Friday, November 22, 2013

TTC - Susu Kambing Dan Kurma..Sedap Weiii!!!!

Assalamualaikum semua..



Kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua apa khasiat susu kambing dan kurma ni ok..Bukan minum susu kambing dan makan kurma asing-asing, tapi campur sekali, rasanya ummmmphhhh tau!!! Kedua-duanya ialah makanan sunnah Nabi kita..Sangat bagus untuk kesuburan..



Sabda Rasulullah s.a.w..


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"




Buah kurma




 Susu HiGoat, campuran kurma dan madu..



Cara yang betul kena blend kurma dengan susu kambing tu, tapi memandangkan saya  'rajin' sangat nak blend, saya tekan-tekan dengan sudu dan hancurkan kurma dalam mug susu tu saja..hehehe..Lagi pun, susu HiGoat ni dah ada campuran kurma dan madu..So tak nak tambah kurma banyak-banyak nanti manis sangat..






Saya minum setiap hari, sama ada pagi atau malam sebelum tidur..Saya ni lactose intolerance, alah pada susu dan produk tenusu dari lembu..Mujur susu kambing boleh minum dengan jayanya! Mula-mula cuak juga nak minum..Seingat saya, first time nak check boleh tak perut saya terima susu kambing, saya cuba dalam bentuk pil..Tak ingat dah jenama apa..Bila perut tak meragam, saya cuba yang serbuk dari HiGoat..Alhamdulillah, serasi bersama..(^^)



Untuk satu mug, saya campur sepeket HiGoat plus sebiji ja kurma..hehe..Sedap kalau minum waktu suam-suam..Mula dulu saya campur susu ( tanpa kurma ) ni dengan Vico, IndoCafe atau teh sebab takut susah nak telan..Tapi bila dah cuba minum tanpa campur apa-apa, eh sedaplah pula!! Menyesal tau tak cuba dari dulu..



So memang stok susu ni sentiasa ada dalam gerobok di dapur saya..WAJIB minum setiap hari..Moga ada hasilnya..Oh ya lupa, sebelum nak minum tu, niatkan dihati dengan doa-doa Nabi Zakaria..



Doa Nabi Zakaria. a.s. ( Surah Ai Imran 3:38 )
doa dapat zuriat

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."



dan juga yang ini..



Surah Al-Anbiya:21:89

doa mudah hamil


“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”



*sumber klik DI SINI



Selamat mencuba..(^^)

  

2 comments:

  1. thanks for sharing..nak cuba jugak..insyallah ada rezeki.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...