Tuesday, May 13, 2014

TTC - Fertility Planner, Positive Ovulation Test!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pernah cuba ovulation prediction kit ( OPK ) tak untuk cek waktu subur? Ok kalau tak pernah, silalah cuba ye.. Sebab OPK ni akan tunjuk waktu subur hanya dengan menggunakan air kencing sahaja.. Sama macam nak cek mengandung atau pun tak.. Bezanya, OPK ni akan tunjuk waktu paling subur dalam kitaran haid seorang wanita..



Ada dua fungsi utama guna OPK ni.. Yang pertama, untuk kira bila waktu paling subur untuk bersama dengan suami sekiranya merancang nak hamil.. Yang kedua, untuk tahu waktu subur bagi mengelakkan bersama dengan suami bagi yang merancang untuk tidak hamil.. Memang sangat berguna OPK ni tau.. Salute pada yang merekacipta benda alah ni.. 






Contoh di atas, jenama P-Plan, ada 4 ovulation tests dan 1 pregnancy test..
Harga dalam RM40++






Cara untuk baca result OPK ada dilampirkan bersama dalam kotak..
Senang je nak guna dan baca result..






Sebab harganya yang agak pricy, so saya test waktu expected ovulation date.. Hari ke 13 dan 14.. Rugi kot kalau main hentam saja test, terlalu awal atau dah terlepas waktu ovulation.. Kena kira dan tahu waktu ovulate baru berbaloi nak guna.. Kalau warna T lebih terang atau sama warna dengan C, maknanya kita dalam proses nak ovulate.. So, buatlah apa yang patut.. hihihi






Ok yang ni contoh OPK yang murah je, tapi fungsinya sama.. 
LH tu maksudnya Luteinizing Hormone..
Hormon yang dilepaskan sewaktu proses ovulasi..



Tapi perlu ingat ye, bukan semua orang akan dapat result yang positif atau double line waktu test guna OPK.. So, haruslah teruja kalau kita dapat double line.. Ada juga ramai wanita yang tak pernah atau jarang-jarang dapat positif bila check urine dengan OPK.. Maknanya proses ovulasi tak berlaku.. Besar kemungkinan ada masalah dengan hormon, yang menjadi punca ketidaksuburan.. 



Cheewah tetiba rasa cakap macam doktor pakar sakit puan pulak..hihihi



Tapi, manalah nak tahu, tup-tup yang tak pernah dapat positif OPK pun boleh hamil juga.. Kalau Dia dah kata Kun Fa Ya Kun, maka semuanya boleh jadi.. Hope satu hari nanti, akan ada lagi garis double line pada Urine Pregnancy Test (UPT) saya pula.. InsyaAllah, aminnn.. (^^)



P/S: Lebih baik catat tarikh dan hari anda check guna OPK.. 
Senang nak buat rujukan untuk diri sendiri atau pun waktu jumpa doktor.. 


15 comments:

  1. serius nak gtau selama 6 tahun nikah sekali tak pernah beli ovulation kit.kira manual je.

    aamiin :)
    usaha tangga kejayaan.
    chaiyok... chaiyok ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalau dah pandai kira manual tak payah susah-susah nak beli OPK ni..tapi kalau nak confirmation baagus juga guna OPK..hihi

      aminnn...moga-moga ada rezeki..tak kiralah lambat atau cepat..(^^)

      Delete
  2. Selalu x dpt 2 line.. last2 malas nak check.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi saya tiap kali check mesti positive..Tapi itulah kadang tak sempat beli so tak check la..Agak-agak je dengan tanda-tanda lain..Hope nanti awak pun akan dapat double line.. ♥

      Delete
  3. saya ada terbaca, kalau opk positif maksudnya tengah waktu subur. Kalau opk negatif pula mksudnya ovum hampir dilepaskan/dah dilepaskan dr ovari. So persenyawaan boleh blaku juga. Jadi kalau nak elak hamil, elakkan waktu bersama pada opk positif atau negatif sebenarnyaaa... Confius sudah.. Tq pada yg sudi jawab. Baru nak try guna opk ni.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kalau positif memang waktu subur.. kemungkinan ovum akan dilepaskan dalam tempoh 24 hingga 36 jam (ikut pada penerangan di kotak opk) selepas opk positif.. kalau nak elak hamil jangan bersama waktu tu lah.. senang cakap, jangan bersama selama 3 / 4 hari selepas opk positif.. tapi kalau dah nak lekat juga, elak macam mana pun, lekat juga.. hehehe

      Delete
  4. Oh .. :) Gitu.. Kalau opk negatif pula ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau opk negatif kemungkinan belum lagi waktu subur, awak check terlalu awal.. tak ovulate lagi bulan tu.. atau pun dah beberapa hari lepas waktu subur baru check pun dapat negatif juga.. sefaham saya macam itulah.. hihi.. kalau salah info, kena carilah yang pakar.. hehe

      Delete
    2. Atau pun, memang bulan tu tak ovulate langsung.. hmm ada juga kes macam tu.. salah 1 punca mungkin sebab masalah hormon..

      Delete
  5. Oh. Ok2. Faham dah.. Persenyawaan blaku bila ovum dah dilepas keluar dr ovari la kan? Means waktu subur = opk positif. Kalau opk negatif tu belum ovulate. Kira selamat lg kan? Sbb sy mcm nak guna pil perancang. Tp ada baca info pil perancang ni badan boleh naik.. Haha taknakkkk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phewww, mujur boleh faham.. Hehe betul tu.. Kebanyakan orang yang saya kenal yang guna pil perancang, badan semua ala-ala comel je lepas amalkan.. hehe

      Delete
  6. Tapi kalau x ovulate langsung tu.. Maknanya x period la kan. Sy period alhamdulillah setiap bulan teratur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak juga.. ada je yang period tapi x ovulate.. cuba baca blog Dr Zubaidi ni..
      http://drzubaidi.com/blog/kaitan-kitaran-haid-yang-tidak-teratur-dengan-masalah-kesuburan/

      Delete
  7. Ehhh.. Ha'ah la... Dah baca.. Tapi kan, kalau x ovulasi, mcm mana pulak kita boleh period eh?. Kan ovum x dikeluarkan? Bukan ke darah period tu dtgnya dari ovum yg tidak disenyawakan, dan dinding rahim yg luruh jika tak ada persenyawaan? So kalau x ovulate, mcm mana pula bole period? Haa dah pening hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sorry baru perasan ada komen..
      Hehe tak semua orang kena ovulate br period..perempuan ni unik..haha ada masalah hormon memang akan lintang pukanglah period.. cuba baca link bawah ni pulak, lama2 sy pn pening..hahaha
      http://www.healthcentral.com/encyclopedia/hc/anovulation-3168649/

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...