Friday, August 31, 2012

Wajib Tonton - '3 Idiots' Full Movie With English Subtitles

Assalamualaikum semua..

 



Saya dah lama nak tengok filem ni, tapi asyik terlupa saja..So semalam saya jumpa full movie '3 Idiots' ni dalam Youtube..Oh ya, kalau ada yang tak tahu lagi, filem ni filem Hindustan ok..Sebab tu ada subtitle..Sekali-sekala layan Hindustan pula..(^^)

Tapi filem ni sangat menarik dan memang boleh menitiskan airmata..huhu..Bukan cerita cintan cintun tangkap leleh yang budak-budak zaman sekarang suka tengok tu..Tapi cerita tentang 3 orang asing yang bertemu di kolej dan menjalinkan persahabatan yang sangat unik dan pengorbanan yang tak ternilai dengan wang ringgit..Apa yang paling penting, nilai kasih sayang dan sifat kemanusiaan dalam diri setiap watak tu yang patut dijadikan iktibar..



Cakap banyak tak guna..Siapa yang belum tengok, anda WAJIB TONTON filem ni..Baru anda faham apa yang saya merepekkan di atas..Cukup semua 'rencah'..Ada suka ada duka, ada ketawa ada sedih..Jangan lupa sediakan tisu siap-siap..(^^)



Selamat Menonton!



Thursday, August 30, 2012

Asyik Makan, Makan, Makan...

Assalamualaikum semua..



Pastikan anda dah makan sebelum baca ayat seterusnya ok..Takut nanti kelaparan pula..Ni cerita pasal makan..Selalunya, setiap pagi di sekolah, dalam pukul 10.00 ke 10.30 pagi, saya akan makan..Waktu rehat murid, kalau free cikgu pun rehat sekalilah..
Saya akan makan nasi berlauk di kantin sekolah..Bila balik dari sekolah, saya akan makan lagi nasi, dengan suami saya pula..Hari ni pun sama..Saya makan lewat sikit dalam pukul 11.00 pagi sebab ada kerja yang saya kena siapkan dulu..
Hari ni (selalunya tiap-tiap hari balik lewat huhu), suami saya jemput dalam pukul 2.45 petang macam tu..Kami pergi ke bank dulu sebab dua-dua cuma ada RM 2.00 saja dalam purse dan wallet masing-masing..Teruk betul..Ada duit simpan dalam bank..Kemudian kami singgah di Astaka Makan Medan Suri..
Saya teringin nak makan macaroni sup..Memang sedap gila!
Tapi kalau makan, insyaAllah tak gila..(^^)

*sumber Google



Suami saya makan nasi berlauk, lapar sangat katanya..Dah habis makan, sengih-sengih (takut kena marah hehe) saya cakap nak beli jeruk mempelam dan pala..Sebab dekat astaka Medan Suri ni, ada kedai jual Jeruk Madu Pak Ali yang famous tu..
* sumber Google

* sumber Google

Suami saya singgah kedai sebelah..Apa yang dia beli? Hmm kuih orang lama, kuih peneram..  

* sumber Google

So, dengan hasil 'tangkapan' masing-masing, kami ke kedai ikan CTY Aquarium di Jalan Burma..On the way, masing-masing sibuk kunyah 'bekal' tadi..Tapi malangnya, kedai ikan tu tutup pula hari ni..Terus balik sajalah..Dah nak sampai rumah, saya rasa lapar pula..Sengih-sengih cakap pada suami..
Seperti yang dijangka, dia buat muka terkejut..hehe..Masa tu lebih kurang pukul 6.00 petang dah..So saya ajak beli mee goreng sotong dekat dengan kawasan rumah..Sedap juga..Sambil update blog, sambil makan mee goreng..hehe



* sumber Google

Asyik makan saja hari ni..(^^)

Monday, August 27, 2012

Bercinta Di Atas Feri Pula!

Assalamualaikum semua..

