Assalamualaikum semua....
Maaf seandainya ada yang anggap tajuk entry saya agak kasar perkataannya....Tapi perkataan itu sebenarnya yang paling tepat untuk saya gambarkan tentang apa yang berlaku di depan mata....
Kelmarin, saya dan suami ke Pejabat Pos Gelugor, Pulau Pinang....Waktu saya masuk ke dalam Pejabat Pos, saya nampak seorang pakcik tua yang berkerusi roda berada di hadapan kaunter...Tak terfikir pun nak ambil gambar pakcik tu...So tak glamorlah pakcik tu ye....(^^)
Saya tengok dia di situ seorang diri....Pakaian agak lusuh dan kakinya kudung sebelah.....Adehh nampak kesian saja tengok keadaan pakcik tu......Selepas beberapa minit, kakak petugas kaunter tu pun menyerahkan sesuatu pada pakcik tu....Eh? buku biru? Buku ASB tu.....Pakcik tu terpaksa berdiri sebab tangan kakak tu dah tak boleh nak hulur lagi jauh sebab lubang cermin kaunter Pejabat Pos tu kan 'comel' saja....
Dalam hati saya terdetik.....Pakcik ni pun tahu simpan duit dalam bank dan keluarkan duit sendiri waktu nak guna....Walaupun kakinya kudung sebelah dan terpaksa berkerusi roda, tapi dia tak meminta-minta dengan orang ramai yang lalu-lalang di situ......Tak kisahlah sekiranya duit yang dia dapat tu datangnya dari mana.....Maksud saya, sekiranya ada yang menderma pada pakcik tu, rezekilah namanya......
Tapi seingat saya, saya pernah nampak pakcik tu tolong jual air kelapa dengan beberapa orang lagi yang sihat tubuh badan, di bazar Ramadhan di kawasan tu juga.....Hmmm kagum juga dengan semangat pakcik tu.....Nak juga dia berusaha sendiri dan simpan duit sendiri.....Bukan macam sesetengah manusia yang malas bekerja walaupun sihat walafiat.....Bukan juga macam sesetengah manusia yang saya jumpa hanya pandai meminta-minta saja.....Duduk tepi jalan, pakai comot-comot, bawa anak, minta sedekah.....Entah betul entah tidak, atau pun sindiket saja.....
Saya pernah ditipu dengan orang-orang yang macam ni.....Dulu masa zaman belajar, waktu di perhentian bas, ada budak kecil datang meminta sedekah.....Kesian saya tengok muka dan pakaian budak tu yang comot dan kotor....Saya pun sedekahlah setakat yang mampu.....Tup-tup waktu bas dah nak bergerak, saya nampak budak tadi berkumpul ramai-ramai di satu kawasan dan menyerahkan duit tadi kepada seorang lelaki.....Kemudian mereka berlari menuju kepada orang ramai untuk meminta sedekah lagi......Terkena saya.....
Awal tahun ini juga, saya terkena lagi sekali dengan seorang budak lelaki yang katanya dari sekolah Tahfiz...Dengan niat ikhlas, saya dan suami sedekah pada budak tu...Saya diberikan resit sebagai bukti...Tup-tup esoknya keluar dalam suratkhabar, ada sindiket yang mengatakan mereka adalah pelajar sekolah Tahfiz yang meminta derma....Dan resitnya SAMA dengan resit yang saya dapat! Aduhhh terkena lagi...Tak apalah, saya anggap itu rezeki dia...Niat kami ikhlas....Nasib badan.....
So, bila pakcik tu nak keluar dari Pejabat Pos, suami saya tolong angkat dan tolakkan kerusi rodanya dan buka pintu....Pejabat Pos tu tak ada kemudahan untuk orang-orang berkerusi roda tau! Bila kami keluar, aik? dah hilang pakcik tu....Laju betul dia 'drive' wheelchair dia....Memang berdikari sungguh!
*tu dia karangan.....maaf ya kalau letih nak membaca....=)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)