Assalamualaikum semua..
Ni cerita basi ni sebab Hari Guru dah lama dah..Tapi memandangkan ini blog ana yang punya, jadi ente-ente tak boleh cakap apalah..Kalau nak baca, bacalah..Kalau tak mahu baca, hehe silalah pergi ke blog lain..Ni update bukannya apa, nanti-nanti bila dah lama boleh tengok dan ingat balik anak murid mana yang baik hati bagi hadiah pada cikgu a.k.a teacher depa ni..
Walaupun saya tak dapat sambut Hari Guru tahun ni, tapi dapat juga hadiah..Weehuu..hari Khamis lagi dah dapat, ada yang sempat bagi masa hari Jumaat tu sebab saya pergi hantar buku RPH ke pejabat..Ingatkan dah habis, rupanya belum..Tup-tup nama saya dipanggil naik ke pentas dapat hadiah kategori 'Cikgu Paling Comel Sesi Petang'..Waduh-waduh...kok malu gue...Dengan tersipu-sipu tapi muka tak malu, saya pun naik ke pentas dengan jayanya..
Terima kasih kepada semua peminat-peminat yang mengundi saya..Tahun-tahun depan ada lagi, undilah lagi..hehehe..Cuma saya nak kena pastikan tak ada dah cikgu yang lagi comel daripada saya dapat posting ke sekolah tu..Hahaha jahat tak niat I? (^^)
Antara hadiah yang saya dapat..
Budak tahap 1 kebanyakannya gigi dah rongak..
Ni bagi banyak gula-gula kat cikgu ni mesti nak cikgu jadi geng depa..
Hadiah yang sangat bermakna tahun ni..Thank you Izzah..
Ha sangat unik!! Boleh cucuk buah tau..Thank you Nuha..
Ni ha hadiah 'Cikgu Paling Comel'..
Hadiah dari Johor with love..Thank you Adlin..
Dapat hari Selasa..
Sangat comel!!!
Terharu dapat hadiah ni..Thank you Dhiya..
TERIMA KASIH kepada semua anak-anak murid teacher / cikgu yang sudi bagi hadiah ok..
Semoga kamu semua akan beroleh kejayaan dimasa hadapan..Aminnnn..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)