Monday, October 5, 2015

Bihun Sup Letak Belacan? Unik Tapi Sedap..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..






Pernah dengar atau makan tak kuah sup letak belacan? Hihihi saya pun first time tau resepi ni.. Tu pun jumpa DI SINI resepinya.. Biasalah hujung minggu, memang saya selalu masak.. Teringat ada daging dan bihun, terus search resepi yang sedap.. Tengok blog kakak ni terus teringin nak buat sebab unik.. Ramai pulak komen sedap.. Apa lagi, screenshot resepi simpan siap dalam handphone..



DI SINI



Saya ikut resepi di atas tapi cara masak ikut suka hati saya.. Disebabkan ada daging, so saya guna daging.. Saya tukar serbuk lada tu dengan lada biji.. Actually serbuk lada pun ada di rumah, tapi disebabkan jerebu, mata ni silap tengok.. Untuk sayur saya masukkan batang saleri dan daun sayur kailan.. Daun sahaja, batang tak ambil.. Ni kes nak habiskan stok dalam peti sejuklah ni.. hihihi



 
 *motif ada topi chef?



Mula-mula kena rendam bihun dengan sesudu kunyit nak bagi menarik tertarik dan menggoda bihun tu nanti.. Sambil tunggu bihun lembut, bolehlah sediakan bahan nak buat sup.. Lepas dah settle buat sup, baru saya rebus bihun ni.. Sekejap saja.. Dah lembut toskan..






Bawang kuning, bawang putih, halia, jintan manis dan lada biji saya hancurkan guna Turbo Chopper Tupperware yang comel ni.. Malas nak blend.. Blender saya besar.. Chopper ni comel kiut miut saja.. Senang nak handle, basuh dan simpan.. Bagus juga guna chopper ni, boleh exercise lengan jadi sado.. kehkehkeh..



 



Panaskan periuk dan masukkan minyak masak.. Dah panas tumiskan semua bahan tadi sampai naik wangi.. Kemudian masukkan daging dan air untuk kuah.. Ikutlah banyak mana sukatan yang anda nak.. Masukkan air asam jawa dan belacan.. Saya tak bakar pun belacan tu.. Masukkan garam dan saya masukkan gula juga sedikit saja.. Semua ikut citarasa sendiri ya.. Kalau tak pasti, masukkan sikit kemudian rasa, sampailah cun dengan selera anda ok..






Bila daging dah lembut, masukkan batang saleri dan daun sayur kailan.. Tunggu hingga mendidih dan rasa cun ke tidak, baru tutup api.. Dah siap dah sup anda.. Semua main campak saja.. hihihi






Tu sambal hitam tu wajib ada kalau nak makan bihun sup.. Baru ummmpphh.. Selalu saya blend halus dan lumat.. Tapi hari ni seronok nak men'chopper', so jadi kasar sikitlah.. Ni ikut resepi sendiri..



 30 biji cili padi
10 ulas bawang putih
Jus sebiji limau nipis
Kicap masin manis
Sedikit belacan

*optional garam dan gula



Semua ikut citarasa sendiri ya.. Hancurkan semua bahan dalam chopper atau blend pun boleh.. Kemudian masak sekejap hingga mendidih.. Agak-agak kering tambahlah sedikit air.. Dah siap, bolehlah makan dengan bihun sup anda..






Memang sedap ikut resepi ni tau.. 

Selamat mencuba.. (^^)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...