Semalam hari last cuti sekolah..Hmm plan masa cuti Raya tu nak bercuti ke mana-mana..Tapi dengar, sana sini jammed dan kereta banyak, jadi malas pula nak bersesak-sesak..Lain kalilah kita p bercuti na encik suami nooo..



Selepas balik dari kampung semalam, suami ajak saya ronda-ronda..Hehehe ronda saja kerjanya..Dia ajak naik feri last sekali semalam..Kesnya, saya kata dah lama tak naik feri, tadi masa balik dari kampung pun ikut Jambatan Pulau Pinang saja..Tengok jam dah pukul 11.15 malam..Esok cek kena p sekolah bang oiiiii..Biaq betoi?




Tapi dah semangat dia ajak, saya pun ikutkan saja..Kerana kasih kuturutkan hehehe..Kami naik motor dan sampai di jeti pukul 11.30 malam..Ada ramai juga yang tunggu..Melangutlah kami di disitu, lepak-lepak tengok ikan dalam laut..Seriously, boleh nampak ikan berenang-renang di jeti tu..Ikan apa, tak sempat pula saya nak berkenalan..



Tiba-tiba ting tong ting tong, bunyi jam besar, tanda dah pukul 12.00 tengah malam cun..Feri pun sampai..Kereta dulu yang masuk dan kemudian motorsikal pula..Yang berjalan kaki di tingkat atas..Sepanjang nak masuk 4 tahun kahwin ni, baru ni la pertama kali kami bercinta atas feri..hahaha..



Saya tengok ramai yang dah tertidur atas motor masing-masing sebab ambil masa 15 ke 20 minit juga nak sampai ke sebelah sana..Pemandangan waktu malam memang cantik..Cuaca pun sejuk saja..Dari atas feri boleh nampak Pulau Pinang meriah dengan lampu..Sayangnya saya tak ambil gambar, sebab apa? Malu! kehkehkeh..



Bila sampai dan turun di jeti, kami balik rumah ikut Jambatan Pulau Pinang pula..Bukan nak ke mana pun..Sampai rumah almost pukul 1.00 pagi..Hmm jadi kerja betul dua orang ni..Tercapai juga hajat nak naik feri..THANK YOU ENCIK! Buat susah-susah saja..(^^)
Macam suami saya selalu cakap, "Muka ada cenyummm.." (^^) 

Saturday, August 25, 2012

Kasihnya Abil Kepada Fauziah

Assalamualaikum semua..




Saya nak kongsikan dengan anda satu kisah tentang satu pasangan suami isteri Encik Abil Fikri Ahmad dan Puan Fauziah..Mereka baru berkahwin 3 tahun yang lalu dan telah diduga dengan ujian dari Allah S.W.T..Isterinya diserang asma pada Jun 2011 dan menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak...

Setiap hari Encik Abil yang akan menjaga isterinya sendiri..Beliau terpaksa berhenti kerja demi menguruskan isteri yang tercinta..Sudi-sudikanlah melihat blog yang dibuat khas oleh Encik Abil untuk tatapan isterinya apabila sembuh kelak..Anda akan dapat melihat dan membaca kisah mereka dan semoga sama-sama dapat mendoakan kesihatan mereka..



Semoga mereka tabah atas ujian ini..






http://abil4fauziah.blogspot.com/2012_08_01_archive.html



Boleh 'like' facebook mereka yang ditubuhkan atas nama:

Dana Sinar Fauziah

Astaka Padang Kota Selepas 12 Tengah Malam

Assalamualaikum semua..



Semalam suami ajak saya keluar makan..Saja nak ronda-ronda katanya..Haishh macam selalu saja meronda ni..Hehe tak kot (^^)..Kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 12.15 tengah malam dah..Ok ni bukan nak cerita seram, keluar hantu mak lampir or hantu kak limah ke ok..Ni nak cerita pasal astaka Padang Kota saja..


