Assalamualaikum semua..
Tak tahu dari mana nak mulakan entry saya kali ni..Sebabnya, sewaktu saya buat entry ni, saya sedang sakit..Saya sakit mula dari hari Jumaat lepas..Dan akan sembuh bila esok ubat saya sampai..Huhuhu saya sakit apa sebenarnya?
Saya sakit menanggung rindu pada suami..Hehehe jangan nak marah atau ada yang kata saya ni mengada-ngada atau meqela nak cerita bab rindu-rinduan pada suami pula ok..Suami hang pi mana cek oi sampai nak rindu bagai ni??!!
Dari Jumaat lepas, suami saya ikut rombongan cik kiah ride ke Krabi, Thailand..Dari Jumaat sampai hari Senin baq hang!! Eh! Dah masuk Isnin dah ni!! Tinggallah saya terkontang-kanting di rumah sambil layan karaoke jiran belakang rumah yang tak sedap langsung selama empat hari tu..Grrr stresss cek tau!!!
Yang lawaknya, sehari sebelum nak ride tu, suami saya belikan mangga untuk pintu pagar dan pintu besi depan..Siap pesan kunci semua pintu and bla..bla..bla..Saya kata pada suami, "Ni macam nak kurung tak bagi keluar ke mana saja ni".."Bukan nak kurung, gila apa, 32 tahun baru dapat bini sorang, kalau jadi apa-apa, mampos"
Hahaha saya ketawa saja..Tapi saya tahu, walaupun suami saya seronok nak ride ke Krabi, tapi dalam masa yang sama dia risaukan keselamatan saya..InsyaAllah, saya selalu doa moga tak ada apa-apa yang berlaku..Saya yakin dan percaya, kalau niat kita baik, insyaAllah, Allah sentiasa bersama kita..(^^)
Bila dah lama tak berjauhan dengan suami, mulalah saya rasa macam gelisah dan lonely..Mati kutu juga dibuatnya..Ohh dah lama saya tak rasa perasaan rindu bila berjauhan ni..Ya lah, dah hari-hari jumpa almost 24 hours, tak sempat nak rasa sakit rindu..Ish ish ish..lagi seksa rupanya rasa rindu pada suami daripada rindu pada kekasih!!! Bezanya, rindu pada suami dapat pahala, tapi rindu pada kekasih, dapat apa?(^^)
Saya tak nak hadiah atau buah tangan ole-ole dari Krabi..Saya cuma nak suami saya selamat sampai esok..Ya Allah, Kau selamatkanlah perjalanan suamiku esok..Semoga Kau pelihara keselamatan suamiku sepanjang perjalanannya..Aminnnnn
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)