Wednesday, June 5, 2013

Jom Pekena Nasi Bersila Lahar Kepar, Pulau Pinang

Assalamualaikum semua..



Pernah dengar tentang kedai makan Nasi Bersila ni tak?..Kalau anda berpeluang bercuti di Pulau Pinang di sebelah tanah besar, bolehlah mencuba nasi bersila ni..Memang berbaloi makan di sini tau..Dulu asalnya kedai ni kecil sahaja dan memang makan sambil bersila..Tapi dah makin maju, sekarang berpindah ke kawasan yang baru dan lebih besar..






Ni saya beli bungkus nak makan di rumah..Disebabkan saya dan suami naik motor dan hujan renyai-renyai, tak jadi kami nak makan di kedai tu..Rupanya dah herot petot dah..Dah bercampur semuanya..Tapi masih sedap tau!!






Harganya boleh tahanla..Dulu agak murah tapi ikut harga barang mentah semasa, kira masih logik lagi harga yang dikenakan..






Tu diaa kena beratur ok nak ambil makanan..Kedai ni macam kedai nasi kandar..Macam-macam jenis lauk ada..Semua dah dimasak dalam periuk besar..Ada pekerja yang akan sendukkan nasi dan lauk-lauk ikut pilihan kita..



Tapi satu saja yang saya tak puas hati dengan pekerja tu..Memang waktu saya pergi tu orang ramai..Saya tengok cara pekerja tu tanya pada pelanggan macam tak ada perasaan..Tak senyum langsung..Tahulah memang penat bekerja..Bukan nak suruh sengih sampai ke telinga..Cukuplah kalau maniskan muka depan pelanggan..



Yang beratur panjang-panjang tu semua membawa rezeki pada kedai dan sekaligus membawa rezeki pada dia..Tak salahkan kalau senyum sikit..Semua pelanggan bawa rezeki, bukannya bawa masalah..



Apa pun anda kena cuba sendiri makan di sini..(^^)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...