Kami order pasembor dengan koey tiaw goreng

Kami singgah di Padang Kota sebab dah lama tak makan pasembor..Walaupun dah pukul 12.00 lebih, tapi masih ramai lagi yang ada di situ..Tapi agak kurang di kawasan astaka..Saya terkejut bila tengok kawasan astaka tu..Sampah merata-rata tempat..Bawah kerusi bawah meja, macam-macam sampah ada..Paling banyak mestilah tisu dan puntung rokok..



Kami pilih tempat yang paling hujung sekali dekat dengan tembok tepi laut..Kawasan situ saja yang bersih dan tak ada sampah bawah meja..Saya hairan tengok keadaan tu..Dah lama astaka Padang Kota tu terkenal..Memang agak memalukan kalau kebersihannya tak dijaga..



Kami berdua yang memang orang Pulau Pinang pun rasa terganggu dengan situasi tu, apalah agaknya perasaan orang luar yang baru pertama kali singgah di situ..Mesti cerita yang tak best akan dibawa balik sebagai 'buah tangan'..Boleh terbantut selera makan kalau tempat makan tu kotor tau..

Saya nampak ada beberapa pengusaha astaka yang mula kemas dan bersihkan kawasan masing-masing..Mungkin keadaan kotor tu cuma berlaku selepas 12.00 tengah malam kot..Bila pelanggan dah tak ada barulah semuanya dibersihkan..Saya harap keadaan tu akan berubah..Barulah ramai lagi pelancong dan pengunjung astaka Padang Kota tu..
*tiada gambar diambil ye..

Thursday, August 23, 2012

Lampu Lip Lap Ganti Pelita Raya

Assalamualaikum semua..


Tahun ni ada pasang pelita tak di rumah anda? Hmm kalau di kampung mungkin ada lagi yang pasang pelita raya..Tapi kalau di bandar dan taman perumahan, rasanya agak susah nak nampak pelita raya..Tahun lepas, semangat saya dan suami cari dan pasang pelita..Tapi tahun ni pelita tu cuma tersimpan saja..Kan ke kami kureng semangat nak sambut raya tahun ni..huhu



Malam raya ketiga, suami ajak ronda-ronda nak tengok pelita raya..Kami mula meronda di kawasan kampung dari Batu Maung menuju ke Balik Pulau..Dah sampai sana ronda lagi sampai ke Telok Bahang ikut jalan bukit bengkang-bengkok..Sampai pening kepala saya..Tapi malangnya, di sepanjang jalan, cuma ada dua tiga buah rumah saja yang pasang pelita..



Kebanyakan rumah pasang lampu lip lap lip lap saja..Macam-macam warna..Macam Krismas pula saya tengok..Cuma tak pasang di pokok tapi pasang di keliling rumah..Dalam hati terdetik juga, hilangnya seri Hari Raya bila pelita tak dipasang..Meriah memang meriah dengan lampu warna warni, tapi tak sama meriahnya dengan pelita..Betul tak?





Antara lampu dengan pelita, mana yang lagi meriah? (^^)



Ingat lagi masa saya kecil dulu, di kampung siap ada pertandingan pelita panjut yang di perbuat daripada buluh..Pelitanya macam gambar di bawah ni..Panjang dan banyak..Abang-abang saya yang akan buat sendiri..Meriah sungguh di rumah masa tu..Terasa tak sabar nak sambut Raya..Tapi kalau lama-lama asyik main bunga api cucuh guna pelita panjut ni, mahunya berjelaga lubang hidung..






Setiap kampung yang join, akan hias kampung masing-masing dengan pelita ni..Ikut sukalah nak buat bentuk atau lambang macam mana..Contoh macam gambar di bawah, tapi ni saya ambil dari google..Manalah nak ada gambar pelita tu lagi..Dah lama kampung saya tak buat..






Bila malam Raya, memang sangat meriah sepanjang jalan nak masuk ke kampung..Paling best bila naik bas nak balik kampung, nampak pelita dan dengar lagu Raya, tak sabar nak sampai rumah..Kenangan yang tak boleh dijual-beli..Tapi tu semua cuma tinggal kenangan saja..



