Assalamualaikum semua..
Setiap tahun, bila masuk bulan Disember, sure akan ada acara tahunan di Pulau Pinang..Pesta Pulau Pinang akan bermula setiap awal bulan Disember sampailah malam tahun baru..Tahun ni pun, acara yang sama tetap ada..Tapi, saya masih belum sempat lagi nak ke sana..Hmm rasa macam sama kot dengan apa yang ada setiap tahun..Suami saya pun tak suka sangat nak ke tempat yang sesak-sesak ni, so kami just buat tak nampak sajalah pesta tu..huhu
Walaupun tiap-tiap malam boleh dengar lagu riuh-rendah dari tapak Pesta tu, bila dah biasa, macam tak ada apa-apa perasaan teruja pula nak ke sana..Tapi, kepada siapa-siapa yang belum pernah ke sana, silalah datang beramai-ramai ya..Macam-macam adaaaa..Bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong..Sebelah dengan Terminal Bas Sungai Nibong saja..Boleh masuk free ke tak ni, cek tolong promo ni..hehe
Dan hari Sabtu ni, di Pulau Pinang juga, ada karnival Jelajah Janji Ditepati di Padang Kawat USM..Mengikut apa yang diwar-warkan di radio (HotFM) macam-macam acara ada..So, for sure, ramai yang akan datang ke Pulau Pinang ni..Yang ke karnival ni, mesti akan ambil peluang nak ke Pesta Pulau Pinang pula..Bukan jauh mana pun kedua-dua tempat ni..5 minutes drive I think..
Maknanya, Pulau Pinang akan sesak hujung minggu ni..Pheww boleh bayangkan macam mana sesaknya kereta yang akan beratur panjang untuk masuk ke Pulau Pinang..Biasanya setiap petang, memang akan jammed jalan nak ke Jambatan Pulau Pinang..Hujung minggu lagilah sesak..Ada pula event macam ni, lagilah unlucky for us yang tinggal berdekatan, nak balik rumah pun seksa..Orang parking kereta sampai di depan gate rumah my MIL..Muat-muat nak keluar kereta kami saja..
So, kepada siapa-siapa yang nak ke sini hujung minggu ni, bawa-bawalah bersabar ye semasa memandu..Pulau Pinang akan sesak hujung minggu ni..huhu
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)