Thursday, January 31, 2013

♥ Mak ♥ Sewangi Bunga Melur

Assalamualaikum semua..



Dah lama sebenarnya saya nak update blog dengan entry ni..Tapi dah lama tak sempat nak pegang laptop dan update blog..Kalau sempat update pun guna handphone saja..So, bila dah ada peluang ni, saya nak update tentang kisah arwah mak saya dan bunga melur..



Beberapa minggu lepas, saya ada bawa balik baju dan jubah arwah mak saya dari kampung..Dah lama niat nak kumpul baju dan jubah arwah mak saya yang mana masih elok untuk dipakai..Saya nak sedekahkan pada siapa-siapa yang nak di sekolah tu..So, sebelum saya bawa ke sekolah, saya lipat dulu semua baju dan jubah tu elok-elok..Semuanya nampak macam baru sebab mak saya memang pandai jaga baju dia..



Bukan saya tak nak pakai, tapi tak muat..Arwah mak saya kecil, comel saja orangnya..Saya teringin nak pakai, tapi tak cukup labuh untuk saya..Sambil-sambil lipat tu, sebak juga bila teringat semua baju dan jubah tu pernah dipakai oleh mak saya..Bergenang air mata bila teringat..Rasa macam tak nak bagi saja pada orang..Tapi kalau nak simpan nak buat apa? Lebih baik saya sedekahkan pada yang sudi nak pakai..Ada faedah..Moga-moga dapat pahala..InsyaAllah..  



Satu-satu saya lipat..






Setiap helai saya check dulu dalam poket takut ada apa-apa yang tertinggal..Sekali terasa keras dalam jubah bunga-bunga warna purple ni..Saya rasa macam tisu..Tapi bila saya keluarkan, rupanya bunga melur yang dah kering..Saya tersenyum..Arwah mak saya selalu bawa bunga melur dalam poket baju atau jubah sebab nak bagi wangi..Orang dulu-dulu tak payah nak spray minyak wangi..



Guna 'minyak wangi' semulajadi..Lagi harum.. 
Memang mak saya tanam pokok bunga melur ni di kampung..



Tapi saya kagum tengok bunga melur ni..
Walau pun dah empat tahun, bentuk dan rupa bunga melur tu masih elok..
Cuma warna saja dah jadi warna coklat..



Esoknya bila saya bawa baju dan jubah ni ke sekolah, ramai pula yang nak ambil..
Alhamdulillah, moga dapat sedikit kebaikan dari apa yang saya buat..(^^)


Monday, January 21, 2013

Dapur WAJIB BERSIH!

Assalamualaikum semua..



Dapur anda bersih ke tak bersih sekarang ni? Hehe cuba jenguk ke dapur sekejap untuk make sure dapur dah bersih selepas masak ok..Saya paling pantang bila tengok dapur kotor dan bersepah..Especially sinki..Please la, kalau kita ke kedai makan pun, sure akan rasa loya dan tak nak makan di kedai atau restoran yang dapurnya dan persekitarannya kotor kan? So kalau di kedai makan, boleh pula kita nak demand nak pekerja kedai makan lap meja kita dulu sebelum hidang makanan..



Kalau ternampak bahagian dapur kedai makan yang agak berselerak dan kotor, boleh pula kita kata yang tokey kedai tu pengotor, tapi apa kes kalau dapur sendiri pun bertempek minyak sana-sini? Tu kuah kari yang dua hari lepas tu masih lagi melekat elok saja di tepi dapur..Sinki pun berlumut dengan sisa-sisa perut ikan yang disiang tiga hari lepas..Sanggup ke nak masak makanan nak bagi orang tersayang anda makan di dapur macam tu?



Tak sanggup? Huh tapi percayalah, ada yang amalkan cara hidup macam tu..Sekali tak cuci dan buat kotor, sampai bila-bila pun akan jadi rutin..Kotoran di dapur sendiri nampak 'bersih', kotoran di kedai makan atau rumah orang, nampak 'euwwww sangat kotor'! Memang tak faham dengan perangai orang macam ni..Bilalah nak sedar kebersihan itu sangat PENTING!



Saya bukannya seorang yang sangat-sangat pembersih, tapi bab nak sediakan makanan untuk suami atau siapa saja, benda yang nak telan masuk dalam perut jadi darah daging, memang kena bersih..Bukan setakat dapur, hatta papan pemotong tu pun kena bersih..Mula-mula beli memang bersih, tapi bila lama diguna sure ada lekat juga bekas cili atau bawang..Tapi kalau dari awal lagi kita dah cuci dan sental bersih-bersih, sure tak akan nampak kotor..



Dapur bersih, nak masak pun seronok..Secara tak langsung makanan pun jadi sedap..Sebab masak dengan penuh kasih sayang..Belum terlambat nak amalkan kebersihan di dapur..Never too late!




Saturday, January 19, 2013

Nak Masak? Ikut Selera Suami Atau Isteri?



Assalamualaikum semua..



