Tuesday, April 29, 2014

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Apa lagi ya resepi yang kita boleh masak dengan ikan cencaru ni?.. Saya rasa dari kecil sampailah dah kahwin ni tak pernah lagi saya tengok orang masak ikan cencaru ni dengan cara lain kecuali letak sambal belah belakang.. Tapi memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.. Jom kita belajar resepi mudah untuk buat sambal ikan cencaru belah belakang ni..






Kalau ikut style saya, saya tak guna cili kering yang dikisar pun untuk sambal.. Cuma guna serbuk cili BABAS ni saja.. Cepat dan mudah.. Sedap pun sedap.. Hihihi ini dibuktikan oleh selera suami bila menikmati ikan cencaru ni ok.. Chewaahhhh ayat...



Mula-mula, saya potong bawang besar dan tomato yang dah dibersihkan.. Tomato saya buang bijinya dulu.. Selepas goreng ikan, saya buang lebihan minyak dan tinggal sikit saja untuk masak sambal pula.. Tak suka nak masak guna banyak kuali or periuk, buat penat nak basuh saja..huhu..  






Ikan yang dah siap 'dimandikan' dalam minyak..



Tuang bawang, tomato dan serbuk cili tadi di dalam kuali.. Masukkan belacan, garam, gula, air asam jawa dan kicap.. Sukatan ikut citarasa.. Kalau first time nak buat, cuba masukkan sikit dulu, rasa dan tambah kalau perlu.. Kacau sebati dan tunggu hingga mendidih atau hingga masak..






Dah siap dah sambal..






Masukkan sambal di belakang ikan..





Saya suka buat sambal banyak-banyak sebab nak ratah..hihi
Ok dah siap, bolehlah makan dengan nasi putih panas-panas..


Selamat mencuba..


P/s: Ada resepi lain tak yang menggunakan ikan cencaru? Jom share..

4 comments:

  1. tak pernah pakai serbuk cili...sama je eh rasanya pakai cili kering blender?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm depends pada jenis serbuk cili tu juga..pernah beli jenama apa eh tak ingat, rasanya lain sikit..tapi selalu guna Babas la..ok je, sedap juga..try beli yang paket kecil dulu kalau nak cuba..(^^)

      Delete
  2. senangkan serbuk cili tu...guna sikit je pun dah cukup...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang senang dan mudah..tak payah nak susah-susah blend cili lagi dah..hihi

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...