Saturday, September 8, 2012

Otak Seminit --> Langkawi ( First Night )

Assalamualaikum semua..



Ok, kali ni nak sambung pula apa yang berlaku pada malam kami sampai di Langkawi..Disebabkan perut dah lapar sangat, kami mencari kedai makan untuk mamam malam tu..Cari punya cari, terjumpalah kami satu kedai yang sangat menarik untuk dipandang..Hehe harap-harap menarik jugalah makanan yang ada di situ..



Dengan lampu lip lap warna-warni dan siap ada pondok-pondok yang menarik, kami pun singgah di situ..Ha nampak apa nama kedai tu? Selera Lubuk Buaya Seafood..Ok, kami tak order buaya pun ok..










Ok, dua saja gambar yang sempat diambil..Lapar sangat, terus order dan bila makanan sampai, terus makan tak cakap apa..Gambar pun tak sempat nak snap..Kami order nasi putih, nasi goreng belacan, ikan siakap sweet and sour, sayur campur dan minuman air milo kosong ais..Hmm nak kata terlalu sedap tu taklah, tapi boleh tahan jugalah rasanya..



Selepas habis makan, kami terus ronda-ronda cari jalan nak ke tempat-tempat yang nak dituju esok..Senang, tak payah nak kelam-kabut sesat pula esok..Ronda sana sini, sesat sana sini, bila dah jumpa, tanda dalam map..Macam nak cari harta karun pula (^^)..



Tapi sebelum balik ke hotel, ada juga kami ke Dataran Helang..Saja nak tengok waktu malam macam mana pula suasananya..Tak ramai yang ada di situ..



Entah kenapa, saya sangat suka pemandangan ni..



Bahagian belakang Helang..



Bahagian hadapan Helang..


   
Lebih kurang pukul 1.30 pagi kami balik ke hotel..Tapi sebelum tu sempat singgah kedai beli air dan makanan ringan..Maggi cup tak lupa beli..Lapar lagi! Haduii..Duduk di Langkawi asyik nak makan saja..Haru-haru...Tak boleh ke Langkawi selalu ni..(^^)







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...