia berdiri, dia cakap 'Ok bos, ok, parking sini'..Sambil tangan tunjuk tanda best a.k.a thumbs up..Kemudian dia nampak ada kereta yang baru nak parking di seberang jalan, dia jerit 'Ok bos, ok parking ok'..Dia pergi pula pada kereta tu..Barulah kami keluar dari kereta..Terus ke kedai nasi kandar..
Bila dah nak habis makan, dalam banyak-banyak suara orang bercakap di situ, tiba-tiba dengar macam orang mengaji ayat-ayat Al-Quran..Aik? Saya tercari-cari juga, siapa yang tengah mengaji ni..Kemudian bila kami nak ke kereta, nampak seorang lelaki, pakai lengkap, siap dengan ketayap, pegang tongkat orang cacat penglihatan, tengah mengaji dengan suara yang kuat di bawah pokok dekat dengan meja makan kedai nasi kandar tu..
Saya pun tak pasti, memang dia ada di situ tiap-tiap malam atau pun malam tu saja..Suara dia mengaji sangat lantang dan sedap juga..Ada juga saya terfikir, tak adakah siapa-siapa yang berkenaan nak ambil dia untuk diasah bakat mengaji tu?..
Bila nak sampai ke kereta, nampak pula di seberang jalan ada sekumpulan budak-budak muda belasan tahun, lelaki, melepak ramai-ramai..Ada yang duduk atas motorsikal, ada yang tak berbaju, ada yang tengah hisap rokok, ada yang ketawa dan bercakap seolah-olah semua orang disitu pekak-pekak saja..Kuat sangat dik oiiiiii..
Bila masuk dalam kereta, tiba-tiba saja pakcik tadi datang balik..Dia kata 'Ok bos, ok'..Suami saya hulur RM 1.00 sebab nak dia jauh sikit dari kereta..Orang macam tu dapat RM1.00 pun dah ok..Terus dia angkat ibu jari dan tengok nombor plat kereta kami..'WMW Wilayah Perkesutuan, bagus, bagus'..Pakcik tu kata sebelum dia cari kereta lain pula..Kami gelak sajalah..Sebut pun tak betul dah..
Saya tanya suami, 'Abang bagi seringgit ka?' Suami saya jawab, 'Lebih baik bagi duit walaupun seringgit, daripada dia p mencuri kat mana-mana pula..Kurang sikit pencuri'..Betul juga, kan?
Hmm macam-macam ragam manusia yang saya dapat tengok malam tu..Semuanya buat hal masing-masing dengan cara masing-masing..Nampak macam ada yang tak kena, tapi mungkin tu saja cara mereka rasa bahagia..Entahlah..Cuma yang simpatinya, semuanya dari bangsa sendiri..Kesian.. 
*Google..tak terfikir pun nak ambil gambar semua kejadian tu..

Tuesday, November 20, 2012

Kejar Pencuri Di TESCO!!

Assalamualaikum semua..



Semalam, suami bawa saya ke Tesco..Memang nak beli barang dah dua tiga hari tertangguh..So, kebetulan suami saya tak 'outstation', kami rondalah di Tesco ni..Orang taklah ramai sangat pun..Hujan waktu ni..Selepas beli apa yang patut, suami saya nak singgah di kedai Bata pula..Saya pun minta izin nak ke Popular nak cari buku..Nun di hujung sana..



Lama tak membaca, rasa macam makin tumpul pula otak ni..Jangan sampai 'berkarat' otak sudah..Tengah belek-belek buku tiba-tiba dengar kecoh-kecoh di luar pintu masuk ke Tesco..Apa yang jadi tu? Dengan perasaan busybody juga macam orang yang dah makin ramai di luar tu, saya pun panjangkan tengkuk tengok apa yang jadi..



Nampak pekerja Tesco bawa seorang lelaki sambil marah-marah..Apa entah yang dikata, tak jelas pun..Kemudian mereka masuk dalam Tesco dan berlakulah adegan aksi Hindustan..Hehehe aksi kejar-mengejar di celah-celah rak-rak barang Tesco antara guard, pekerja dan lelaki yang dikatakan mencuri tu..Hmm macam kartun juga saya tengok..



