Assalamualaikum makcik-makcik..
Saya buat entry ni KHAS untuk makcik-makcik yang kepoh yang saya kenal..Walaupun saya tahu, makcik-makcik memang tak ada blog atau facebook nak baca pesanan saya ni, tapi sekurang-kurangnya saya dapat luahkan juga apa yang saya rasa..
Kepada Makcik pertama..
Makcik ingat tak ada suatu hari makcik jumpa saya dan cakap anak makcik suka tengok saya..Anak makcik ingat saya belum kahwin..Saya cuma senyum sajalah..Kemudian makcik kata, makcik jawablah pada anak makcik macam ni;
"Cikgu tu dah kahwin dah aih..Lama dah..Cuma tak beranak-beranak saja lagi"
Apa yang makcik cuba sampaikan makcik? Saya tak pernah pula cakap makcik ni mulut banyak dan kepoh..Tapi kenapa macam tu pula makcik nak cakap pada anak makcik dan cakap pada saya sambil senyum bahagia? Kenapa makcik? Apa salah saya pada makcik?
Tak bolehkah makcik jawab saja yang saya pandai jaga badan, atau spesis yang susah nak naik berat badan..Kan sedap sikit saya dengar tu..Saya senyum bukan tanda saya terima apa yang makcik cakap tu..Tapi saya senyum supaya saya ingatkan diri saya sendiri agar saya tak membalas kata-kata makcik dengan ayat yang buat makcik sakit hati..Takut saya digelar kurang ajar dengan orang tua..
Kepada Makcik kedua..
Baru tadi peristiwa ni berlaku makcik, makcik ingat tak? Fresh lagi..Pagi tadi dengan perasaan gembira saya ke sekolah..Ada jamuan hari Raya untuk guru-guru..Dengan bersemangat saya ke sekolah, siap pakai lawa-lawa (bagi saya lawalah tu (^^) )..Makcik berselisih dengan saya waktu saya nak ke pejabat..Saya senyum bukan main lebar pada makcik..Tapi makcik ingat tak apa yang makcik kata pada saya?
"Amboi cikgu, makin hari makin lawa..Makin kurus (walaupun hakikatnya saya tahu saya naik juga sekilo dua, tapi belum gedempol)..Tapi tak beranak-beranak juga.."
Mujur saya masih lagi tersenyum lebar, cuma sempat saya balas sepatah dua;
"Amboi mulutttt"
Tapi saya masih lagi kekalkan senyuman saya, walaupun pada hakikatnya saya rasa seperti ingin menjawab lebih panjang dan lebih luar biasa..Saya teruskan berjalan masuk ke pejabat dengan seribu satu soalan di kepala..Apa masalahnya makcik, kalau saya masih belum beranak? Saya buat makcik susah hatikah? Atau makcik tak tidur lena selagi saya tak beranak? Ohh..mungkin makcik nak jaga anak saya kot?
Makcik belum kenal siapa saya yang sebenarnya makcik..Saya akan buat baik sekiranya orang buat baik dengan saya..Tapi saya boleh jadi seseorang yang sangat kejam dan pendendam kalau ada orang yang buat saya rasa benci..Setakat ni, ada dua saja manusia di dunia ni yang termasuk dalam senarai orang yang paling saya benci dalam hidup saya..
Tak perlu saya ceritakan pada makcik siapa dan kenapa..Saya nak buang semua perasaan tu jauh-jauh..Tak kan makcik-makcik sekalian nak jadi orang yang ketiga dan keempat pula? Nak buat macam mana makcik, saya manusia biasa..Ada hati dan perasaan..Kadang-kadang, manusia akan letakkan emosi dan perasaan di depan akal fikiran yang waras..
Saya bukan tak boleh terima apa yang makcik cakap, tapi biarlah kena pada tempat dan waktunya..Cubalah belajar hormat privasi orang dan belajar jaga hati insan lain yang makcik jumpa..Untuk pengetahuan makcik-makcik sekalian, ini bukan kali pertama saya dengar kata-kata macam tu..Ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi soalan ajaib yang pernah ditanya kepada saya..Yang sangat indah di mulut dan telinga yang bertanya, tapi sangat sakit pada yang mendengar dan ditanya..
Makcik, bukan saya tak mahu beranak-beranak lagi, tapi YANG MAHA ESA belum memberi rezeki kepada saya..Kalau saya usaha tungging terbalik pun, belum lagi rezeki saya, tak guna juga..Siapa yang berkahwin tak mahu anak itu manusia bodoh namanya..Hilang nikmat perkahwinan..Nikmat syurga dunia..Nikmat menjadi wanita sempurna..
Kalau boleh saya beli anak di Tesco, Giant atau Mydin, saya beli dua tiga orang dan saya tunjukkan pada makcik..Atau, makcik-makcik ada anak lebih-lebih di rumah, boleh bagi pada saya..Atau pun, makcik cepatlah mengandung dan transfer pada saya..Kita boleh guna bluetooth..Mungkin dengan cara tu makcik akan puas hati dan tak cakap macam tu lagi dengan saya..
Minta maaflah makcik-makcik sekalian..Saya rasa ralat dan terkilan bila dah tua-tua pun, makcik-makcik masih lagi kepoh dan tak tahu nak jaga hati dan perasaan orang..Mungkin makcik-makcik tak habis belajar sivik kot? Meh saya bagi tiusyen exclusive secara percuma pada makcik-makcik sebab saya Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan..Mana tahu, moga makcik-makcik berdua akan menjadi orang yang lebih tinggi nilai siviknya..
Sampai di sini sahaja surat saya kepada makcik-makcik berdua..Makcik jangan risau, saya tak menangis pun dengan apa yang makcik kata..Hati saya dah keras dah makcik..Sebab spesis-spesis makcik-makciklah yang buat saya jadi semakin tabah..Terima kasihlah makcik..Jumpa lagi makcik..Kalau boleh, tak payah jumpa pun tak apa..
Sekian..
Yang Benar:
Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Sekolah Rendah
Yang Belum Beranak-Beranak Lagi
Tahun 2012
*p/s: makcik berdua patut kerja di kedai ni..SERIOUSLY!!!
gitu r mulut longkang..
ReplyDeletehahaha mulut longkang..hmm manusia, biasalah, ada saja yang tak kena di pandangan mata..walau pun pada hakikatnya tak ada kena mengena dengan hidup dia pun kan?
Delete