Sunday, January 1, 2012

Me, New Year and Drag Racing...

Assalamualaikum semua...



Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk tahun baru 2012 ye...alhamdulillah sebab masih lagi dipanjangkan umur untuk tengok dunia di tahun 2012 ni...Tahun lepas ada tak azam yang tak tercapai? Alamak..saya rasa adalah azam yang terpaksa disambung sampai ke tahun ni...Tapi apa azamnya tu ek? hehehe rahsia...=) ...Kebiasaannya setiap tahun mesti ada sambutan di mana-mana untuk sambut tahun baru kan? Dimana anda semua sambut?


Saya buat pertama kalinya dalam hidup 'sambut' tahun baru di Kedah Drag Racing Carnival 2011 di Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah....huiii panjangnya alamat tempat karnival ni...Err sebenarnya bukan nak sambut pun tahun baru disana...Cuma temankan suami ja pergi tengok kawan-kawan dia masuk drag...Maklumlah sebelum kami kesana, suami dah 'umpan' dengan bawa saya shoppinggggg...


Selepas berpeluh ketiak beli baju di celah-celah deretan kedai di Chowrasta (panas dooo jalan-jalan di tengahari ni) kami singgah pula ke Komtar...Pusing-pusing sapu sehelai dua baju, kami lompat pula ke Perangin Mall...Bila dah diajak tengok drag saya pun ok je...Kalau diikutkan hati cek tak mau p tengok...Ya lah kereta drag faham-faham sajalah mesti bising punya...Dan ramai lelaki di musim sejuk...hehehe...


Sebab apa cek kata lelaki di musim sejuk? Sebabnya asap ada dimana-mana....Berkepul-kepul asap keluar dari mulut penonton yang rata-ratanya lelaki...Asyik merokok saja...Mula-mula sampai, risau juga takut-takut tak ada perempuan yang tengok drag...hehe saya kan perempuan, pakai tudung, nanti pelik pula bila saya ada kat sana....Rupanya ada jugalah perempuan yang tengok drag...Mungkin memang nak tengok sebab minat ataupun 'terjebak' macam saya juga secara tak langsung...hehehe


Tapi yang paling saya kesiankan bila tengok ada bapa yang bawa isteri yang sarat mengandung dan anak-anak kecil sekali tengok drag...Dahla tempat tu bising, ramai orang, tak ada tempat duduk (nak duduk carilah mana-mana port yang sesuai, atas jalan, tepi jalan, tepi longkang atau atas motor ja kalau yang p tengok naik motor) banyak asap rokok, waktu malam, dan semestinya tak sesuai untuk anak-anak kecil...Memang ada jualan kat situ, ada beberapa gerai yang dibuka, tapi masih tak selesa untuk budak-budak...mungkin sebab minat nak buat macam mana...


Saya pun layankan aja drag tu...Cuma agak bosan sikitlah sebab game terhenti-henti agak lama...Lainlah kalau Moto GP kat Sepang, event sentiasa berjalan...Sekejap ja 'rehat'nya...Tapi tiketnya murah saja...Tiket RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak 15 tahun kebawah masuk percuma...Siap ada discount RM1 untuk ice blended...



Sampai pukul 12 tengah malam tahun baru, ada lagi drag...Kawan suami wakil DRG Motorsports, cuma dapat tempat antara 8 yang terbaik..Lebih kurang 15 minit selepas tu baru kami balik...On the way nak balik tu, mata kami dah kelat-kelat dah...Dah mula mengantuk, tapi perut lapar pula...Untuk keselamatan, kami lelapkan mata sekejap bila sampai Tol Sungai Dua...Jauh lagi nak sampai ke rumah ni...Bila dah ok kami terus pecut balik dan cari nasi kandar...


Bila dah nom nom nom kenyang, baru boleh tidur sambil senyum-senyum...zzzzzz jumpa esok...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...