Wednesday, August 14, 2013

Kulit Gatal Selepas Makan Daging Kambing!!!


Assalamualaikum semua..



*sumber: google



Hmm mesti ada yang pelikkan bila baca entry saya kali ni..Huhu ya percayalah, memang betul saya tak tipu..Memang kulit saya gatal-gatal selepas makan daging kambing..Saya memang tak suka dan tak pernah teringin pun nak makan daging kambing sebelum ni..Tapi baru-baru ni suami saya bawa balik nasi dan lauk kenduri..
Dah dekat pukul 2 pagi dah pun masa tu..Seharian layan tetamu yang beraya di rumah, kami berdua langsung tak sempat nak makan nasi..Asyik makan laksa dan kuih raya saja..Bila dah malam baru terasa nak makan nasi..Masa suami saya bawa balik tu, saya kata ok, makan saja sebab lapar..Maka kami berdua pun makanlah nasi dan lauk kambing tu..
Saya makan tak banyak pun sebab memang tak suka makan..Entahlah, dari kecil memang tak makan kambing..Dalam sejam selepas tu saya tidur..Bila bangun keesokan harinya, saya rasa gatal-gatal pada tangan, kaki, cuping telinga, badan dan muka..Aik apasal ni?Dah ada sebiji dua macam jerawat di muka..Dan gatal!! Nak garu takut jadi lagi besar..Gosok saja dengan hujung jari..
Selepas mandi, lagi gatal di bahu dan tapak tangan pula..Ohh apa yang terjadi? Ingat-ingat balik last benda yang saya makan ialah kambing tu..Saya pun search dalam website dan terjumpa maklumat ni di website National Poison Centre USM tentang gejala alahan dan kesannya (klik  DI SINI)..Memang tanda alahan terhadap sesuatu makanan ialah gatal-gatal kulit, naik bintik-bintik merah macam ruam di kawasan yang gatal tu..
Tak selesanya saya rasa..Apa yang saya buat, saya siram dengan air suam dari shower dan gosok dengan garam..Kemudian lap kering dan sapu dengan bedak..Hilanglah sikit..Tapi adalah dalam 3, 4 hari juga baru nak hilang!! Adoiiyaiii seksa tau kena gatal-gatal kulit..Sumpah tak makan dah kambing sampai bila-bila..huhuhu



Bila saya bagitau suami saya, boleh pula suami saya cakap, "Eh dah ada janggutlah"..Ishh ishh ishh, memang tak patut betoi nak melawak time tengah gatal ni..Sabar sajalah..Tapi esoknya, dia cakap lengan dia gatal-gatal sikit..Ada ruam sebiji dua..Saya senyum, cakap pada dia, "Tulah balasannya kata kat orang"..(^^)



To Mr and Mrs Kambing, sorry, kita tak boleh jadi bestfriend macam dalam gambar ni..huhu



*sumber: google
* Ada tak sesiapa yang pernah alami alah pada daging kambing macam saya ni? Kalau ada, boleh share pengalaman dan cara nak 'lawan' gatal-gatal kulit tu..Atau pun ni kes terpencil ni..huhuhu Feeling like an Alien!!!

12 comments:

  1. Rupanya mmg ada org elergik mkn dgg kambing.. Saya baru mkn 2hari lpas.. Ni mkin bnyk plak naik ruam2 gatal jgn ckp lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu kannnn..kena minum air kosong banyak2..memang 2,3 hari jugalah nak hilang gatal2 tu..genglah kita kan..kes terpencil ni..huhu

      Delete
  2. Anak saya pon dah gatal gatal Dan naik bintik merah Akibat makan daging kambing minggu lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai memang tak boleh makan kambing lah lepas ni.

      Delete
  3. Tadi sy makan lamb chop , Ni gatal2 . Adehh . Tak nak makan dah kambing lepas ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, masa makan sedaplah, lepas tu haru gatal-gatal. 😊

      Delete
  4. Semalam saya mkn daging kambing...ruam merah timbul d paha waktu pagi.jadi lepas mandi saya sapu dengan aloevera gel guardian...dlm beberapa minit ruam itu beransur berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh mungkin gel aloe vera tu berkesan hilangkan ruam tu.

      Delete
  5. Mse rye bru nie ok je mkn daging kmbing. Mgu lps p kenduri sdare, xlme bbrpe jam lps mkn dah mla rse gtl kt tgn dan kaki. Ayah sy pom naik gatal2 kt bdn dia padahal sblm nie xde pape pom mkn daging kmbg. Petua ayh sy dia rebus daun semambu dan mandi dgn air daun tu. Daun yg direbus tadi blh gosok2 kt bdn mse mndi. Tapi kne bt dlm 3 4 hari br hlg gatal2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh bagus petua tu..Memang nak hilang gatal tu 2,3 hari juga..Seksa oii..huhu

      Delete
  6. Mcm mana bentuk gatal tu? Ada mcm hfmd tak? Sy makan daging rusa, pastu jd gatal. Nak kata hfmd, saya sorang je. Anak2 semua ok. Musykil betul mak. Biji gatal tu naik kat blkg tgn, siku, lutut, jari kaki pastu tapak kaki. Tak jelas kat kaki tapi dia punya gatai merenyam. Bila pijak sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishh tak sampailah macam hfmd..Tapi tak sakit, cuma gatal naik ruam tu yang tak tahan tu..

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...