*Untuk pengetahuan semua, adik Annur telah kembali pada Penciptanya, tanggal 10 Februari 2018.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hmmm speechless saya waktu dapat berita ni. Ni adik Annur, anak kawan saya waktu sama-sama sekolah menengah dulu. Anak beliau disahkan dapat kanser neuroblastoma stage 4. Sekarang berada di wad C3 Hospital Pulau Pinang sejak bulan Jun 2016. Marilah kita sama-sama tolong doakan kesembuhan adik Annur dan semua urusan keluarganya dipermudahkan.
Saya kongsikan kisah adik Annur yang diambil dari facebook Penangkini
Annur Qisya Umaira binti Luqman.Dilanda ujian hebat seawal usia 3
tahun. Qisya, berasal dari Tasek Gelugor mula menghuni wad C3 hospital
Pulau Pinang pada tanggal 12 Jun 2016. Qisya sebelum itu
mengalami simptom demam yang tidak menentu. Ada ketika suhu badannya
melonjak tinggi dan kembali normal di keesokan hari.
Qisya juga mengalami
muntah-muntah dan tubuh kecilnya juga kian menyusut. Simptom ini
berlarutan hingga menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di bahagian
perutnya. Perut Qisya membesar seperti ibu yang sedang hamil. Lalu Qisya di bawa ke hospital pakar swasta namun jawapan yang diterima
sangat menghampakan. Hospital berkenaan tidak mahu menerima Qisya kerana
dikatakan keadaan Qisya sudah kritikal.
Dari hospital swasta Qisya
dirujuk ke hospital Pulau Pinang dan apabila ujian demi ujian
dijalankan, Qisya disahkan menghidap Kanser Neuroblastoma stage 4 (Kanser
Saraf). Qisya, pertama kali saya bertemu dia di wad c3 telah
meruntun hati dengan tubuhnya yang kurus melidi hanya memaparkan
tulang-temulang dibaluti kulit tiada berisi. Disisinya pula, berdirinya
seorang wanita yang sarat mengandung yang penuh kesabaran melayani
kerenah si anak yang memprotes.
Hebat sungguh ujian buat mereka. Qisya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Sewaktu
menerima rawatan, Qisya pernah beberapa kali menghuni PICU. Qisya sedang
menunggu ujian scan untuk melihat sama ada ketumbuhan di perutnya boleh
dibedah buang atau sebaliknya. Pada 23 Jan 2017 akan datang, Qisya perlu
menghadiri temujanji di hospital Kuala Lumpur bagi menjalani ujian MIBG
Scan.
Qisya mempunyai 4 orang adik-beradik tinggal di Taman
Koskam (Kepala Batas, Pulau Pinang). Ayah Qisya, seorang pekerja kilang sudah 6 bulan bercuti tanpa
gaji kerana perlu menggalas tanggungjawab menjaga Qisya di wad manakala ibunya pula seorang surirumah baru sahaja habis berpantang dan perlu
menguruskan anak-anak di rumah.
Hari ini,mereka dihimpit
kebuntuan akibat kekangan kewangan. Mereka antara yang saya kenal, yang
tidak mahu menyusahkan pihak lain. Mereka tidak sekali mengeluh akan
kepayahan. Namun sampai bila hati mampu bertahan? Sampai bila harus
ditelan? Empangan yang menakung air, lama-kelamaan pasti akan pecah juga.
Bantulah keluarga ini seadanya. Hari ini,hari mereka. Hari kita entah bila. Jika anda mahu berhubung terus dengan keluarga adik Qisya, boleh langsung hubungi nombor:
İbu: 0125658572
Ayah: 01112568186
Ayah: 01112568186
No Acc Maybank ibu 157091391639 Siti Solehah Mohd Said
No Acc Maybank ayah 157091087605 Luqman bin Ishak
Zakat Pulau Pinang
Shabudin Yahaya FC
Kalau tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit, kita tolonglah doakan ye.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)