Sunday, October 27, 2013

Minyak Kelapa Dara - Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar tak tentang produk Virgin Coconut Oil keluaran Catalyst ni? Dah lama rasanya VCO berada di pasaran.. VCO atau minyak kelapa dara ni memang banyak khasiatnya tau.. Lelaki dan perempuan pun boleh makan.. Saya sendiri dah cuba dari tahun lepas lagi.. Sekarang dah tolong jualkan pada kawan-kawan yang tahu khasiatnya.. Kononnya nak cantik dan sihat biar ramai-ramai, kawan-kawan kita juga..(^^)







Ok, jom kita tengok apa khasiatnya..


  1. Mengurangkan kadar kolestrol
  2. Mengurangkan kadar risiko serangan jantung dan darah tinggi
  3. Mengawal kencing manis
  4. Mengatasi masalah penyakit degenerative dan masalah usia umur lanjut
  5. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
  6. Tubuh lebih tahan serangan penyakit
  7. Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
  8. Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
  9. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
  10. Terhindar dari gejala alahan
  11. Mengelakkan risiko sakit kanser
  12. Melegakan pernafasan
  13. Keadaan berdengkur akan hilang
  14. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  15. Memperbaiki sistem dalaman suami dan isteri
  16. Menghasilkan tenaga segera

  
  



Ada yang dijual dalam bentuk pure oil atau cecair dan ada yang dalam kapsul.. Saya lebih suka yang kapsul sebab senang nak telan, tak rasa apa-apa.. Harga bagi Semenanjung ialah RM 39.90 dan Sabah Sarawak RM 43.90.. So, kalau ada siapa-siapa yang nak sihat dan cantik serta gebu dalam masa yang sama, silalah dapatkan VCO keluaran Catalyst ni ye..(^^)



*kalau anda pernah makan VCO ni, silalah kongsi pengalaman anda ye..TQ!


Saturday, October 26, 2013

YAYYYY..HAPPY 5TH ANNIVERSARY! (^^)

Assalamualaikum semua..



Alhamdulillah, pada tarikh 26 Oktober 2013, genaplah 5 tahun saya menjadi Puan.. Tapi tak aci kan, perempuan bila dah kahwin, tukar dari Cik ke Puan..Lelaki tetap Encik sebelum kahwin sampailah dah beranak cucu cicit piut miut.. Ini tidak adillllllll... Tetiba saja nak emo kan, apa kes?



Sempena hari ulangtahun perkahwinan kami berdua, saya tak sempat nak beli hadiah apa-apa..Lagipun, nak kemana tetap berdua dengan suami, bila masanya nak beli hadiah.. Tapi saya dapat idea nak beli cupcakes comel ni bila ada seorang anak murid saya jual di sekolah.. Huhuhu sebelum dia tunjuk kat saya, ada kawan dia yang tanya,



'Ticer, budak-budak boleh tak, nak jual makanan kat sekolah?'



Saya pun confiused sebenarnya nak jawab macam mana..haha..
So, saya tanya balik,



'Kenapa kamu tanya, ada kawan yang jual makanan ke?'



'Ada! Idzihar jual kek, ticer..Ada gambar kartun!'



Saya pun panggillah budak Idzihar ni..



'Idzihar, mai kejap..Kamu ada jual kek ya?'



Terkelip-kelip si Idzihar ni datang sambil bawa bekas yang ada cupcakes tu.. Takut-takut dia, takut saya marah.. Cupcakes tu sangat comel ok.. Tapi saya tak gamak nak makan kek yang ada gambar kartun ni.. Harganya RM1.50 sebiji.. Katanya emak dia yang buat.. Pandai nau emak dia suruh anak dia meniaga ye.. Masa ni lah, idea nak order cupcakes pun datang.. Konon-konon nak buat surprise la kat husband.. hehe.. Saya pun order 18 biji pada hari Khamis dan ambil pada hari Jumaat.. Adalah juga cupcakes untuk anniversary kami kali ni.. (^^) 



Tapiiiiiiii........................






