Friday, May 9, 2014

Isu Anak? The Dark Side Of Me, You Asked For It!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Kepada yang berkenaan..






Hmm entahlah macam mana nak mula entry kali ni.. Saya rasa saya dah jadi tabah dan redha sebab masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Tapi sejak dua menjak ni, saya rasa hati saya kembali diusik dan diguris.. Bukan saya yang mulakan dulu, tapi orang yang sepatutnya memahami perasaan saya yang masih berTTC selama 5 tahun ni yang mulakan balik luka lama yang saya dah rawat..



Saya sedih bila fikir ada manusia yang bercakap ikut sedap mulut tanpa fikir perasaan orang lain.. Orang yang sepatutnya bagi nasihat dan pendapat, tapi orang tu yang cakap tak kena 'tempat'.. Tak kira tua atau muda, bila bercakap isu tentang anak, silalah jadi prihatin.. Memang orang yang tak lama tunggu untuk dapatkan anak TAK AKAN dan TAK PERNAH AKAN MEMAHAMI perasaan orang-orang yang lama menunggu nak timang baby sendiri..



Saya sedih bila ada yang cakap, "Lagi lama tunggu dah tua-tua lagi susah".. Walau pun hakikatnya kesuburan menurun bila umur meningkat, rasanya tak perlu nak mention macam tu depan-depan.. Cuba cakap berlapik sikit.. Apa, ingat kami suami isteri tak buat apa-apa ke? Aku tengok hang, hang tengok aku saja? Tak berusaha? Tak buat hubungan suami isteri? Tak makan ubat? Tak jumpa doktor? Tak teringin nak ada anak sendiri? 



Come on lah, manusia BODOH saja yang KAHWIN TAK NAK ANAK!!!.. Hakikatnya semua orang nak anak bila dah berkahwin, nak zuriat sendiri, darah daging sendiri.. Berbeza perasaannya bila ambil anak angkat, kita tak nampak diri masing-masing pada anak angkat tu.. Cuma kita akan nampak kasih sayang yang kita curahkan sama pada anak angkat.. Atau mungkin lebih!!!



Sedih juga dengan manusia yang suka compare rezeki si A dengan si B.. Rezeki anak tu kuasa ALLAH.. Bukan kita boleh main petik jari atau pilih kat Tesco ke, Giant ke or pasar malam saja.. Kalau macam tu, saya nak petik jari dua kali sebab saya nak anak perempuan seorang dan anak lelaki seorang.. Nak tengok seorang muka saya dan seorang muka suami saya..



Sedarlah dan insaflah wahai manusia, kita hidup untuk membahagiakan orang lain, bukan buat musuh dengan orang lain.. Musuh dalam diam, musuh yang dicari disebabkan oleh kelancangan lidah sendiri.. Tak kira tua atau muda, sedarlah, manusia seperti kami yang lama menanti zuriat sebenarnya manusia yang ALLAH sayang.. ALLAH uji kami dengan ujian yang kami MAMPU hadapi.. 



Cuma satu saja yang saya minta, jangan biarkan kami (yang berTTC) berubah menjadi pendendam dalam diam pada manusia yang buta hati tentang isu anak disebabkan kelancangan mulut tuan-tuan dan puan-puan.. Sebab saya rasa, sikit demi sikit, seiring dengan ketabahan hati yang saya kumpul, the dark side of me mula nak cakap 'Hello.........."



Dan jangan terkejut kalau ada yang dapat 'ceramah kasih sayang gila babun' dari saya bila mulut tuan-tuan dan puan-puan laser tanya soalan yang bukan-bukan tentang anak.. Soalan laser jawapan pun laser.. Baru kena guuuu.. Baru fair.. (^^)



Don't blame me, YOU asked for it!!!



8 comments:

  1. kuncinya sabaq je kan.
    salam kenal dari saya juga.
    saya ada masukkan link awak dlm bloglist cindai.. :)

    jgm sedey2 tau..
    geng blogger yg kenal bnyk mmbnayu sy stabilkan emosi.saya njoy.. jgn dikisahkan org sekeliling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terima kasih! (^^)

      Saya ok sebenarnya..Dulu mula-mula kahwin memanglah stress, tapi bila fikir balik buat apa nak stress dan sakit hati bila orang cakap yang bukan-bukan pada kita.. Buat relax dan buat derk saja..

      Selepas saya join group TTC barulah saya dapat baca dan tahu ada lagi orang lain yang lagi hebat ujian nak dapatkan anak..

      Start daripada tu, saya dah pandai control emosi dan hati jadi kebal..hihi Cuma bila ada isu yang macam ni tiba-tiba terbakar je rasa...huhu

      Delete
  2. sya pernah kna lgi teruk.
    ingt lg smpai skrg.org yg kat bukan org lain. sedara mara jgak.tp mmg jns mulut mcm tu kan.

    menangis saya.

    tau dia kata apa. mcm ni citer dia..
    msa tu ada knduri. kbtulan mlm hbs knduri sja la pergi nk smng dgn sepupu baru tu.
    skli ank abg dia mngis, kak ipaq dia bagi anak dia dkt sy surh jga kejap sbb dia nk solat.sya amik.kebetulam mak sy ada skali.mak tlg pujuk2 pakaikan seluar..
    skali blh si lelaki ni cakap apa tau..

    "al, kesiannya org tu xdak cucu.."
    3x dia dok ulang bnda yg sama
    sy blah pi dapur, sambil tlg kacau lauk, air mata laju je kluaq. nk ckp mcm tu kat mak saya.. tak hati dan perasan ke org tu.. dh tua pon.dh pergi umrah..
    depan saya depan mak.
    cma dia mmblakngkan kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpati dengan apa yang jadi..
      Kadang sedih bila fikir orang yang terdekat boleh dan tergamak nak cakap benda yang annoying dan tak kena tempat tentang isu anak ni..

      Itu yang macam tak faham tu dengan orang jenis macam tu..
      Main sedap mulut saja nak cakap apa..
      Tak boleh pula dia nak fikir hati kita yang terasa ke tersedih ke..

      Harap-harap kalau ada siapa-siapa yang mulut celupar macam tu baca entry saya ni, berubahlah..

      Kalau tak pernah tunggu lama nak dapat anak, memang tak tahu perasaan kita..

      Delete
  3. the same thing happend to me. Somebody yg i consider as a friend dok desak2 i ambik anak angkat. Just because umur dah meningkat. To me, for now i still want to usaha dapatkn anak sendiri. Buat masa ni. Mungkin esok lusa Allah buka pulak hati i ambik anak angkat. But now, not yet. Kenapa nak dipersoalkan yg itu?? Ingat ambik anak angkat mudah? I still have to usaha utk keluarkan susu supaya jadi anak susuan.... pls, do understand and respect our choice kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm itulah kan,,kita belum lagi putus asa nak berusaha, dah tak stress dah, tapi bila ada yang cakap macam tu, sedihlah..

      Tak pe, insyaAllah satu hari nanti saya yakin kita yang TTC ni akan dapat rasa juga perasaan tu..aminnn

      Delete
  4. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...