Tuesday, December 24, 2013

3 Hari 2 Malam Di Radiant Hotel, Sitiawan, Perak

Assalamualaikum semua..



Percutian saya dan suami kali ni di Sitiawan, Perak..Ada apa di Sitiawan?..Kami pilih Radiant Hotel di Sitiawan sebab senang nak ke Lumut dan juga Telok Intan..Saja pilih Sitiawan sebab kami berdua tak pernah lagi stay di situ..



Ok, suami saya booking hotel ni menggunakan booking.com..Memang kami akan pilih booking.com setiap kali nak pergi bercuti..Mudah dan tak payah bayar apa-apa selagi anda tak cancel kalau tak silap saya, 3 hari sebelum tarikh yang di pilih..



Radiant Hotel ni senang saja nak cari..Tapi disebabkan kami berdua tak biasa jalan disitu, dan GPS pula buat hal tak boleh nak charge, tersesat seminit dua sebelum sampai..Tapi bagusnya, pihak hotel call dan confirm agak-agak kami sampai pukul berapa..Tapi waktu hotel call tu, kami baru saja berhenti depan hotel..



Terus dengan girangnya, saya cakap, "Check in sekarang, sebab baru sampai depan hotel"..Adehhh ada ke patut jawab macam tu..Tergelak receptionist tu..Bila dah ada depan kaunter baru nak termalu sendiri..Tapi cik receptionist tu pun ramah, buat saya rasa tak malu..hahaha..



Jom tengok gambar yang sempat saya ambil..(^^)






Sebelah hotel tu ada kedai jual senjata..Pheww sebelah bilik kami tu..Risau pula kot-kot ada yang rompak kedai tu..Choiii boleh pula fikir macam tu saat pertama kali tengok kedai senjata tu..Gulppp..






Hotel ni kecil, tak banyak bilik..
Tapi biliknya kemas dan selesa bagi kami yang nak rehat dan tidur saja..






Ruang tamu atau ruang menunggu..






Bilik yang menghadap jalanraya..






Kemudahan yang minimalis..






Tempat gantung baju, cukuplah nak gantung sehelai dua..






Toilet yang bersih..






Hotel ni cuma dua tingkat saja..Kena naik tangga nak ke bilik..Waktu malam, pintu utama nak naik ke atas akan di tutup dan di kunci..Untuk keselamatan, siapa yang ada kad akses bilik saja yang boleh akses pintu tu..Bagus juga buat sistem macam tu..



Sekiranya kita nak suruh room service kemas bilik, just tinggalkan kad akses di kaunter di dalam bekas yang disediakan..So senang, kalau tak nak, usung saja kad tu kemana pun anda nak pergi..



Overall, Radiant Hotel ni nampak macam kecil, tapi selesa..(^^)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...