Zaman semakin moden..Kad Raya pun dah tak mendapat sambutan..Semakin hilang fungsi kad Raya, macam tu jugalah dengan fungsi pelita Raya..Dua-duanya hampir dilupakan..Mungkin masa yang akan datang, cuma gambar saja menjadi bukti wujudnya zaman kegemilangan kad Raya dan pelita Raya..

Wednesday, August 22, 2012

Wajib Tonton Drama '7 Ramadan'

Assalamualaikum semua..





Pernah tengok drama ni di TV3? Siapa-siapa yang tak sempat tengok atau belum pernah tengok, saya cadangkan supaya cari drama ni di tonton.com.my dan hayati drama ni..Kisah yang boleh dijadikan teladan buat anak-anak zaman moden yang anggap kewujudan ibu bapa cuma sebagai menyusahkan atau pun sebagai orang gaji sahaja..


Ala-ala cerita Si Tanggang moden, tapi lain daripada cerita yang pernah saya tengok sebelum ni..Cakap banyak tak guna, kena tengok sendiri..So, tunggu apa lagi, silalah klik tonton.com.my..hehe ni bukan nak promo ye, tak dapat apa pun, cuma nak sebarkan cerita yang boleh bawa teladan dalam hidup saja..Moga kita tak jadi macam Si Tanggang moden tu..  

Tuesday, August 21, 2012

Isteri Lapar Mengamuk Di Jalan Raya

Assalamualaikum semua..



Hari pertama beraya, dari pagi sampai ke malam asyik ulang makan ketupat dan rendang saja..Tapi tekak nak cari nasi juga..So, saya dan suami pun meronda nak cari kedai makan yang buka..Tak laratlah nak masak sebab badan sakit-sakitlah seharian vacuum dan mop lantai seorang diri sehari sebelum Raya..Lepas berbuka kena anyam ketupat, rebus dan tunggu masak sampai 4.30 pagi baru tidur..



Tapi malam tu kami ronda punya ronda tak ada pun kedai makan yang buka..Kedai nasi kandar pun tutup..hehe semua orang pun berayalah cek..McD dan KFC pun ramai sangat manusia beratur..Dah puas cari, dari pukul 9.30 sampailah dekat 12.30 malam, tak jumpa juga..Akhirnya saya decide nak masak nasi dan goreng udang..


Mata dah mengantuk, perut pun lapar, kena pula beratur di traffic light..Tiba-tiba saja ada dua buah kereta lalu sebelah kereta kami dekat sangat-sangat..Saya terus potpet-potpet marahkan orang tu..Sayang kereta, takut kena langgar..Tapi for sure driver tu tak dengar pun..Tiba-tiba suami saya lock pintu kereta..


Saja saya perli, "Aik bang, dah nak sampai rumah dah baru nak lock pintu?"


Tahu apa jawapan suami saya bagi?
"Ha'ah la kena lock, abang takut ayang keluar p terajang kereta tadi tu. Asyik marah ja"





Sekali kena perli daaaa..Saya ketawa tak henti-henti sampai keluar air mata..Sakit perut saya..Saya boleh bayangkan macam mana kalau saya pergi terajang driver tu di tengah-tengah jalan raya..Confirm masuk front page dalam suratkhabar esok tajuk besarrrrr punya..


"ISTERI LAPAR MENGAMUK DI JALAN RAYA"


Ha kan ke haru biru kalau jadi macam tu..Tu yang saya ketawa tak henti-henti tu..Boleh pula saya bayangkan macam tu..I ni mana nak terajang orang, I ni wanita sopan santun tau..hehe..


Sampai di rumah saya cuma goreng udang letak garam kunyit, bawang dan ubi kentang sikit, siap, makan dengan nasi himpit..Janji kenyang..Belasah saja..(^^)



*Selamat Hari Raya buat anda..(^^) 

Friday, August 17, 2012

Suramnya Raya Bila Ibu Bapa Telah Tiada...

Assalamualaikum semua..