Anda perasan tak, ada huruf yang tertinggal? Huhu..'N' hilang..jadi 'ANIVERSARY' saja.. Saya dah tulis siap dah atas kertas bagi pada anak murid saya tu suruh tunjuk pada emak dia.. Mungkin emak dia tak perasanlah tu.. Lagipun, cukup 18 biji cupcakes tu.. Tapi tak apalah, just nak makan sendiri saja, tak kisah sangatlah.. Just nak seronok-seronok saja..



Janjiiiiiii........................... 




HAPPY! (^^)



Saya berdoa semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki untuk memiliki zuriat, bahagia, saling sayang-menyayangi antara satu sama lain dan hati kami tetap ada perasaan yang sama macam hari kami diijabkabulkan..InsyaAllah..aminnn..(^^)



LOVE YOU MR ARROGANT!..eh silap!!!!



LOVE YOU MR 137! (^^)

Thursday, October 24, 2013

TTC - Silalah Join TTCGM (Trying To Conceive Group Malaysia)

Assalamualaikum semua..



Ada tak antara pembaca blog saya ni yang masih lagi berusaha nak dapatkan anak? Saya nak ajak kawan-kawan semua, tetiba ja jadi kawan kan, untuk join group TTCGM - Trying To Conceive Group Malaysia..Dah banyak dah blog yang war-warkan tentang group ni..Tapi memandangkan saya baru saja join, so saya pun nak juga tolong promo..(^^)








Group ni ialah group Facebook yang akan membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengalaman, rawatan dan isu-isu berkenaan dengan usaha nak dapatkan zuriat..



Kadang-kadang kita tak tahu nak mengadu masalah dengan siapa..Silap pilih orang nanti, kita pula yang dikatakan tak nak berusaha dan saja menolak rezeki anak..Padahal, kita dah tungging terbalik usaha macam-macam cara..Sedih tau iolls bila orang tuduh macam tu..Sob..sob..sob..



So, dengan adanya group ni, dapatlah kita semua para TTCians bertukar pendapat di dalam group sahaja..Opss, group ni adalah group tertutup ok! Jadi segala perbincangan kita hanyalah dengan mereka-mereka yang sama-sama sedang berusaha nak dapatkan zuriat..



Kadang-kadang ada yang rasa down, kecewa atau sedih dengan masalah yang dialami, dikutuk, diperli atau dianggap mandul oleh insan-insan yang tak memahami..Saya sendiri pun pernah diperli, dikutuk dan di'double standard' oleh 'mereka-mereka' itu hanya kerana belum mempunyai anak..



Pernah ada seorang makcik ni pegang perut saya sambil kata, 'La hang ni perut dok kepek (kempis) lagi..Bilanya nak mengandung?'..Terus hilang excited nak makan kenduri..



Masa tu saya masih belum ada kekuatan nak balas balik apa saja yang 'mereka-mereka' itu cakap..Saya cuma mampu bersabar dan mengadu dengan suami..Akhirnya menangis sendiri..huhu..Sangat fragile dan sensitip jiwa I tau..Tapi, kalau sekarang ada yang nak buat main-main atau nak perli ikut sedap mulut, hehe silalah bersiap sedia dengan apa yang bakal keluar daripada mulut saya..hehehe..Hati dah jadi kental..



InsyaAllah, Allah dah bagi saya fikir untuk ambil semua kata-kata orang tu sebagai sesuatu yang positif..Dah belajar untuk tukar semua benda yang negatif tu jadi positif..Hope aura positif ni berkekalan..



Ok, semua kawan-kawan di dalam group TTCGM ni sangat supportive tau! Bila baca kisah kawan-kawan TTCians yang diduga dengan pelbagai cabaran, kita akan rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang dihadapi..Walaupun masih belum dikurniakan anak, sekurang-kurangnya kita dah berkahwin, dah ada suami..Ingat, di luar sana masih ramai lagi wanita yang masih tercari-cari dan menantikan jodoh mereka..So chill out ladies!


Jadi, yang sedang ber'TTC' bolehlah check laju-laju DI SINI..



Harap akan ada ramai lagi yang akan join..Cuma yang mengalaminya sahaja akan faham perasaan orang-orang yang TTC ni..
Ok jumpa lagi..(^^)



  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...