Dia lari ke kiri, semua guard lari ke kiri..Dia lari ke lorong kanan, semua guard lari ke lorong kanan..Akhirnya, penat kot nak lari, dapatlah ditangkap balik pencuri tu..Puas kena marah, dipegang tangan ke belakang, dua tiga pekerja dan guard bawa lelaki tu ke bilik 'pemulihan' suami saya kata..hehe (Selepas saya ceritakan kejadian tu pada dia yang baru sampai di Popular) Saya pula kata 'Mungkin bawa masuk ke toilet kot, kena flush dulu..hehehe'



Jahat tak saya? Jahat sikit-sikit saja..



Mungkin masuk bilik siasatan kot di belakang tu..Dekat dengan toilet ok..hehe..Terdengar jugalah guard tu cakap lelaki tu sorok barang dalam baju..Entahlah betul atau tidak..Tapi bukan warganegara Malaysia..Tengok muka pun dah tau negara mana..  



Gambar di atas diambil selepas kejadian ok..So tak ada kena-mengena semua individu dalam gambar dengan kejadian tu..Semuanya hanyalah pelanggan sahaja..Saya tak kalut dan sibuk pun nak ambil gambar kejadian..Jadi dalam masa yang singkat..
Suami saya dengan selambanya kata, 'Eh jom, abang pun nak curi barang jugalah kat sini..' Sambil laju saja dia buat aksi nak curi barang dalam Popular..Cissssss..Malas saya layan, saya teruskan usaha cari buku..Gelak-gelak dia pun cari buku juga..(^^)
End of the story..

Monday, November 19, 2012

Nasib Kita Semua Memang Tak Sama

Assalamualaikum semua..



Hmm saya termenung panjang semalam selepas balik dari rumah saudara..Cerita yang disampaikan tentang nasib seorang saudara saya..Terdiam saya sepanjang jalan..Suami saya memandu dalam keadaan diam juga..Masing-masing melayan perasaan sendiri..Nak luahkan dan berbincang dengan suami, rasa macam-macam persoalan ada dalam kepala ni..So, layankan saja perasaan tu sendirian..

*Google



Bila difikirkan balik, nasib setiap manusia ni memang dah ditakdirkan..Tapi kita boleh mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri yang berusaha..Saya tengok balik setiap orang yang pernah saya jumpa dalam hidup saya..Ada yang belum kahwin, tapi hidup bahagia..Ada yang dah berkahwin, tapi hidup porak-peranda..Ada yang berkeluarga, kaya, hidup mewah, tapi hubungan sesama mereka tidak mesra, ada jurang yang dalam..Ada yang bahagia bercinta bertahun lamanya, tapi jodoh hanya setakat itu sahaja..



Ada juga yang saya jumpa, hidup sederhana, rumah biasa-biasa, dah berkeluarga, tapi mereka hidup gembira, sangat mesra dan akrab..Ada juga yang berkahwin atas dasar pilihan orang tua, hanya mampu menurut, bila dah kahwin, dialah isteri dan suami yang paling bahagia..Tapi, ada juga yang berkahwin atas dasar cinta sepenuh jiwa, malangnya, isteri dan suami tak mampu dan tak berilmu nak uruskan rumahtangga..Lintang-pukang juga jadinya..



Saya renungkan balik, setiap manusia itu nasibnya tak sama..Ada yang diuji dengan ujian yang hanya dia saja yang mampu tanggung..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Tuhan itu Maha Adil..Dia hanya menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian tersebut sahaja..Nasib masing-masing, rezeki masing-masing sekiranya diuji..Yes, ujian itu pun dikira rezeki..Rezeki untuk dia menambah pahala dan sentiasa ingat padaNya..



