Sunday, April 15, 2012

Rombongan 'Cikgu Shaari' ke Nogori Sembilan...part 3

Assalamualaikum...

Lama betul nak tunggu sambungan rombongan cikgu Shaari ni ye...haha saya sangat sibuk seminggu dua ni....Macam-macam hal yang perlu diselesaikan....

Ok, kali ni, saya nak ceritakan apa yang jadi bila kami dah sampai di Klana Resort Seremban...Walllaaaa.....Sangat teruja bila sampai di hotel ni....Uishhh walaupun nak kesini agak sukar sebab hotel ni terletak di pinggir bandar dan agak sunyi kawasannya....tapi bila sampai....emmmm macam tak nak balik dah...hehe over tak ayat??!!




Puji lebih-lebih ni ada diskaun ke datang sini? hehe memang ada!!! Kami kesini dengan bantuan oleh pihak NARSQO Holidays....Urusan tempahan bilik (sebanyak 18 bilik semuanya), urusan tempahan barbeku malam tu semuanya dibuat oleh pihak NARSQO....Semuanya selesai di hujungg jari!!!!

 Bila check-in, saya dan suami check semua bilik sebab kami nak pastikan bilik-bilik yang ditempah semuanya ok...Ya lah...dah bawa ramai kawan-kawan mestilah nak bagi selesa bila nak tidur dan rehat disini....Dah letih memandu, mesti nak tidur lena malam ni kan....


*gambar di ambil dari mr. google....letih sangat bila dah check-in...
sampai terlupa nak ambil gambar bilik hotel

Bila semua rombongan dah sampai dan dah dapat bilik masing-masing, semuanya turun ke coffee house untuk makan malam pukul 8.30...Tapi pihak hotel hanya menyediakan set barbeku secara buffet di coffee house...Maknanya kami semua makan di ruang yang khas untuk rombongan kami sahaja walaupun buat secara buffet....Makanannya boleh tahan...sedap! Bagi saya sedaplah....tapi ada yang kata tak berapa nak sedap walaupun dah tambah berkali-kali....hmmmm i wonder y.....=)

Malam tu sebab letih sangat, lepas makan ja saya terus naik ke bilik dan baring sambil tengok tv....Mata dah kelat-kelat sebab mengantuk....dan entah pukul berapa saya dah dibuai mimpi....zzzzzz

Esoknya, awal-awal pagi lagi selepas sarapan, ada yang bawa anak-anak mandi di kolam renang....Dari bilik kami boleh nampak kolam renang tu....

 

Kami check-out dari hotel pukul 12 tengah hari sebab kami nak ke rumah pengantin lelaki pula....Dah macam datang bercuti ja, sampai terlupa tujuan utama...hehehe....Selepas selesai sesi bergambar segala bagai, kami bertolak ke rumah pengantin....

Tak lah jauh mana rumah pengantin dengan hotel, tapi faham-faham sajalah bila dah konvoi dua tiga belas buah kereta...Asal sampai di traffic light ja, ada yang tersangkut....Tunggu pula di tepi jalan sampai cukup korum....baru jalan...

Elok ja kami semua sampai di rumah pengantin, tup-tup hujan turun....lebat walaupun sekejap ja....Mujur kami dah masuk ke bawah khemah, kalau tak....hmmmm basah kuyup....Dah makan kenyang-kenyang, ambil gambar serba-serbi, rombongan konvoi bertolak ke Nilai 3 pula....Tapi saya dan suami tunggu lagi di rumah pengantin sebab nak berjumpa sanak-saudara....Tak apa, sekejap ja kami boleh cari dan join konvoi sebab kami dah pernah ke sana....

Di bawah ni sebahagian gambar yang sempat saya ambil...









Selepas selesai semua urusan di Negeri Sembilan, kami semua bertolak balik ke Pulau Pinang.....Walaupun letih dan penat sebab travel, tapi dalam hati lega sebab semuanya berjalan ikut perancangan dengan jayanya....


THE END...=)














1 comment:

  1. Oh kepada siapa-siapa yang nak pergi honeymoon boleh kot ke Klana Resort Seremban ni...Boleh google dan dapat maklumat hotel 4 bintang ni dengan jayanya...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...