Assalamualaikum semua.....
Entri sebelum ni saya ceritakan tentang kursus yang memenatkan saya kan? Hmm akhirnya, hari ni dah habis kursus tu...Alhamdulillah....Lega....
Walaupun tempatnya masih sama dan keadaannya masih seperti semalam, tapi semua yang terlibat lega bila kursus dah tamat....Banyak perkara yang positif berlaku bila saya berkursus ni...Antaranya:
1) Dapat tambahkan ilmu yang sedia ada dengan ilmu yang baru....Melalui modul yang disediakan dan melalui semua pegawai yang bertugas yang bertungkus-lumus membantu para peserta...TQ!
2) Dapat menambahbaikkan pengajaran kita selama ini....Nanti kena panjangkan kepada cikgu-cikgu yang lain...
3) Dapat mengenali kawan-kawan baru yang datangnya dari pelbagai jenis sekolah....hehe dah sempat pula add dalam facebook..hehe kot-kotlah jumpa lagi dalam kursus yang lain pula...
4) Dapat pengalaman berkursus di tempat orang...Kalau tak kena kursus tak taulah macam mana rupa tempat berkursus tu kan? Takkan saja-saja nak meronda pusing-pusing dalam kawasan berkursus tu pula ye tak? Ada ke punca? (hehe ni tagline saya...selalu keluar dari mulut...)
5) Dapat makan free....Chehh....memanglah dapat makan free...Tapi hari ni tak sempat pula nak balik makan dengan suami...Semalam sempat 'lari' balik makan sekali....Walaupun tak ada masa nak masak, sekurang-kurangnya luangkan masa makan bersama....=)
6) Dapat menyaksikan keadaan dan situasi yang berlaku semasa budak-budak sekolah ni rehat....Terkejut bila pelajar-pelajar ni ramai-ramai berkumpul di luar kelas dan kecoh-kecoh....Rupa-rupanya ada pelajar bergaduh di tingkat bawah....Pelajar-pelajar yang lain di setiap tingkat bangunan tu menjadi penonton....Saya yang kebetulan keluar ke tandas, menyaksikan ada murid lelaki membaling kerusi plastik dari tingkat tiga turun ke bawah....Huiii kecoh jadinya lepas tu....Hairan juga, macam tak nampak pun cikgunya....Rehat kot...
Dan ada juga pelajar yang bersiul-siul pada saya dan cakap "Hai, boleh berkenalan?"
Macam nak sekeh ja kepala sebab tak hormatkan guru luar yang datang ke sekolah mereka.....
Tapi apa pun, dengan berkursus, kita akan dapat tambah ilmu lagi....
Jauh berjalan luas pemandangan kan...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)