Saturday, April 7, 2012

Rombongan 'Cikgu Shaari' ke Nogori Sembilan...part 1...

Assalamualaikum semua...



Sihat ke semua yang baca blog saya ni? Harap-harap semuanya sihat walafiat ok.... Bukan sihat wallepatliat....haha 'sihat' sebab makan banyaklah tu... Entry kali ni saya nak kongsikan dengan semua, apa yang berlaku bulan lepas....Bulan yang sangat sibuk bagi saya....Sampai tak terkejar nak buat yang mana satu... Seriously, saya rasa tertekan bulan lepas.... Orang tengok saya macam ok...senyum ja....tapi otak ni ligat fikir itu dan ini....



Selepas majlis kenduri kahwin my sis in law, kami ke Seremban pula sebab kenduri di pihak lelaki... Kawan-kawan suami dari DRG Motorsports ramai yang join... Buat acara konvoi kelab DRG ke Melaka dan terus ke Seremban ikut rombongan... Saja buat ramai orang Penang kata...hehehe






                                                  Ni sebahagian ahli rombongan ja ni...



Lebih kurang 14 buah kereta yang join....Ada yang bawa family ada yang single....Kami bertolak pagi dan singgah di RnR Bukit Merah sebagai pit stop yang pertama...Ada yang makan-makan dulu....Ada juga kami berhenti di beberapa RnR untuk isi minyak dan isi perut....Hilangkan mengantuk kejap....



Ada macam-macam insiden waktu konvoi ramai-ramai ni...Ada yang tersesat sampai masuk ke KL pula...Ada kereta yang rosak di tengah highway...Macam-macam....Akhirnya sampai juga ke Melaka... Tapi saya dan suami singgah ke Seremban dulu sebab nak ke homestay hantar sis n mother in law...Biarlah pengantin duduk dekat dengan rumah pengantin lelaki...Senang kalau ada apa-apa...Bila dah settle disana baru kami bertolak ke Melaka....dan join kawan-kawan yang lain....



Kami bermalam di Danial's Homestay, di Ayer Keroh...Malam tu kami dibawa ronda-ronda di sekitar Melaka dan singgah di kedai makan asam pedas untuk makan malam....Alamak lupa pula nama kedai makcik tu...Tapi tersangatlah pedas asam pedasnya....Ramai yang tak termakan... Lain betul rasa asam pedas Melaka dengan asam pedas Pulau Pinang...



Lepas dah habis makan, kami ke River Cruise Melaka....Malangnya waktu kami sampai, kaunter tiket dah ditutup...Baru ja ditutup sebab dah dekat 12 malam...Kecewa juga sebab ramai yang bawa anak-anak teringin nak merasa naik River Cruise tu...





Mujurlah bila dibawa berbincang, akhirnya pihak River Cruise sudi bagi peluang pada rombongan kami untuk melihat keindahan bandar Melaka di waktu malam dengan menaiki 2 bot...Jauh kami datang ni ha...Dah tu esok dah nak balik dah...Terpaksalah abang-abang 'driver' bot tu buat OT....hehehe.. Terima kasih banyak-banyak ye....



Cantik juga bandar Melaka di sekitar sungai tu....Yang menariknya rumah-rumah comel di sepanjang sungai tu nampak macam rumah mainan...Dinding bangunan pun tak dibiarkan kosong, tapi ada lukisan mural yang menarik...Puas hati bila kami dapat juga merasa naik River Cruise malam tu....Tercapai hajat semua....hehehe



Bila dah siap ronda-ronda, ambil gambar berhuha-huha atas bot, kami pun sampai di jeti dan turun...Tapi bot yang lagi satu tak juga muncul....Aikkk?? Kemana pula bot tu singgah??Enjin bot pun tak dengar...Kami yang dah turun ni tunggu dengan penuh suspens bila tengok abang driver bot kami tiba-tiba bawa bot tadi ke tengah sungai....



Aikk.....Apa yang jadi???

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...