Saya harap dan berdoa, semoga saudara saya itu pandai mengawal dan mengubah nasibnya..Saya hanya mampu berdoa sahaja..Walaupun jauh, saya tetap ambil tahu dan sangat mengharapkan dia bahagia..



'Ya ALLAH ya Tuhanku, berilah kebahagiaan dan kesejahteraan kepada saudaraku..Peliharalah dia dan keluarganya..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuknya..Aminnn..'

 
*Google

Saturday, November 17, 2012

DIY : Cara Potong 'Layer' Rambut Sendiri

Assalamualaikum semua..


Terima kasih kalau anda masih sudi baca entry ni pula, sambungan dari entry sebelum ni..Ok, jom kita tengok apa yang saya buat untuk mulakan DIY potong 'layer' rambut sendiri ni..
p/s : Sila rujuk entry sebelum ni dulu ok
Ok, bila dah ready depan cermin, saya ambil rambut bahagian depan untuk dibuat 'bang'..Macam dalam gambar bawah ni..Semua gambar dari Google, tak ada pun gambar saya sendiri..Harap maklum..(^^)



*Google 



Rambut lain saya sepit guna penyepit besar..Guna tangan kiri pegang rambut dan tangan kanan pegang pisau cukur..Saya kidal, so terbaliklah..(^^) Kemudian letak pisau cukur pada rambut, dari atas tarik ke bawah sikit-sikit saja..Layang-layang saja..Potong ikut berapa pendek anda suka..
Sebaiknya jangan basahkan rambut anda..Sebab kalau rambut basah, rambut nampak lebih panjang, tapi hakikatnya, bila dah kering, rambut akan jadi pendek..Kalau basah, terpotong pendek, bila dah kering, nanti rambut nampak pelik..Macam mana nak adjust lagi..(^^)
Bila dah puas hati dengan hasilnya, boleh buka sepit rambut dan bahagikan rambut pada 2 bahagian..Bahagi rambut yang selari dengan telinga anda dan sepit atas kepala..Rujuk gambar..



  
*Google

Bahagi kepada dua bahagian dan bawa semuanya ke hadapan..
Rujuk gambar di bawah..



 *Google

So dari depan, anda boleh mula potong..Ambil pisau cukur, letak pada rambut sebelah kiri atau kanan dulu pun boleh..Tarik ke bawah layang-layang saja..Buat sampai anda dapat potongan yang anda suka..Kalau rambut anda jenis yang tebal, kena bahagi rambut pada beberapa bahagian yang anda boleh pegang, senang nak potong..Sepit dengan bobby pin tu dululah..
Bila dah siap, pastikan panjang pendek kedua-dua belah rambut sebelah kiri dan kanan kepala anda tu sama panjang ya..Jangan ada yang senget pula..Kalau senget pun anggaplah senget itu seni..hehehe..Taklah, potonglah bagi sama cek..(^^)



Kemudian, ambil rambut yang disepit atas kepala tadi dan bahagi dua, kiri dan kanan, bawa ke depan sama macam proses tadi..Buat proses yang sama juga sampai anda dapat hasilnya..(^^) Kalau rambut anda tebal dan nak nipiskannya, layangkan beberapa kali pisau cukur pada rambut anda..Dari atas, tarik ke bawah sikit-sikit..Pastikan balance kiri dan kanan..Memanglah kita tak boleh nampak dari belakang, tapi boleh rasa sendiri sama ada balance atau pun tidak..



Bila dah siap, bergantung pada kreativiti dan imaginasi anda, beginilah hasil yang anda boleh buat pada rambut anda..



 
*Google
      
Lebih kurang sama dengan hasil yang saya dapat..(^^)
   
   
*Google
*Google


Puas hati bila dah siap potong..Jimat RM 12 - 15 bila potong sendiri..Tak payah susah-susah nak cari kedai gunting rambut lagi lepas ni..Settle masalah..Sengih-sengih saya kemas meja dan alat yang saya guna sampai tergenggam pisau cukur tadi..Terluka dan berdarah jari cek..huhuhu..Tapi tak apa, puas hati sebab misi berjaya! (^^)



Anda berani? Kalau berani, cubalah sendiri..Dan kongsikan dengan saya hasilnya ok..


