Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama tak update dalam blog saya ni, hari ni terrrajin sikit nak update..Rindu nak menulis sebenarnya..Lagipun, selepas peristiwa terjatuh terlentang atas lantai dua minggu lepas, saya rasa perlu untuk saya buat sesuatu untuk asah otak..Hehehe bukan apa, kot ada urat yang terkeluar landasan..Jadi pelupa pula nanti..Walaupun memang selalu juga lupa..Adehhh...
Kalau tengok tajuk entry macam nak promo Safi Rania Gold saja..Hehe tapi tak ada maknanya nak promo atau dapat diskaun dari syarikat yang buat Safi ni ok..Teringat peristiwa tadi waktu di sekolah..Mana lagi perkara menarik yang jadi dalam dunia saya, kalau bukan di rumah, mesti di sekolah punya..
Saya kena ganti satu jam cikgu yang masih cuti honeymoon..hehe..Masuk kelas Tahun 1..Memang saya tak ajar pun kelas Tahun 1..First time masuk ni..Baru sampai di luar kelas, dah dengar budak-budak tu sebut-sebut..
"Eh cikgu tu la masuk..Cikgu comei masuk kelas kita weiii"
Saya dah nak tersenyum tapi tahan saja..Ingat nak buat muka serius tapi hampa..Saya melted dengan ucapan jujur yang keluar dari mulut-mulut kecil tu..Sambil saya edarkan gambar lukisan untuk diwarnakan, ada seorang budak perempuan ni tanya saya satu soalan..
"Cikgu, cikgu pakai Safi Rania Gold eh?"
"Eh, kenapa kamu cakap cikgu pakai Safi Rania Gold?"
"Ha lah..Sebab muka cikgu cantik, muka cikgu comei, mesti pakai Safi Rania Gold!"
sumber *google
Saya terus ketawa..Amboiiiila budak ini..Terpengaruh dengan iklan atau memang betul apa yang dia nampak di depan mata? hahaha..TAPI, memang betul pun saya pakai almost semua produk Safi Rania Gold! Pandai pula dia teka! Sambil-sambil tengok budak-budak tu mewarna dengan macam-macam aksi, ada seorang murid perempuan datang bawa lukisan nak warna di depan meja saya..Saya biarkan saja..
"Cikgu, baju cikgu cantik, tudung cikgu cantik, muka cikgu pun cantik"
Adoiii budak ini, puji bukan main menggunung lagi..Janganlah puji-puji, nanti cikgu riak pula..Kemudian budak lelaki pula datang dekat..
"Hmm betui, baju cikgu cantik, tudung pun cantik, muka cikgu comei, cikgu baik"
Tak ada sebab pun cikgu nak jadi garang macam singa dear..Ohh dugaan duniawi betul..Mujur cikgu sedar diri lagi tau kanak-kanak..Hehe alhamdulillah, kalau budak-budak tu kata comel teruja juga, sebabnya saya baru saja sambut birthday yang ke 32 tahun..Dah masuk angka 30 ni banyak yang kena perbaiki..Memang kena jaga kesihatan, jaga penampilan..Untuk diri sendiri juga..Dan bonus untuk suami..Untung tak dapat isteri comel? (^ ^)
Tapi hakikatnya, saya hanyalah manusia biasa macam anda juga..(^ ^)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)