Assalamualaikum semua..
Oh malasnya nak buat apa-apa seminggu dua ni..Entah kenapalah saya macam hilang semangat nak buat apa-apa pun..Senang cakap memang rasa malas ya amat!!! Hilang mood nak memasak..Adehhh sian suami saya kena makan di kedai saja seminggu dua ni..Macam-macam ada dalam peti sejuk tu tunggu giliran nak dimasak..Tapi chef nak berehat pula..Sabar ye wahai ikan-ikan dan sayur-sayuran saya..Nanti cek masak hangpa semua nooo..Jangan layu..hohoho
Punyalah rasa malas, ada jugalah dua tiga hari saya buat muka welfare kat husband, suruh hantar saya pergi sekolah..Hehehe mengada-ngada sungguh..Tapi nak buat macam mana, nak drive pun rasa malas..Tambah bila waktu nak balik dari sekolah petang-petang, bila ingat jammed, lagilah malas..Ohh nampak gayanya, perkataan yang paling ngetop sekali saya guna minggu ini ialah M.A.L.A.S!!!
Ada kerja nak buat, kerja rumah, kerja sekolah, tapi bila dah datang mood malas ni, habislah..Apa pun tak jadi..Oh come on mood R.A.J.I.N saya, dimana kamu??!! Come to mama meh..Ok bye, malas dah nak taip panjang-panjang..(**)
sebelum datang rajin memang si malas akan mengganggu..huhuhu
ReplyDeleteItulah..macam tak nak buat apa-apa..hari-hari nak rehat saja..hehe tapi x boleh biar lama-lama..kena paksa juga buat apa-apa..nanti lagi buruk perangai..(^^)
Delete