Wednesday, May 16, 2012

Hari Ini Hari Guru!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ni 16 Mei...Setiap tahun tarikh ni akan disambut oleh guru-guru di Malaysia....Hari Guru yang dibuat atas dasar untuk mengingati jasa dan pengorbanan semua warga pendidik....Terima kasih pada semua guru-guru saya yang telah mencurahkan ilmu kepada saya semenjak saya mula kenal a..b..c...1..2..3.....

Sesiapa saja yang dapat hadiah pada Hari Guru akan rasa seperti dihargai....Lebih-lebih lagi kalau anak-anak murid yang kita ajar dapat keputusan yang cemerlang dan baik pula budi pekertinya... Berbanggalah seorang cikgu yang telah memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak muridnya....

Berbeza dengan peranan dan cabaran guru masa dulu dan sekarang...Cabaran guru di alaf baru semakin bertambah...Semua murid takut dengan guru waktu zaman saya bersekolah rendah....Sebab takut, tak berani nak ponteng atau tak buat dan tak bawa buku.....Pernah juga saya didenda oleh ustaz di sekolah sebab terlupa nak siapkan kerja sekolah...Aduhh tak pasal-pasal kena berdiri atas kerusi dan kena rotan di tangan...Serik!!!! Sebab malu bila kawan-kawan tengok.....

Selepas tu tak pernah tak siap kerja sekolah....Tapi....anak-anak murid zaman sekarang, dengan sukacitanya mengaku tak siapkan kerja sekolah dan tak bawa buku....Hanya demerit saja yang boleh diberikan..(atau pun ikut pandai cikgulah nak denda macam mana) Sebab banyak kes yang melibatkan murid / pelajar + ibu bapa vs cikgu + sekolah....Macam-macam.....

Tapi itu semua tak menghalang niat baik semua cikgu untuk mendidik anak-anak murid yang dikasihi....Diharap semangat dan niat murni guru dan warga pendidik semua sentiasa bersemarak...

Sekali anda menjadi guru, gelaran itu akan melekat sampai mati....



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...