Monday, April 21, 2014

TTC - Folic Acid Dan Vitamin B Complex

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Dalam usaha nak meramaikan umat, saya cuba disiplinkan diri untuk consume dua vitamin penting ni..Boleh saja dibeli di farmasi, harga pun murah..



Pertama, folic acid yang sememangnya diperlukan oleh wanita yang merancang untuk hamil dan juga ibu-ibu yang sedang mengandung..Folic acid ni bagus untuk mengelakkan kecacatan pada bayi..Bagi yang merancang untuk hamil, elok amalkan 3 bulan sebelum hamil..Atau pun sampai hamil..Memang kena ambil pun once dah preggy..(^^)



Untuk keterangan lanjut sila rujuk DI SINI






Kedua, vitamin B complex yang bagus untuk membantu perkembangan bayi dan juga kesihatan kita..Memang kita memerlukan vitamin tambahan sebab kadang-kadang disebabkan sibuk bekerja, kita makan apa yang ada saja..Bukan nak fikir khasiat dan kesannya pada badan..So, memang kena sediakan 'medium' yang sesuai untuk menyambut orang baru..



Untuk keterangan lanjut sila rujuk DI SINI



Kadang-kadang saya terlupa juga nak makan, tapi pastikan ganti dengan makan sayur-sayuran hijau atau yang berwarna-warni..Banyak sangat khasiat sayur-sayuran ni..Setiap ciptaan Tuhan tu dah ada fungsinya..Sama juga dengan warna sayur, ada kebaikannya yang tersendiri..



Moga-moga apa yang kita makan dan niat untuk meramaikan umat, 
akan dimakbulkan suatu hari nanti..



InsyaAllah..(^^) 




4 comments:

  1. oh... i slalu ster skip... lupa mkn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kadang-kadang memang terlupa makan..tak ingat nak makan sebab banyak sangat benda nak makan..hahaha

      Delete
  2. mmg favorite ubat org2 yg TTC ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi memang favourite ni..tidak boleh tidak kena ada juga stok..(^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...