DIY : Potong 'Layer' Rambut Sendiri

Assalamualaikum semua..

*Google

Pernah tak anda menghadapi masalah nak cari kedai gunting rambut yang memang untuk Muslimah sahaja? Tak bercampur 'unisex' untuk lelaki dan perempuan? Hmm kalau anda pernah rasa susahnya nak cari kedai gunting rambut khas untuk Muslimah sahaja, memang anda kena baca entry saya kali ni sampai habis..Sure lepas ni, saya jamin (hehe berani pula nak bagi jaminan) anda akan kata selamat tinggal kedai gunting rambut..
Saya pun dah lama perhati dan cari di Pulau Pinang ni kedai gunting rambut khas untuk Muslimah saja..Tapi setakat yang saya tahu, cuma ada satu saja kedai memang untuk pelanggan perempuan saja..Tapi sekejap saja dia buka di Gelugor lepas tu berpindah ke Relau pula..Sepanjang tempoh tu, saya dah susah hati sebab tak tau nak gunting rambut dimana..Memanglah banyak salon dan kedai gunting rambut kat Penang ni..Tapi semuanya bukan Muslim..Rambut tu aurat, kena jaga walau nak potong pun..
So, dah sampai tahap rimas dah rambut saya dah panjang sampai melebihi bahu, saya pun mulalah fikir secara kreatif macam mana kaedahnya kalau nak potong rambut sendiri..Godeklah internet dan Youtube..Tup-tup jumpa satu brand ni Creaclip namanya..Memang mudah cara nak potong guna benda alah ni..Tapi imported dan susah nak cari di Malaysia..Ke ada yang tahu dimana nak beli di Malaysia ni?


*Google
Then godek lagi..Terjumpalah satu video ni macam mana nak potong rambut sendiri guna apa yang ada di rumah sahaja..Tak payah nak beli Creaclip ke apa..So, dengan semangat wajanya, saya pun terus excited nak kerjakan rambut saya ni..Fuhh, first time nak potong rambut sendiri ni, sebelum ni trim sikit-sikit saja..Kira habis nekadlah ni nak potong juga..So, saya pun sediakan semua alatannya macam dalam gambar di bawah ni..
Eh mana gunting? Yes, tak ada gunting pun..Saya cari pisau cukur yang dah digunakan..Encik suami saya tak ada di rumah, so saya geledah barang dia..hehe..Kalau nak guna yang baru, takut tajam sangat nanti tak pandai nak agak, terlebih potong pula..Sikat besar boleh, sikat kecil pun boleh..Penyepit rambut besar dan bobby pin yang kecil-kecil tu.. 
Then, saya ambil meja Jepun, letak depan cermin, saya duduk bersila..Saya lapik suratkhabar lama atas meja, saya ambil baju lama dan selimutkan badan, kepit dengan peyepit baju dari belakang..hehe kan semua benda dah ada di rumah tu..(^^)
So macam mana nak mulakan potong rambut sendiri? Sambung dalam entry selepas ni..Kalau saya buat semuanya, nanti dah jadi novel 120 muka surat pula..Ok jom kita tengok next entry..

Thursday, November 15, 2012

Ingat Tarikh Ulang Tahun Perkahwinan Anda?

Assalamualaikum semua..



