Friday, July 6, 2012

Bila Dunia Jadi Tingtong...

Assalamualaikum semua....


Lama tak update blog saya ni eh..Sebab apa ya? Sebabnya dunia saya dah jadi tingtong-tingtong..
Jadi apa tu????


Dunia saya jadi kelam-kabut dan berserabut...Puncanya, kesihatan saya tak berapa nak ok sepanjang minggu ni...Pening kepala dan pusing-pusing...Tu yang jadi tingtong-tingtong...Semua benda saya nampak berpusing meliang-liuk menari-nari saja....Pergi kerja pun ala-ala menyeret badan saja...Kepala rasa berat....


Plus tekanan darah pun tak berapa nak ok....Ha darah rendahlah puncanya tu....Nak makan hati tak lalu....Nak makan kerang tak berapa nak boleh sangat sebab sakit perut...Nanti jadi peneman setia encik toilet...Habis tu kenalah cari alternatif lain...Selain daripada kismis boleh cuba cara di bawah...





1. AIR PUTIH
Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas sehari.



2. KOPI
Sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.



3. GARAM
Mengambil makanan yang cukup mengandungi kadar garam yang betul.





4. BAYAM
Untuk sayur, perbanyak mengambil bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Selain itu, coklat, lada, hati ayam kampung/sapi/kambing, mentega, dan keju katanya juga bagus untuk orang yang menderita tekanan darah rendah.


5. SATE KAMBING
Mengenai gambaran masyarakat yang sebahagian besar beranggapan bahawa dengan mengambil daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tekanan darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah ertinya bekalan darah tidak maksima keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita boleh pucat (anemia), pening , merasa cepat lelah dan sebagainya

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...