Kemungkinan hari Ahad ni kita semua umat Islam akan beraya..Tinggal hari ni dan esok saja sebelum sambut Raya..Mesti semua tengah sibuk buat persiapan akhir untuk Raya kan? Ada yang sibuk buat biskut raya dan ada yang masih lagi tercari-cari baju raya..


Tapi entahlah, tahun ni, saya rasa tak ada mood langsung nak beraya..Bila kedua ibu bapa kita dah tiada di dunia ni, hilang nikmat Hari Raya..Dah tak ada lagi saat nak bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa kita..Hilang saat-saat indah beraya bersama..Suramnya Raya bila mak dan ayah saya telah tiada..


Nak balik kampung pun, cuma ada abang dan kakak saja..Rumah kami membesar dulu pun dah jadi rumah tinggal..Bukan tak nak jaga rumah tu, tapi orang lain yang berhak atas tanah tapak rumah kami..Walau sayang, kami terpaksa redha..


Hilang semangat saya nak balik kampung..I feel like I don't belong there anymore..Sejak kahwin dan tinggal dengan keluarga mertua, suasana Raya saya sudah hilang..Berhari raya di kawasan taman perumahan, mana nak sama meriahnya dengan kawasan kampung..Bukan boleh pasang pelita yang dibuat daripada buluh dan bakar mercun sesuka hati..


Walaupun buat ketupat, suasananya berbeza..Ikut perancangan, saya dan suami nak beraya di rumah kami sendiri tahun ni..Tapi, rumah tak sempat siap sepenuhnya lagi..Terpaksa beraya di rumah mertua lagi..Lagilah bertambah hilang mood saya nak beraya tahun ni..


Buat pertama kalinya, saya tak beli baju raya dan beli 1 jenis biskut dan kacang serta rempeyek saja tahun ni..Dengar lagu raya pun tak rasa apa..Aduhhh betul-betul hilang mood tahap total ni..


Thursday, August 16, 2012

BERNAS Hari Raya 2012 - Iklan Raya Yang Wajib Tonton!

Assalamualaikum semua...


Sila sediakan tisu sebelum tengok iklan ni ya...





*sumber HotFM
Dua pelakon cilik adik Ahmad dan Fizi yang menjayakan watak dalam iklan Raya Bernas 2012 di konti Hot FM pagi tadi..Lakonan yang nampak macam real..Sangat tersentuh..

Wednesday, August 15, 2012

TOLONGLAH Jaga Kebersihan!

Assalamualaikum semua...

Mencari keredhaan Allah - Menjaga Kebersihan

Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor serta menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit. Justeru, setiap kali selepas makan atau minum, kita tidak boleh biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Malah ia makruh dan mewarisi kepapaan. Sisa-sia makanan yang tidak dibasuh akan menjadi habuan syaitan kerana mereka (syaitan) sangat suka kepada makanan yang kotor dan busuk.

Dari "Amr bin Syu'aib katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaan dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain." (Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)


"Pinggan mangkuk yang telah diguna selepas makan, disunatkan membasuh segera. Sekiranya dibiar dengan sisa-sisa makanan sehingga busuk, mungkin ia menjadi haram, kerana baunya busuk dan boleh mengganggu jiran atau orang lain. Jika bau busuk itu boleh menyakitkan hati orang, hukumnya berdosa."

Ingatlah, tanda kebersihan seseorang itu dapat dilihat pada diri dan pakaiannya, juga boleh dilihat dari keadaan persekitaran kediaman tempat tinggalnya. Sebuah kediaman yang bahagia ialah yang sentiasa dijaga keindahan dan kebersihannya yang kelihatan indah mendamaikan dan menarik dapat memberi ketenteraman dan kenikmatan kepada penghuninya.

Sesungguhnya amalan menjaga keindahan dan kebersihan persekitaran rumah adalah satu amalan yang baik dan mulia. Bahkan akan diganjari pahala disisi Allah SWT.



Lu pikirlah sendiri!

