Wednesday, December 14, 2016

Bantulah Adik Annur Qisya Umaira, Penghidap Kanser Neuroblastoma Stage 4

*Untuk pengetahuan semua, adik Annur telah kembali pada Penciptanya, tanggal 10 Februari 2018.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Hmmm speechless saya waktu dapat berita ni. Ni adik Annur, anak kawan saya waktu sama-sama sekolah menengah dulu. Anak beliau disahkan dapat kanser neuroblastoma stage 4. Sekarang berada di wad C3 Hospital Pulau Pinang sejak bulan Jun 2016. Marilah kita sama-sama tolong doakan kesembuhan adik Annur dan semua urusan keluarganya dipermudahkan. 


Saya kongsikan kisah adik Annur yang diambil dari facebook Penangkini


Image may contain: one or more people and text


Annur Qisya Umaira binti Luqman.Dilanda ujian hebat seawal usia 3 tahun. Qisya, berasal dari Tasek Gelugor mula menghuni wad C3 hospital Pulau Pinang pada tanggal 12 Jun 2016. Qisya sebelum itu mengalami simptom demam yang tidak menentu. Ada ketika suhu badannya melonjak tinggi dan kembali normal di keesokan hari.


Qisya juga mengalami muntah-muntah dan tubuh kecilnya juga kian menyusut. Simptom ini berlarutan hingga menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di bahagian perutnya. Perut Qisya membesar seperti ibu yang sedang hamil. Lalu Qisya di bawa ke hospital pakar swasta namun jawapan yang diterima sangat menghampakan. Hospital berkenaan tidak mahu menerima Qisya kerana dikatakan keadaan Qisya sudah kritikal. 


Dari hospital swasta Qisya dirujuk ke hospital Pulau Pinang dan apabila ujian demi ujian dijalankan, Qisya disahkan menghidap Kanser Neuroblastoma stage 4 (Kanser Saraf). Qisya, pertama kali saya bertemu dia di wad c3 telah meruntun hati dengan tubuhnya yang kurus melidi hanya memaparkan tulang-temulang dibaluti kulit tiada berisi. Disisinya pula, berdirinya seorang wanita yang sarat mengandung yang penuh kesabaran melayani kerenah si anak yang memprotes.


Image may contain: one or more people and text


Hebat sungguh ujian buat mereka. Qisya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Sewaktu menerima rawatan, Qisya pernah beberapa kali menghuni PICU. Qisya sedang menunggu ujian scan untuk melihat sama ada ketumbuhan di perutnya boleh dibedah buang atau sebaliknya. Pada 23 Jan 2017 akan datang, Qisya perlu menghadiri temujanji di hospital Kuala Lumpur bagi menjalani ujian MIBG Scan.


Qisya mempunyai 4 orang adik-beradik tinggal di Taman Koskam (Kepala Batas, Pulau Pinang). Ayah Qisya, seorang pekerja kilang sudah 6 bulan bercuti tanpa gaji kerana perlu menggalas tanggungjawab menjaga Qisya di wad manakala ibunya pula seorang surirumah baru sahaja habis berpantang dan perlu menguruskan anak-anak di rumah.


Hari ini,mereka dihimpit kebuntuan akibat kekangan kewangan. Mereka antara yang saya kenal, yang tidak mahu menyusahkan pihak lain. Mereka tidak sekali mengeluh akan kepayahan. Namun sampai bila hati mampu bertahan? Sampai bila harus ditelan? Empangan yang menakung air, lama-kelamaan pasti akan pecah juga.


Bantulah keluarga ini seadanya. Hari ini,hari mereka. Hari kita entah bila. Jika anda mahu berhubung terus dengan keluarga adik Qisya, boleh langsung hubungi nombor:


İbu: 0125658572
Ayah: 01112568186

No Acc Maybank ibu 157091391639 Siti Solehah Mohd Said
No Acc Maybank ayah 157091087605 Luqman bin Ishak


Image may contain: 1 person

SHARE tanda Keprihatinan..
Zakat Pulau Pinang


Shabudin Yahaya FC


Kalau tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit, kita tolonglah doakan ye. 

Jom Makan Angin Di Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Musim cuti hujung tahun ni mesti ramai yang bawa keluarga jalan-jalan dan makan angin kan? So kali ni saya nak tunjuk sikitlah beberapa gambar dan pemandangan indah di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Best tau atas Bukit Bendera ni, cuacanya nyaman saja. Saya dan suami dah lama makan angin atas Bukit Bendera ni, tiba-tiba teringat nak share sebab musim cuti ni, mana tahu ada yang teringin nak pergi.



 


Selalu kami pergi waktu siang, kali ni saja nak tengok suasana malam pula. Tapi hmmm waktu cuti kan, biasalah, sesak dengan pelancong. Sebelum nak naik kereta kabel tu, sempatlah tengok info yang ada di sepanjang laluan tu dulu.


  


 


Hahaha nampak tak, dah lama kami pergi tu, bulan May!!! 
Hahaha baru teringat nak buat entry. 




Haaa ni ada mesin nak buat coin atau syiling gambar Bukit Bendera. Suami saya nak buat satu, tapi mesin tu rosak, mungkin ramai yang main-main dengan mesin tu agaknya. 




Nak ambil gambar ramai-ramai depan ni boleh sangat tau. Jangan risau, ni cuma poster besar saja, bukan depan terowong betul-betul, hahaha.  




Cantikkkkkkkk sangat pemandangan diwaktu malam tau. 
Nampak tak dua jambatan panjang tu?




Lagi pemandangan indah Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Kami ronda-ronda pun sekejap saja. Kebanyakan kedai tutup waktu malam, agak rugi juga sebenarnya. Kalau ada yang jual makanan ringan atau cenderahati mesti ada yang akan beli.




Tengoklah tu betapa ramainya orang naik Bukit Bendera waktu malam. Mujur kami berdua bawa Pizza Jalanan sekotak dan air mineral sebotol. Memang niat nak naik atas tu nak makan pizza saja, hahahaha. Otak seminit punya plan ni. Tapi memang lainlah pengalaman naik Bukit Bendera waktu siang dan waktu malam. Pemandangan yang dapat tengok tu lain. Ada kecantikan dan keindahan tersendiri. 


Banyak lagi tempat lain yang boleh tengok di atas Bukit bendera tu, kalau pergi waktu sianglah. Ada Owl Museum, Taman Burung, boleh naik buggy pusing-pusing atas tu, ada gerai-gerai jual cenderahati dan banyak lagilah. Kalau ada peluang, pergilah walaupun sekali ye. Selamat bercuti. (^^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...