Monday, January 13, 2014

Tinggalkan 2013 Yang Macam-macam Itu

Assalamualaikum semua..



Well dah dekat setengah bulan Januari tahun 2014 dah waktu saya buat entry ni..Entry basi? No..Ni cuma catatan untuk saya tengok balik apa yang telah berlaku dalam hidup saya sepanjang 2013..



1. Sedih sangat bila kena ajar sesi petang sebab kena pergi kursus Pro-Elt Upskilling setiap Selasa selama setahun..Rasa stress sebab rasa macam dipaksa pergi kursus dan terpaksa menghadap jam yang bukan-bukan di waktu nak balik sekolah petang-petang..Mulalah rasa macam nak berhenti kerja..Ntahhapahapantah...aduiiii



2. Alhamdulillah..Setelah tunggu hampir setahun nak siapkan, bergolok-bergadai jual kereta nak kumpul duit, akhirnya dapat juga saya dan suami pindah ke rumah kami sendiri..Walaupun simple, tapi sangat bermakna buat kami berdua..Inilah syurga kami berdua di dunia ni..




3. Disebabkan 'cewi / ciwi' atau teruja dengan rumah sendiri, kami berdua sangat mementingkan kebersihan di dalam rumah..Saya dan suami rajin kemas rumah dan mop lantai..Pernah saya terlentang jatuh atas lantai sebab tak perasan suami baru saja mop..Tiles warna putih, jadi tak nampak kalau ada air..Benjol kepala dan sakit-sakit badan..huhu




4. Liatnya tiap-tiap pagi Selasa nak paksa diri pergi kursus..Bagus sebenarnya kalau pergi sendiri, kalau dipaksa, semangat pun jenuh nak kumpul..huhu




5. Rasa masa semakin singkat dan limited untuk keluar dengan suami..Sekolah petang tak banyak masa nak keluar kemana-mana waktu pagi..Habis macam tu saja di dapur atau buat kerja rumah..



6. Misi nak tambah ahli keluarga tak berjaya disebabkan tahun 2013, tahun yang sangat sibuk dan serabut..Stressed..


7. Baru dapat rasa bahagianya hidup berdua dengan suami di rumah sendiri selepas 4 tahun berkahwin..Walaupun tak besar sangat, tapi cukup buat saya rasa malas nak keluar rumah sebab rasa seronok dan tenang bila di rumah sendiri..


8. Berjiran dengan jiran bangsa Cina dan India.. Saya ditengah - tengah.. Perfect.. Selepas setahun duduk berjiran baru bertegur sapa.. Better late than never..


9. Kereta banyak kali kena langgar dan dilanggar lari..Suami nyaris-nyaris dipukul dengan hammer bila seorang driver yang macam tengah lalok, melanggar kereta kami, marah bila suami turun nak settle kes..Kecoh betul..dan takut sangat waktu tu..



10. Kesihatan tak menentu, asyik demam dan sakit saja..Tak cukup rehat fizikal dan mental..


11. Skill memasak semakin bertambah bagus..Hehe dah ada dapur sendiri, rajinlah saya 'bersilat' masak makanan kegemaran suami..Akibatnya, berat badan bertambah sekilo dua..hehehe 




Dan macam-macam lagi yang berlaku..
Tak cukup kalau nak simpan dalam entry ni..



Semoga tahun 2014 akan lebih cemerlang..InsyaAllah..




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...