Monday, August 13, 2012

Jom Jaga Mata Agar Sihat

Assalamualaikum semua...

Beberapa hari ni, mata saya seperti 'keletihan'..Mungkin sebab banyak masa mengadap laptop, membaca atau pun jerebu?..Kelopak mata rasa 'berat dan letih'..So, saya Google dan jumpa cara penjagaan mata yang betul..Jom kongsi petua ni, mana tahu dapat segarkan mata saya dan juga anda..

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘anthocyanidins’ yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.


2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.


3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.


4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.


5. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.


6. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.


7. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.


8. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.



*Google


Kalau Dah Namanya Pencuri....

Assalamualaikum semua...


Hmm tak tahulah nak kata apa, bila di bulan yang mulia ni pun, ada yang panjang tangan gatal nak mencuri..Waktu pertama kali rumah kami (rumah saya dan suami yang tengah renovate tu la) dalam proses nak diubahsuai, rumah kami dipecah masuk dari pintu belakang..Pintu yang dah lama tu, dipecahkan dan pencuri tu ambil mesin gerudi dan beberapa alat lain..


Kali kedua pula, wayar di luar rumah untuk pasang lampu dan loceng pula dipotong dan dicuri..Maklumlah, pintu pagar dah di buang sebab nak tukar dengan yang baru, senang-senang saja pencuri tu masuk..Rasanya sambil lenggang kangkung saja kot..


Kali ketiga, hari ni..Besi bumbung tempat parking kereta yang lama dah diruntuhkan dan diletakkan di laman rumah saja..Sebabnya, nak dijual sebagai besi buruk..Kelmarin tengok ada lagi..Tadi bila kami pergi melawat rumah, tengok-tengok besi tu dah tak ada...


Tapi nampak sangat si pencuri tu kelam-kabut buat 'kerja'..Boleh pula ditinggalkan penimbang besi yang harganya lebih mahal daripada besi buruk rumah kami tu..'Bijak' kan dia?..Penimbang tu sebiji macam gambar ni tau..




Apa yang kami buat dengan penimbang tu? Hmm lu pikirlah sendiri...



Thursday, August 9, 2012

Cara-cara Anyam Ketupat

Assalamualaikum semua...



Mood raya kot bila buat entry pasal cara nak anyam ketupat (^^)..Mungkin ada ramai lagi antara kita yang tak tahu pun anyam ketupat, tapi sangat suka makan ketupat..Ada tu, jangan kata tak ada..Musim tak Raya pun cari ketupat juga..Bagus kalau tradisi menganyam ketupat ni diteruskan..Jimat kos tak payah beli ketupat yang dijual RM0.50 sebiji..Tu harga 2 tahun lepas kalau tak silap saya...



Mujur saya dapat belajar cara-cara anyam ketupat daun palas yang bentuk 3 segi tu, dan juga ketupat pucuk kelapa yang bentuk panjang macam ketupat pulut Jawa..Arwah mak saya yang ajarkan..Memang dulu jadi kebiasaan keluarga kami buat ketupat pulut panjang tu..Rasanya sama saja cuma unik sikit cara balut ketupat tu...



Ok cakap banyak tak guna, jom kita tengok cara-cara buat ketupat daun palas ni...


*sumber dari Google, sorry kalau gambar tak clear


Dibawah ni pula cara-cara nak buat ketupat panjang tu, guna pucuk kelapa...



Inilah hasilnya...


Tapi, saya tetap gagal nak anyam ketupat nasi ni tau..Dah lama cuba dan beberapa kali cuba tapi tetap failed..Susah nak anyam..hehe..Senang lagi nak buat ketupat dua jenis di atas nun..Nanti suatu hari nanti, saya akan pastikan saya berjaya juga anyam ketupat nasi ni...

*sumber dari Google juga..maklumlah belum nak Raya, mana buat ketupat lagi..



