Friday, November 1, 2013

Prihatin Betullah Anak Murid Saya Ni Seorang!

Assalamualaikum semua..



Dua orang murid bisik-bisik depan saya..


'Teacher, saya nak tunjuk kat teacher satu benda ni..'


'Hmm apa dia tu?'



Keluarkan buku merah ( bukan buku merah Zizan and Kaka ok..huhu )..




Dengan muka bersungguh dia bagi pada saya sambil kata,



'Ni, ada senarai nama terlarang dalam Islam..'


'Kalau teacher ada anak nanti, teacher jangan bagi nama-nama ni pada anak teacher tau!'



Saya gelak saja dengan karenah budak-budak ni..Saya ambil buku tu dan tengok..
Banyak juga tu, ada satu setengah muka surat..
Semua ditulis dengan pensil..









'Mana kamu dapat semua senarai ni?'


'Saya dengan Alia cari dalam internet..'


'Kamu cari dari internet? Lepas tu salin dalam buku ni?'



'Ha'ah, kami salin sebab nak bagi pada teacher..'


'Ingat tau teacher, kalau teacher ada anak nanti jangan bagi nama-nama ni tau..'



Ohhh masa ni saya dah rasa macam nak peluk budak tu waktu tu juga.. TERHARU!!! Rajin dia cari sebab nak bagi pada saya! Maybe pada orang lain itu cuma kerja budak-budak yang saja-saja nak ambil hati cikgunya.. Tapi pada saya, usaha dan niat dia tu sangat besar maknanya.. Bukan senang anak murid nak buat sesuatu demi cikgunya kan? Melainkan dia suka pada cikgu tu, betul tak?



Saya cerita pada suami, dia pun tak sangka anak murid saya nan seorang ni akan buat macam tu.. So, disebabkan saya dah jatuh sayang pada dia, saya belikan hadiah sempena birthday dia.. Hari Selasa birthday dia, tapi baru hari Khamis saya bagi hadiah, sebab terlupa! Hadoiii, sampai kawan dia tanya baru saya ingat.. Memang dah niat nak bagi hadiah pun..



So, waktu balik sekolah baru saya bagi pada dia sebab tak nak bagi yang lain-lain nampak.. Bukan tak pernah bagi pada yang lain-lain, tapi dah pernah bagi pada semua murid-murid.. Maybe bukan sempena birthday budak-budak tu semualah, tapi sempena birthday suami saya.. Bukan hadiahlah, kiranya bersedekah.. Dua biji epal, hijau dan merah setiap murid sesi petang.. Cikgu-cikgu dan semua yang ada di sekolah waktu tu pun dapat.. Kira aci lah kan..(^^)



Saya hadiahkan dia buku cerita fairytales dalam Bahasa Inggeris.. Lupa pula nak ambil gambar buku tu.. Dia suka dan minat nak belajar Bahasa Inggeris, so lebih baik saya galakkan dia membaca buku English kan.. Kalau orang lain tak nak homework banyak-banyak, dia pula seronok kalau dapat homework BI.. Dulu abang dia rajin juga bagi macam-macam kat saya.. Sekarang dia pula.. 




*curi-curi ambil gambar dia, marah kalau nak ambil gambar..



Semoga kamu berjaya di masa depan ye..
Ini doa dari teacher..(^^)




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...