Ada yang sambut anniversary perkahwinan tak hari ni? Kalau ada, tahniah diucapkan..Semoga jodoh berpanjangan hendaknya..Aminnnn..Siapa yang baru saja berkahwin tu, silalah ingat tarikh perkahwinan anda mulai sekarang..Hehe baru-baru kahwin ni, memanglah semua tarikh ingat lagi..Masuk tahun ke 5, 6 nah, buat-buat lupa dah bila tarikh anniversary..
Baru-baru ni..errr taklah baru sangat, dah lama pun, 26 Oktober, yes hari Raya Haji, saya dan suami 'sambut' anniversary kami yang ke empat tahun..Dah empat tahun dah habaq hang..Rasa macam baru saja tawin..Tapi rasa macam dah lama kenal..hehe..Kami akad nikah dulu dan bulan Disember baru kenduri..Macam-macam sebab kami buat kenduri lambat..Salah satu sebabnya, arwah mak saya baru saja meninggal dan kami berdua tunggu abang saya buat persiapan kenduri juga..Kenduri dua pengantin..Adik dan abang sekaligus..Jimat segala segi..(^^)
Bila dah masuk tahun keempat kahwin, saya rasa banyak sangat benda yang dikongsi bersama suami..Dialah kawan, dialah lawan..Dia jugalah 'punching bag' saya..Hehe 'nasib badan', suami saya selalu kata..Masa anniversary kami hari tu, kami tak beria pun nak sambut..Just makan berdua..Tapi..hehe ada tapinya..Tapi saya dapat hadiah juga tau..



Taddddddaaaaa..






Suami saya bagi hadiah ni awal seminggu sebab dapat pakej dengan nombor cun..
I lap u lah bang..



Mula saya ingat suami saya tak akan bagi hadiah apa-apa, sebab dia sangat sibuk seminggu dua sebelum anniversary kami..Tapi saya memang dah lama plan nak bagi hadiah..Saya upah seorang encik kerani di sekolah, edit, besarkan dan frame gambar perkahwinan kami..Dah empat tahun kahwin, inilah pertama kali frame gambar kahwin besar-besar..Apa daaaaa..



Saya balut elok-elok frame tu dan saja snap guna handphone baru nak tengok clear ke tak gambar..Kemudian saya sorokkan dalam almari di sebalik baju-baju..hehe..Tup-tup, bila suami saya belek handphone tu, dia ternampak gambar ni..Maka berlakulah pergelutan merampas handphone antara kami berdua..Sibuklah dia nak cari..Tapi tak jumpa..Phewww mujur..






So, bila hari kejadian, pagi-pagi lagi saya bagi pada suami dan dia pun buka  pembalut hijau tu..Tapi plastik dia tak nak buka..Sengih-sengih saya cakap, nanti kita gantung gambar ni di rumah baru..(^^) Mujur dia suka!! Thank you pada Encik Samsuri sebab tolong saya..hehe jasamu kukenang..




 

Bila sampai tarikh ulang tahun perkahwinan, pemberian hadiah tak penting sebenarnya..Cukup sekadar kita ingat dan menghargai pasangan..Itu lebih utama..Tapi ada juga kawan-kawan yang tak ingat dah tarikh anniversary..Ha macam mana tu? Hope bila dah tua nanti, kami tak lupa tarikh-tarikh penting dalam hidup kami..InsyaAllah..(^^)

Wednesday, November 14, 2012

Boleh Bergurau Itu Tanda Serasi

Assalamualaikum semua..

