Assalamualaikum semua..
Mungkin ada yang cakap, eleh bukan musim raya pun nak cerita pasal lemang..Tapi, anda kena ingat, sekarang ni orang dah tak tunggu musim raya saja nak makan lemang..Ada peminat lemang, pagi-pagi cari lemang nak sarapan, pergi pasar malam pun ada orang jual lemang siap dengan serunding..Tu belum lagi kira ibu mengandung yang tiba-tiba mengidam nak makan lemang..Ha ramai tau yang nak cari lemang walau bukan musim raya..
So, kenalah ambil tahu juga, di mana tempatnya nak cari lemang sedap dan berbaloi dengan harga yang dibayar di luar musim raya..Ingat senang ke nak cari?..Mungkin akan jumpa, tapi confirm ke sedap?
Ok, ada satu tempat menjual lemang yang memang famous di sebelah Utara..Lemang Pak Teh nama diberi..Lemang Pak Teh terletak lebih kurang 6 kilometer dari bandar Sungai Petani..Kalau anda dari Pulau Pinang menghala ke Sungai Petani, Kedah, anda akan jumpa kedai Lemang Pak Teh di sebelah kanan anda..Kedai ni berdekatan Taman Sri Pinang dan Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah..*Google*
Waktu bukan musim raya, kedai ni di buka juga..Cuma jual lemang dan serunding sahaja, tapi tak banyak sangatlah..Kalau musim raya, ha tengok sendirilah gambar di bawah ni..Tak cerita pun anda akan faham kenapa saya kata anda patut cari kedai Lemang Pak Teh ni..(^^)
Dari jauh nampak berderet kereta singgah..
Kena beratur panjang tau nak beli..
Nampak tak betapa banyak lemang yang dibakar? Tu baru sikit..
Oh ya, harga berbeza ikut saiz lemang..
Di sini juga ada jual biskut, kerepek dan juga makanan ringan yang diletak oleh pembuat kuih tradisional untuk dijual..Waktu hari biasa, dah tak ada, cuma meriah waktu musim raya saja..
Memang berbaloi beli lemang di sini..Kualiti dan layanan pun ok..Walau pun orang ramai dan macam-macam karenah waktu saya dan suami sampai, saya tengok ok saja orang tu layan..Siap boleh tukar lagi kalau ada yang tak masak ke atau rosak..Kalau ada masa kot tersesat ke Tikam Batu, silalah singgah, beli dan rasa sendiri Lemang Pak Teh..Memang berbaloi..(^^)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)