Wednesday, April 9, 2014

TTC : Susu Al Khisbun, Hulba Dan Cafe Al Khisbun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Antara usaha yang saya buat untuk conceive ialah dengan minum susu kambing Al Khisbun dan juga hulba..Cafe Al Khisbun hanya untuk suami sahaja..Saya dah lama tahu tentang susu ni, tapi tak tergerak hati nak cuba..Selepas kawan saya amalkan dan berjaya pregnant, saya terbuka hati nak try..



Memanglah orang cakap, kita usaha, yang tentukan Allah Yang Maha Esa..Mungkin serasi dengan orang lain, tak semestinya serasi dengan kita..Tapi tak salahkan nak cuba..Memang saya amalkan minum susu kambing HiGoat dengan kurma pun sebelum ni..Bila dah jumpa susu kambing yang combine dengan rempah ratus dari Tanah Arab, serbuk debunga kurma, madu dan bahan-bahan lain, lagi mudahlah nak minum..Sekali harung saja..






Saya minum susu dan makan hulba tu, tapi suami hanya minum cafe sebab dia tak minum susu kambing..Saya memang suka susu kambing..In fact, boleh minum susu kambing je pun, allergic dengan susu lembu..Saya ada search testimoni pengguna yang amalkan susu ni, tapi tak banyak jumpa..Pengasas susu ni cakap mungkin akan mendatangkan syirik sekiranya semua orang anggap dengan minum susu ni akan confirm pregnant..



A VERY BIG FAT NO!!!



Susu ni cuma salah satu usaha dan penyebab saja sekiranya berjaya conceive..Yang izinkannya hanyalah DIA..Saya mula amalkan since Januari..Mula minum ok la konsisten, tapi lama-lama dah sibuk dengan kerja, terbabas juga..Rasanya ewwww..sangatlah herba dan kembang tekak juga nak telan ok..Macam-macam saya campur..Huhu pernah campur dengan Vico, teh, susu HiGoat, madu, tapi tetap rasa herba tu kuat sangat..



Telan jugalah nak buat macam mana..(^^)






Susu ni diminum waktu pagi dan sejam sebelum tidur..Sama juga untuk cafe..Bancuh dengan air suam..Hulba pula dimakan waktu dhuha, before tengah hari..Saya makan hulba dengan kurma..Tak perlu bancuh..Kalau beli ada ditulis cara-cara makan..Ada juga disediakan skop untuk agak sukatan banyak mana..So far, adalah kesan-kesannya yang positif..Hope memang serasi..(^^)



Semoga saya dan suami akan istiqomah usaha dengan susu ni..
InsyaAllah..



4 comments:

  1. Haida, betul tu...kena hati2 sokmo bila TTC. jgn sampai kita terasa dapat rezeki tu sbb buat tu, amal ni... tu semua rezeki Allah, and kita usaha sedaya mampu...thanks for reminding me about this :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kadang2 kita ni terlebih percaya pada ubat tu ubat ni..tapi sebenarnya bila dah sampai masa dapatlah rezeki dari Allah..nak mengingatkan diri sendiri juga ni..(^^)

      Delete
  2. Mcmana.. serasi ke dgn puan... mmg kena perlu berusaha utk mendapatkan sssuatu. Mcm saya jugak mcm2 produk saya cuba tp xberhasil.. tapi saya percaya rezeki Allah yg tentukan.. Alhamdullilah berkat xpernah berputus asa dan yakin dgn rezeki Allah saya akhirnya hamil setelah mencuba susu ini.. 2 botol susu n hulba.. semoga puan pun dberi rezeki.. amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..aminnnn..Hmm nampaknya susu ni tak serasi dengan saya kot...dah cuba selama 3 bulan tapi x berjaya hamil..dah lama saya stop dan amalkan produk lain yang ada nampak kesan positif..InsyaAllah ada rezeki kami suatu hari nanti.. (^^)

      dan Tahniah sebab puan dah menjadi ibu...yeayyy....

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...