So kepada siapa-siapa yang tak tahu nak anyam ketupat tu, silalah belajar ok..Terutamanya yang masih muda dan belum berkahwin tu..Bonus dan baru rasa lengkap jadi perempuan kalau pandai anyam ketupat..Menu yang biasanya dibuat setahun sekali, sure kagum orang sekeliling bila anda tahu anyam ketupat...



Biar terror anyam ketupat, tapi jangan terror asyik mengumpat....
Peringatan buat diri sendiri dan semua..(^^)

Rumah Kami Syurga Kami - part 2

Assalamualaikum semua...


Ok, ni adalah sambungan daripada entry saya 'Rumah Kami Syurga Kami - part 1'..Ada lagi beberapa gambar progress renovation rumah kami..Tapi bukan ambil masa yang singkat ni..Makan bulan juga ni..Dari mula buat bulan Februari hari tu, sampailah sekarang dah masuk bulan Ogos, ada lagi part yang belum siap..

InsyaAllah, tak lama lagi dapatlah siap sepenuhnya...


Dinding yang terpaksa 'dikorek' sebab dah runtuh beberapa kali kesan banjir bertahun-tahun dulu


Dah plaster balik, baru kukuh


Tingkap dan pintu lama yang dah 'ditutup'


Selepas dah siap cat lapisan pertama


Inilah dapur saya


In progress...



Siap dah dinding warna biru


Toilet yang dah dibesarkan, pintu lama ditutup


Keadaan dalam toilet sebelum


Keadaan toilet selepas dah siap


Nak pilih warna peach tapi tiles tak ada stok, tukar jadi coklat



Bilik atas dah siap, tapi tangga belum siap daaaa...



Saya kongsi gambar-gambar ni bukan untuk menunjuk-nunjuk..Tapi untuk kongsi idea renovation rumah impian kami berdua..Walaupun tak dapat 100% seperti yang kami nak, tapi dah cukup membahagiakan kami berdua..Setiap hari kami menghitung hari bila nak siap sepenuhnya dan boleh berpindah..Nikmatnya tinggal di rumah sendiri hanya kita sendiri yang tahu...


Masih ada lagi kerja-kerja yang sedang dijalankan..InsyaAllah, ada rezeki, saya kongsikan gambar progress rumah kami dalam blog ni ok..(^^)







Wednesday, August 8, 2012

Rumah Kami Syurga Kami - part 1

Assalamualaikum semua...



Kali ni saya nak share gambar-gambar renovation 'Rumah Kami Syurga Kami' berdua..Ikut plan kami nak beraya di rumah baru tahun ni, tapi ada macam-macam isu yang timbul, terpaksalah kami lupakan dulu...InsyaAllah selepas Raya ni baru boleh duduk... 


Di bawah ni adalah gambar-gambar first stage 'menjahanamkan' bentuk asal rumah tu beberapa bulan sebelum ni..Jom tengok..


Bumbung asal yang dibuang sebab nak buat bilik atas tu


Nah hilang sudah....



Macam rumah tinggal padahal ada orang sewa sebelum ni


Satu bilik dipecahkan untuk dibuat ruang menonton


Tingkap antara bilik dan dapur akan dibuang


Habis berlubang di sana sini


Pandangan dari dapur


Dapur yang telah dimusnahkan (^^)



Sorry ye kalau tak lalu tengok bilik mandi ni, saya pun..


Dinding bilik mandi ditebuk nak sambung dengan bilik 'bank in' sisa toksik (^^)


Dah bersambung dah


Ok, nantikan apa jadi pada rumah kami dalam beberapa bulan kemudian ok...










Video Raya Petronas 2012 Yang Menyentuh Perasaan

Assalamualaikum semua...


Setiap kali Petronas buat video atau iklan sempena Raya atau Merdeka atau apa-apa event, saya memang suka tengok...Ada mesej yang cuba disampaikan..Kadang-kadang iklannya simple saja, tapi sangat bermakna...Untuk tahun ni, ada video pendek yang dihasilkan dan ada mesej yang menyentuh perasaan...


*Inilah dua pelakon utama video ini



Jom kita tengok dan fikir-fikirkan...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...