Sejak duduk di rumah sendiri, saya rajin memasak..Sebab kena mengajar sesi petang, sempatlah saya main masak-masak dulu sebelum ke sekolah..Suami saya pun memang suka kalau saya masak..Tak kiralah masak apa pun, yang ringkas saja pun dia makan..Malas dah nak makan di kedai makan..Waktu malam lepas balik dari sekolah saya masak juga..Tapi itu pun kalau rasa lauk tengahari tadi dah habis atau tak cukup..Tapi selalunya memang saya yang nak masak juga lauk baru untuk makan malam..



Kadang-kadang saya masak ikut selera saya dan selalunya saya masak ikut selera suami..Dia kalau ada kuah kari, ikan goreng dan ulam pun dah berselera makan..Hmm kalau anda pula macam mana? Kalau nak masak, ikut selera siapa ya?



Di bawah ni antara yang sempat saya ambil gambarlah..Yang lain tak ingat nak ambil gambar sebelum makan..hehe..Opppsss by the way, ni bukan nak menunjuk ok, (menunjuk apanya cek oiii, masak ringkas saja pun..hehe) tapi just nak share dengan anda betapa mudahnya nak memasak..Jimat sikit makan di rumah..Yang penting, kena rajinlah..Kalau expert semua jenis makanan pun, tapi hanya pandai hafal resepi dan malas masak, tak guna juga..hehe



Kari ikan, udang goreng, sambal belacan, salad dan pucuk paku goreng belacan.





Ikan cencaru (sambal dan bawang lebih), sambal belacan, ulam pegaga, udang masak pengantin (hehe nak masak bagi kering boleh, nak masak kuah boleh) dan sayur campur.



Singgang daging, sayur campur, salad buah dan sambal kerisik.





Kari ikan, ulam pucuk janggus/ gajus, sambal belacan, ikan goreng dan ikan kering.




Ni masak makan malam, tambah dengan lauk yang ada, udang goreng basah dan sotong masak sos.




Walaupun ringkas, tapi saya masak dengan penuh kasih sayang..(^^)








Monday, January 7, 2013

Tahun Baru + Jadual Baru + Situasi Baru = Haru Biru

Assalamualaikum semua..


Adehh masuk tahun baru ni, jadual saya terpaksa diubah..Dulu saya mengajar di waktu pagi tetapi tahun baru ni saya terpaksa mengajar di sebelah petang pula..Adalah sebab musababnya, tapi yang pasti bukan saya yang minta..Ok fine..Masa mula dapat tahu kena sesi petang, saya rasa macam, oh why me? porqe? (macam tu ke ejaannya), awat cek pulak yang kena pindah ke sesi petang? But then, ada yang kena pindah sekolah terus, tiba-tiba rasa insaf dan bersyukur..



Mula tu rasa pening dan tak selesa juga..Bila dah biasa ajar murid tahap 2 yang dah faham dengan arahan bila sekali saja cakap, saya rasa agak frust dan kecewa serta tertekan bila ajar murid tahap 1..Tiga hari pertama persekolahan saya jadi kelam kabut juga nak deal dengan murid tahap 1 dan sistem KSSR..Adoiii..sampai saya cakap pada husband saya nak letak jawatan nak bagi notis 24 jam..



Hehehe tapi tu waktu saya tengah emosi cakap macam itulah..Bila dah ok dan dapat maklumat dengan banyak bertanya pada yang lebih pakar, baru dapat gambarannya..Tapi baaaaaaaaanyak lagi yang saya kena belajar..Cara nak deal dengan murid tahap 1 pun kena upgrade lagi..Saya kena rendahkan sikit cara saya berkomunikasi dengan murid tahap 1..



Nak marah pun macam tak berapa nak menjadi dan tak berapa nak sampai hati sebab they are too cute and small..Tapi ada masa kena juga bertegas dengan budak-budak kecil ni..Rasa-rasanya macam-macam karenah yang saya akan jumpa nanti..Tadi pun ada budak lelaki menangis di dalam kelas..Saya cuma tanya bawa buku tak? Dia bawa buku tapi menangis..Adehhh..Mula-mula saya pujuk kemudian ada yang cakap tak payah pujuk dia cikgu..Saya teruskan mengajar, sambil jeling pada budak tu..Hmm elok pula..



Yang best tadi tengah mengajar, tiba-tiba ada budak cakap kawannya termuntah..Saya tengok dah habis baju budak perempuan darjah tiga tu kena muntah..Cepat-cepat saya suruh dia cuci di tandas..Sebelum saya pula termuntah hehe..Yang tak boleh tahan waktu jadi guru bertugas tadi, masa di tapak perhimpunan ada murid perempuan terkencing dalam kain sambil berdiri..Adehh..mujur dah nak balik..Macam-macam hal..Bertabahlah wahai saya...huhuhu



Tuesday, January 1, 2013

Tercapaikah Azam Tahun 2012?

Assalamualaikum semua..



Sedar tak sedar cepatnya masa berlalu..Setahun dah berakhir hari ni..So, ada tak yang buat azam awal tahun 2012 dulu? Dan tercapaikah azam anda? Saya pun dulu ada tiga azam bila nak masuk 2012..Walau pun tak semua azam saya tercapai, tapi dua daripadanya dah tercapai..Alhamdulillah..



Diharap tahun 2013 akan merealisasikan azam saya yang satu itu..

I dont want to ask for more..

Cukuplah andai azam yang satu itu tercapai..












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...