Monday, December 19, 2011

Next Question Please....

Assalamualaikum semua...



Ada satu soalan yang terngiang-ngiang di dalam kepala otak ni....Ligat berpusing dan asyik terfikir....Tapi sebelum tu nak tanya ada tak siapa-siapa yang baca entry ni dah kahwin tapi belum lagi dikurniakan zuriat? Ada ke? Mesti ada kan? (Sebab pernah terbaca...sorry dah lupa dimana...yang menyatakan ramai pasangan di zaman moden ni susah atau lambat memperolehi zuriat selepas berkahwin...


Puncanya pelbagai...tak dapat nak disenaraikan disini) Hmmm...soalan ni terlintas dalam fikiran sebabnya saya juga masih, sedang dan sentiasa menantikan kehadiran anak kecil dalam hidup berumahtangga selama 3 tahun...



Siapa yang tak nak anak selepas berkahwinkan? Kalau tak nak anak lebih baik tak payah kahwin...Siapa-siapa yang tak tahu tentang kisah saya, (err macamla orang nak ambil tahu sangat kisah hidup cek ni...hehehe) tahun pertama perkahwinan, saya dan suami terpaksa PJJ...bukan ambil pengajian jarak jauh...


Tapi percintaan jarak jauh...huhuhu...sebabnya saya ditugaskan mengajar di pedalaman Belaga, daerah Kapit, Sarawak...Pedalaman yang betul-betul pedalaman mengikut kategori cikgu cikgi...P3...yang last sekalila tu...Setahun berendam air mata sebab terpisah dari suami yang tercinta...(Yes my dear I LOVE U..;p) Baru kahwin dipisahkan oleh lautan, jadi bilalah masa yang strategik kami nak berjumpa?



Mujur usaha untuk minta pindah ke Semenanjung akhirnya dimakbulkan Tuhan....Lega sangat-sangat...Walaupun dah kahwin 3 tahun, tapi baru 2 tahun kami hidup sebumbung...Bila dah tinggal sekali, mestilah perancangan nak ada anak sendiri lagi giat diteruskan....Tapi kami hanya merancang, Tuhan yang menentukan...



Selepas usaha dan berdoa, saya dan suami hanya mampu tawakal dan redha dengan ketentuanNya...Belum ada rezeki kami untuk menimang cahayamata..Tetapi kami bersyukur sebab dimurahkan rezeki dengan cara yang lain...Alhamdulillah ya Allah....



Saya kadang-kadang cemburu tengok mana-mana pasangan yang baru berkahwin tapi dah mengandung dan melahirkan anak...Dalam hati terdetik juga....bilalah agaknya saya nak rasa pengalaman tu? Tapi bila setiap bulan teruja menunggu dan mendapat keputusan yang hampa dan kecewa, akhirnya saya ambil keputusan untuk membiarkan saja semuanya berlalu...



Saya pernah menangis (actually banyak kali juga...huhuhu sebab terlalu mengharap) di hadapan suami dan persoalkan bilalah agaknya nak mengandung...Tapi satu jawapan yang sangat menyentuh hati saya dijawab oleh suami..."Tak apa tak ada anak pun...yang penting isteri abang sihat dan kita bahagia" (huhu sebak pula masa nak taip huhu)



Selepas tu saya hanya buat-buat bodoh ja bila masa cik P tu nak datang...Kalau lewat pun buat tak ambil peduli pun...Dan dah tak tension-tension lagi...Perlu ingat betapa pentingnya sokongan moral daripada suami apabila seorang wanita menghadapi situasi yang sama macam saya...Orang sibuk bertanya...



Biasalah, manusia memang sentiasa ada 1001 persoalan yang cuba nak dikorek daripada orang lain...Saja nak sibuk-sibuk atau pun sememangnya ikhlas bertanya...Tapi apapun saya percaya dan sangat percaya...Akan ada rezeki kami cuma lambat atau cepat saja...InsyaAllah...



Semoga di tahun baru yang akan datang, akan dikurniakan dengan yang serba baru....Rumah baru, handphone baru, baju baru, kereta baru, perabot baru, dan orang baru dalam rumahtangga kami...Aminnnnnnnnnnnnnnn...Sekarang yang paling penting, hidup mesti sentiasa ceria, tak nak stress dan tension...


Jadi kena senyum ja...Tak perlu kata apa-apa... =) 

4 comments:

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...