Sunday, July 15, 2012

MUSC Drag Challenge 2012

Assalamualaikum semua...


Pernah tak anda ke acara MUSC Drag Challenge? Ini kali kedua saya ikut suami saya ke extreme motor sport event ni...Ada kawan-kawan suami yang masuk, so nak bagi support pada kawan dia la ni...Saya pun terjebak sekali...hehe...Lagi pun, buat pada hujung minggu, bolehlah ikut...Sementara masih berdua ni, bolehlah kemana-mana dengan senang ria...(^^)


Ok, acara ni berlangsung selama dua hari, Sabtu dan Ahad...Kali ni bertempat di Kulim Hi-Tech, Kedah...Dekat kawasan kilang...Ada gerai yang jual T-shirt, sticker, makanan ringan dan minuman...Cuma, kali ni tak semeriah yang dibuat di Taipan Square, Sungai Petani awal tahun hari tu...Paling tak lengkap, sebab tak ada tandas...Lawaknya bila ramai yang melepaskan hajat di semak-samun yang ada di sepanjang tempat acara tu...Confirm matilah pokok-pokok tu...hahaha


Kami berdua ke sana selepas Mahgrib..Parking memang jauh dari pintu masuk..Ramai peminat sukan drag ni...Rata-ratanya lelakilah yang pergi, tapi saya jumpa isteri-isteri kawan-kawan kelab DRG Motorsport, so memang dah kenal...Yang saya hairan bin ajaibnya bila tengok kakak-kakak yang sarat mengandung pun pergi juga...Yang bawa anak-anak kecil baru 4,5 bulan pun ramai...What for?


Siap ada yang bawa stroller lagi....Memang tak sesuai bawa budak-budak kecil tu ke sini...Bising bunyi enjin mengaum....Dan ada seorang kakak ni usung mak dia sekali, makcik tu pakai baju kurung dan ikut saja anak perempuan dia...Hmmm apa agaknya alasan anak dia bagi untuk bawa mak dia ikut tengok drag ni sekali ya...Macam-macam....


Ok, silalah layan gambar yang sempat diambil semalam....



Nun di traffic light sana pintu masuk...

Itu dia antara kawan-kawan suami saya..

 


 



Panjat bukit tu untuk tengok...


Ramai yang menonton dari atas bukit....Lebih selamat...


Nampak tak makcik tu?

Tunggu turn...


Penonton tengok dari seberang jalan saja...
Tak boleh dekat-dekat, bahaya...


Finishing line...


 Podium...



Kami balik pukul 12 tengah malam selepas tengok acara yang kawan suami masuk tu...Tapi dia tak berjaya naik atas podium...Memang laju semua kereta-kereta tu...Err bukan kereta dah tu, boleh dipanggil mesin sebab dah modified macam-macam....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...