Saturday, December 24, 2011

Dah Ada Insurans Ke?

Assalamualaikum semua...



Pa habaq? kalau orang Penang tanya...How are you? kalau Mat Salleh yang tanya...err Mat Salleh omputih ye...bukan Mat Salleh anak Mat Salim...Ni tiba-tiba rajin nak bertanya khabar orang ni apa cer? Bukan apa, hari ni kita mungkin khabar baik...tapi entah esok entah lusa kita khabar tak baik...mana nak tahukan...Jadi nak taulah khabar semua orang hari ni...Semoga semua yang membaca blog saya masih sihat-sihat dan mampu lagi untuk tersenyum...=)...



Persoalan yang saya tanya kali ni selalunya akan dapat macam-macam jawapan...Bagi sesetengah orang mungkin cakap 'ala tak penting pun insurans ni'..Atau pun 'mahallah nak ambil insurans'...'Buat apa nak ambil insurans sebab aku sihat lagi boleh bekerja menyara keluarga'...



Ya, saya juga sama seperti kebanyakan orang yang berfikiran sama macam diatas...Tetapi itu dulu...Pada hari ini, lebih tepat lagi tengah malam hari ini, saya dan suami buat keputusan untuk ambil insurans...(hehe sebenarnya bukan setakat buat keputusan, tapi dah apply, isi borang, sign dan bayar dah pun kat ejen insurans tu...) Ini bukan pertama kali saya apply insurans, tetapi kali kedua...



Saya pernah ambil insurans pada tahun 2009...Malangnya ejen insurans tu dah tipu dan tak membuat kerja sepatutnya seperti seorang ejen insurans...Hilang entah kemana...Syarikat besar, terkenal, tapi ejen tu yang merosakkan reputasi syarikat dan juga membuatkan saya terus hilang kepercayaan pada syarikat tersebut...So fullstop.



Sekali lagi saya apply insurans pada tahun ni sebab saya ingin merancang masa depan yang lebih terjamin...Sungguh kita tak akan tahu apa yang bakal berlaku pada kita dan keluarga dimasa hadapan...Tetapi, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia untuk segala kemungkinan....Bukan nak minta apa-apa terjadi...minta dijauhkan...



Cuma kita semua perlu sedar hidup di zaman sekarang macam-macam penyakit ada...Kalau dah kena, banyak pula perbelanjaannya nak beli ubat itu dan ini...Taraf hidup makin tinggi, semuanya perlukan duit...Kalau dah ada insurans, sekurang-kurangnya wang yang dilaburkan setiap bulan tu, akan memberi manfaat pada kita saat memerlukan...



Saya tertarik dengan insurans yang disediakan oleh Prudential...(Ni bukan nak promo...hehehe) Saya dan suami sepakat ambil Prudential sebab kawan suami ejen insurans ni...Lagi pun dah lama terfikir nak ambil sebab ada ejen yang saya kenal hanya melalui Facebook (you know who you are kan?;p) yang memberi penerangan yang memang complete dan promising...Tetapi disebabkan lokasi kami di Pulau Pinang lebih baik kami ambil dari ejen yang ada disini saja...Senang kalau ada apa-apa...



Setakat ni alhamdulillah, kami berdua masih lagi sihat...Tetapi insurans ni penting...Siapa-siapa yang belum ada insurans, saya sarankan apply, tak kiralah mana-mana syarikat insurans pun...Yang penting ada jaminan di masa depan...Sebab selalunya, dimasa suka ramai yang ada disekeliling kita...Tapi kalau saat berduka ditimpa musibah, berapa ramai yang sudi nak tolong ringankan beban?Lu pikirlah sendiri...(Pinjam tagline you ye Nabil...;p)



Jadi, tanyalah pada diri sendiri, dah ada insurans ke? Kalau belum, jangan susah hati, tak perlu garu-garu kepala, esok pergi cari ejen insurans dan cakap nak apply ok...Lepas tu barulah boleh tersenyum...=)

1 comment:

  1. so kepada siapa2 yg nak ambil insurans bolehla contact Uwais Mokhtar via fb or boleh lah PM @ msg di 019.388.6273 - Plan Single Room RM150 sebulan untuk 30tahun kebawah sahaja..end by this 31st Disember..tlg promo plak..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...