Hari ni dah bergurau dengan pasangan anda? Chewah soalan..Bukan apa, saya ada terbaca dalam Majalah Mingguan Wanita 16-22 November 2012, kata pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, kalau kita boleh bergurau dengan seseorang, itu tandanya serasi..
Tak kiralah antara kawan-kawan, ahli keluarga atau pun pasangan, kena pandai bergurau..Bayangkan kalau di rumah, semua bawa perwatakan serius saja, mesti hubungan tu akan jadi hambar dan tak mesra..Tapi, kalau kita memang jenis yang tak pandai nak bercampur dengan orang dan tak pandai nak ambil hati orang dengan gurauan, baik tak payah cuba-cuba atau saja-saja nak buat lawak..Nanti tak pasal-pasal, sakit hati yang dapat..
Mengikut Dr. Tuah, pasangan yang bahagia adalah pasangan yang banyak ketawa, boleh bergurau senda termasuk isu-isu sensitif..Ha cuba anda check dan kaji balik ada tak anda dan pasangan anda macam tu? Jika orang bergurau disambut dengan ketawa, itu samalah macam positif bertemu negatif, akan mengalirkan elektrik..Ada chemistry..Ada keserasian, ada tarikan..(^^)
Saya dan suami boleh bergurau, sampai tahap pernah dia kata yang saya ni gila..Saya balas balik, sebab saya kahwin dengan orang gila sebab tu saya jadi gila..hehe..Kami tak ambil hati pun..Dalam sehari entah berapa kali entahlah, asyik kata meluat dengan perangai masing-masing, tapi sebenarnya geram dan tak larat nak layan..hehe..
Macam baru-baru ni, suami ajak saya ambil kereta di Langgar, Kedah..Pertama kali saya nak drive jauh, dari Langgar ke Penang..Dahlah malam, hujan pula renyai-renyai sepanjang jalan..Tawakal saja, saya bawa Myvi, suami bawa balik Kancil..Sepanjang highway, saya ikut speed yang suami bawa..Dia potong lori, saya potong lori, dia potong kereta, saya potong kereta..
Sejam selepas tu, bila dah sampai di rumah dia cakap, di tengah highway dia buka tingkap luas-luas dan jerit.."Wei bini aku reti bawa kereta wei"..Gila..tu saja ayat yang keluar dari mulut saya..Patut saya nampak dia buka tingkap..Tapi saya tak dengar apa..Sambil gelak-gelak, dia kata dia bangga sebab wife dia dah boleh bawa kereta di highway..Ya lah..kan ke saya ni baru lagi drive sendiri, tu sebab dia terlebih suka..Tapi saya ketawa sajalah..Kerana kasih kuturutkan..Macam-macam..
Sebab tu saya rasa bosan kalau suami saya kena kerja jauh-jauh..Mati kutu saya..(err kenapa mesti mati kutu pula, walaupun tak ada kutu..hmm tak faham..) Tapi kalau dia ada, ada saja benda yang buat kami berdua ketawa..Bukan nak kata kami berdua ni betul-betul serasi, kadang-kadang bergaduh juga..Tapi kalau ikut pada apa yang Dr. Tuah kata, boleh bergurau itu tanda serasi, saya rasa kami berdua dapat markah penuh!! (^^)



Moga kami sentiasa ceria dan bahagia..Aminnnn
Anda pula bagaimana? (^^)

Sunday, November 11, 2012

Destinasi Percutian Hujung Tahun

Assalamualaikum semua..


Akhirnya cuti sekolah dah pun bermula..Bolehlah merancang untuk pergi bercuti merehatkan minda..Maklumlah aktiviti sepanjang tahun memang banyak..Tambah-tambah nak hujung tahun lagilah macam-macam pula aktiviti yang kena buat..Tak cukup kaki tangan nak buat semua..Bila ada peluang bercuti, silalah ambil peluang ni untuk bercuti dan enjoy betul-betul okay..hehe

So, dimana destinasi percutian hujung tahun anda? Ada rakan-rakan yang saya dengar dan baca status dalam FB pergi bercuti ke luar negara..Amboi murah rezeki..Ada yang ke Indonesia, ada yang nak ke Vietnam, ada yang nak ke Beijing, ada yang nak ke Singapura..Tak kurang juga ramai yang pilih nak bercuti dalam negara saja..Bagus juga melabur untuk negara sendiri..Saya? errrr tak pasti lagi nak kemana..hehehe
Tapi, kalau bercuti dalam negara, cuaca di Malaysia sekarang tak dapat nak dijangka..Sekejap panas terik, tiba-tiba saja langit mendung dan hujan..Meleret-leret pula hujannya..Sampai ada kawasan yang dilanda banjir..Hmm nak pergi bercuti pun risau sebab takut kawasan yang kita pergi tu banjir pula..Masa inilah khidmat ramalan kaji cuaca sangat-sangat diperlukan..





