Assalamualaikum semua..
Waktu saya dan suami berkunjung ke Sitiawan (dalam entry yang lepas), kami ada misi yang perlu dilaksanakan..Kami berdua nak ke Telok Intan sebab nak tengok Menara Condong yang terkenal tu, even dalam buku BI Year 3 pun ada cerita tentang Menara Condong ni tau..So, teacher ni nak penuhkan ilmu lagi tentang Menara Condong, kenalah tengok sendiri depan mata..
Kami menginap di Sitiawan, jadi jarak nak ke Telok Intan lebih kurang 55 kilometer sahaja, dalam 45 ke 50 minit drive..Kami sampai waktu dah petang..Agak sesak juga di pekan Telok Intan ni rupanya..Pusing dua tiga kali juga kami nak cari parking..
Nampak tak betapa terujanya nak ambil gambar walaupun masih dalam kereta..-.-'
Keadaan sekitar Menara Condong..
Maklumat tentang Menara Condong..
Kecantikan Menara Condong waktu malam..
*Posisi kamera yang buat menara tu nampak sekejap condong ke kiri sekejap condong ke kanan ye..Bukan dia goyang-goyang ok..huhuhu
Paling best sebab kami pergi, kalau tak salah hari Sabtu, ada pasar malam berhadapan dengan Menara Condong saja..Sebelum tu kami ada juga cuba sate dan ABC di salah satu gerai yang ada dekat-dekat situ..Memang sedap!
Sambil makan sambil tengok Menara Condong yang berkilau cantik tu, fuhh memang terbaik! Masuk pula pasar malam yang memang sangat sesak dengan penjual dan orang yang nak membeli, jumpa pula macam-macam makanan, wahhh terus rasa macam nak beli apa saja yang ada..
Wahaaa tamak gila..kan? Tapi, kawal nafsu rakus nak menipiskan dompet, pilih yang betul-betul berkenan saja..So kami berdua pilih kuih ni, apa ek dipanggil di Perak, saya panggil kuih bakar atau bingka..Sedappp sangat..
Dan gambar yang bawah ni rare..Haha namanya Apam Tokyo..Tak tahulah kenapa jadi Tokyo..Rasa lebih kurang macam Apam Balik, kalau di Penang panggil Apom Balik, tapi ada inti kelapa separuh dan juga kaya..Sedap juga..Beli sebab pelik tak pernah jumpa..hahaha
Kami hanya ronda-ronda nak tengok apa perbezaan, persamaaan atau uniknya pasar malam Telok Intan ni dengan yang ada di Penang..Ada jugalah yang kami terrrrrbeli..hehehe..Tapi memang lenguh kaki berjalan sebab sangatlah panjang dan banyak sangat gerainya..Pheww berpeluh-peluh..Selepas tu kami ronda area Telok Intan dan balik ke hotel..Dah tak larat nak kemana dah..huhu
Tapi overall Telok Intan best! Makanan pun sangat best! (^^)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)