Saturday, February 21, 2015

TTC : Fertilaid For Men & Women

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Fertilaid ni supplemen kesihatan.. Lebih kepada nak meningkatkan kesuburan.. Untuk lelaki ada dan untuk wanita pun ada juga.. Saya beli value pack, untuk suami dan isteri.. Ramuannya lain-lain ikut keperluanlah.. Jangan pula tersalah ambil.. huhuhu






Ini kandungan dan maklumat yang terdapat pada botol Fertilaid.. 
Harganya boleh tahan ye encik-encik dan puan-puan sekalian..
Ratus-ratus juga ni, sebab ubat dari luar negara..









Ni ha bentuk pilnya.. Besaq gajah baq hang..
Jenuh telan..






Sekali makan 3 biji, tapi saya dan suami makan 1 biji saja sebab ubat ni herba, jadi panas.. Saya consume ni sebulan dan stop selepas gugur hari tu.. Banyak kebaikannya makan Fertilaid ni.. Boleh tahu bila ovulation day sebab cervical mucus banyak.. 



Ok, saya jumpa info tentang Fertilaid dalam blog INI
"Tingkatkan kesuburan dangan Fertilaid"


"FertilAid for Women dicadangkan oleh doktor-doktor dan pakar-pakar sakit puan di seluruh dunia sebagai suplemen yang dirumus khusus bagi meningkatkan kesuburan dan kesihatan sistem reproduktif wanita. Ia adalah sepenuhnya hasil ramuan daripada herba-herba dan vitamin-vitamin yang penting untuk kesuburan dan telah diuji secara saintifik. Ramuan ini terbukti berjaya membantu mengawalatur hormon-hormon wanita sekaligus dapat meningkatkan tahap kesuburan ketahap optimum dan meningkatkan peluang kehamilan."

"Ia dirumus oleh seorang Pakar Sakit Puan dan Pakar Kesuburan yang terkenal di US iaitu Dr Amos Grunebaum. FertilAid For Women ini adalah merupakan kombinasi nutrien-nutrien perangsang kesuburan dengan formulasi lengkap yang terdiri dari ASID FOLIK, VITAMIN, MINERAL dan ANTIOKSIDAN. Formula ini menjadikan FertilAid sebagai satu suplemen yang lengkap bagi wanita yang dalam ikhtiar unutk mendapat zuriat."

"FertilAid For Women ini diformulasikan berdasarkan kajian-kajian saintifik dalam jurnal-jurnal perubatan dan kesuburan terhadap beberapa herba yang didapati sangat berkesan secara semulajadi bagi meningkatkan tahap kesuburan seorang wanita. Herba-herba tersebut adalah chasteberry (vitex), red clover blossom, siberian ginseng, dan gingko biloba."

"FertilAid ini adalah berasaskan herba, tiada pewarna/pengawet buatan, dan ia selamat untuk digunakan. Ia dikilangkan di US dengan 'GMP certified. Tiada kesan sampingan yang negatif dan bebas daripada risiko 'multiple birth.' Ia adalah alternatif terbaik bagi ubat-ubatan kesuburan yang mempunyai risiko kesan sampingan."
Kita boleh berusaha tak kira macam mana pun, kalau ada rezeki adalah.. Tapi kalau dah Dia kata belum masanya, hangpa tungging buyung ka, terbalik kuang ka, apa style ka, makan pi lah berjenis ubat pun, jumpa pi lah pakar mana pun, berhabislah beribu ringgit pun, tak dak maknanya nak jadi mak bapak jugak kalau Dia tak bagi 'green light' lagi.. Ada paham?



So, stop asking those who are trying very hard to conceive,
some stupid questions..
 Just leave it to Him.. Deal?

4 comments:

  1. Hi Sis..
    ok ke Fertilaid ni sepanjang Sis consume?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Irise..
      ok saja waktu saya consume fertilaid ni.. boleh tahu bila waktu subur dan saya pregnant sebulan selepas consume.. tapi tak ada rezeki, saya keguguran.. ramai yang consume dan terus lekat.. nak cuba ke? saya pun survey betul2 cari info sebelum beli.. hihi

      Delete
  2. salam.. kat mana nak beli ubat ni ye.. farmasi ada jual x? harga dia berapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..
      Tq sebab sudi singgah blog saya.. Saya beli online, tapi dah lupa web apa..huhu sorry..
      Tapi ada beberapa web yang jual fertilaid di Malaysia..

      http://fertility.my1stop.com.my/

      http://www.genelife2u.lot.my/index.php?route=product/product&product_id=33107

      Harga untuk value pack ni ialah RM360..
      Saya tak pasti di farmasi ada jual atau tidak..
      Cubalah search dalam website tu ya.. Banyak lagi produk lain.. (^^)

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...