Amaran Cuaca



Bukan bergantung sepenuhnya pada ramalan, nama pun ramalan, kadang betul kadang salah..Cuma kita ada panduan serba sikit tentang cuaca tempat yang kita nak pergi tu..Baru percutian bersama keluarga atau pun rakan-rakan tidak terganggu..Lagi pun demi keselamatan juga..Bayangkan kalau kawasan yang kita pergi bercuti tu dilanda banjir, keselamatan diri dan ahli keluarga turut berisiko..So kalau nak pergi bercuti, keselamatan juga perlu dijaga..Baru percutian tu lebih bermakna..Fikir-fikirkan..




Selamat Bercuti kepada semua (^^)


Tuesday, November 6, 2012

Merempit Di Tengah Hujan

Assalamualaikum semua..
Sekarang ni dimana-mana saja asyik hujan kan? Alhamdulillah, hujan rahmat..Sejukkan Bumi dan bersihkan apa yang kotor di atas muka Bumi ni..Tapi..kesian juga pada sesiapa yang bergantung pada motorsikal saja untuk kemana-mana..Setiap hari kena meredah hujan..
Saya dan suami semalam buat kerja gila..Naik motor waktu hujan ronda-ronda sekitar Penang..Hmm gila ke tak gila ek? huhu..Bukan tak ada kereta, tapi malas nak naik kereta nak pergi town sebab waktu hujan semua orang akan bawa kereta sangattttttt perlahan..Plus, jalan akan jadi jammed..Jadi suami saya decide nak naik motor saja..
Kerana kasih ku turutkan jua..Chehh..bukan apa, saya dah lama tak naik motor secara berduet ni..Masing-masing sibuk dengan kerja..Time kerja pula tak sama..Bila ada masa untuk bersama, kami gunakan masa yang ada sebagai quality time..Enjoy betul-betul masa bersama tu..Ehhhh bersama tu yang maksudnya ada peluang berjumpa ok..Bukan maksud yang lagi satu nun..
Kalau nak diikutkan hati, memanglah saya tak mahu naik motor waktu hujan ni..Tapi bila fikir balik, dah lama tak meronda secara berduet ni, dan waktu hujan pula tu, so saya pun on saja..Tapi sayang bini punya pasal, suami saya 'bungkus' saya dengan baju hujan from head to toe!! Pakai seluar hujan dan pakai baju hujan labuh yang ada hood..Bila pakai helmet, nak pusing kepala pun dah jadi macam Robocop..
 
Dia pun pakai sweater dan baju hujan pula..Saya tengok dia, dia tengok saya, kami sama-sama gelak..Masing-masing cakap, 'Tak ada kerja, nak buat kerja gila' (^^)..So kami pun mulakan perjalanan meredah hujan..Dari rumah ke Jelutong..Hmm best juga main hujan ni..Memang tak basah pun pakai macam Robocop tu..Tapi baru nak rasa enjoy, tiba-tiba kebushhhhhh..Nah motor di sebelah kami terlanggar lopak air dan kami berdua kena simbah dengan air lopak terus ke muka..
Adehhh saya dah tuih tuih dah sebab takut masuk dalam mulut..Air lopak tu..Suami saya pun..Mula-mula nak marah juga, tapi lepas tu kami gelak..Sebab rasa padan muka nak sangat naik motor..hehehe hambik hang..Dari Jelutong terus ke astaka Padang Broom (atau Padang Brown) di Jalan Dato' Keramat..Saya order laksa (hantu laksa tak boleh nak buat apa dah), sedap bila makan laksa panas-panas waktu hujan tau..Suami saya order nasi goreng udang..
Dah habis makan, kami ke town ronda-ronda dan kemudian terus ke Sunshine Taman Lip Sin pula..Hujan pun buat derk saja..hehe..Dah habis beli barang baru kami balik rumah..
Sepanjang perjalanan kami naik motor tu, saya tengok motorcyclist yang lain..Saya terfikir, susah juga kalau ada motor saja untuk kemana-mana waktu hujan pula tu..Ada yang dah tua pangkat datuk-datuk bawa motor, rasa kesian tengok sebab sangat perlahan..Ke tepi ke tengah jalan..Bahaya kot kalau macam tu..Ada yang bawa motor sambil bawa isteri dan anak, sampai tak boleh nak balance motor terhuyung-hayang bila kereta lalu..Bahaya juga..Ada yang bawa macam hantu, tak kira hujan pun nak tunjuk hero, bawa laju dan mencelah sana-sini..Pun bahaya juga..






Alahai..macam-macam perangai manusia..Tapi mesti beringat, berhati-hatilah bawa motor sewaktu hujan ya..Bahaya sentiasa ada..Pastikan penunggang dan juga pembonceng pakai helmet dan pastikan juga semua lampu menyala..Terutamanya lampu belakang dan lampu brake..





*Tapi akibat 'main' hujan semalam, rasa macam nak demam dah ni..huhu padan muka cek..

Saturday, November 3, 2012

Rumah Kami Syurga Kami - part 3

Assalamualaikum semua...


Lamanya tak update blog ni..Entahlah..sejak kebelakangan ni sibuk dengan hal sekolah dan juga hal peribadi..Biasalah hujung tahun ni macam-macamlah urusan yang nak kena settle..Nak jenguk blog ni pun tak sempat..


So hari ni, nak update tentang rumah kami yang dalam proses tu..Dah berkurun terbengkalai sebab wireman bedebah tu la..Malas nak ingat..Tapi akhirnya, alhamdulillah ada juga hamba Allah ni yang rajin buat kerja dan bersungguh buat kerja tolong siapkan semuanya..


Tapi bukan tolong dengan tangan kosong..Kami bayarlah..Kalau sebelum ni wireman yang hampeh tu buat kerja selama 5, 6 bulan tak siap-siap, wireman yang baru ni boleh siapkan hanya dalam masa 2 minggu saja..Tapi wireman ni siap cakap sangat sakit hati nak sambung kerja si bedebah tu..


Dia tak buat kerja pun sebenarnya..Wayar pun main campak saja atas siling..Lampu gate pun entah macam mana wayar dia buat sampaikan bila pasang, lampu tu meletup dan pecah..Satu-satu kesalahan dan kecuaian dia kami dapat tau dari wireman yang baru ni..


Rasa ralat dan sedihlah bila ada orang yang buat macam tu pada kami..Saya dan suami bukannya tak bayar dan layan dia macam sampah, kami cakap elok saja..Tapi itulah jenis  manusia yang tak sedar diuntung..Eh kata tak nak cakap pasal dia dah..Tapi tercerita pula..hehe


Ok, sekarang kami berdua dah rasa lega sangat-sangat sebab masalah utama kami dah selesai..Sangat bersyukur masih ada lagi orang kita yang boleh dan bersungguh untuk mencari rezeki..InsyaAllah, kalau ada yang nak bantuan wireman, saya dan suami tak teragak-agak nak recommend wireman ni..


Tiap kali kami pergi tengok progress rumah tu, dia dan team dia sentiasa buat kerja..Bukan tipu-tipu tapi memang bersungguh buat kerja..Sangat laju dia buat kerja..Macam kartun..Zup zap zup zap ke sana sini buat kerja..Yang buat saya rasa sejuk hati tengok cara mereka bekerja ialah, bila saya terdengar salah seorang pekerjanya sebut "Bismillahirahmanirrohimmm" sebelum nak buat kerja..


Sebelum dia nak drill dinding untuk lampu di ruang tamu, dia sebut Bismillah..Bila dia nak buat kerja lain pun dia sebut juga..Masih muda dan betul-betul mencari rezeki..Sangat ralat sebab kami lambat berjumpa dengan team mereka..Kalau tidak, sure dah lama kami duduk di rumah sendiri..


Tapi apa pun, kami tetap bersyukur sebab kami diberi ujian macam ni..Sure ada hikmahnya tu..Tak sabar nak rasmi rumah tu tak lama lagi..(gosok-gosok tangan sambil muka ada shenyummmm) :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...