Wednesday, August 1, 2012

Jangan Mudah Percaya Dengan Anak Murid

Assalamualaikum semua....


Hari ni saya rasa agak kecewa dengan anak murid saya...Sebab apa ya..Sebab tadi saya serahkan markah ujian yang dibuat minggu lepas..Kelas pertama Tahun Empat..Kami berbincang untuk semak jawapan, manalah tahu kalau-kalau ada kesalahan..Tapi semuanya ok sahaja dan semua murid berpuas hati dengan markah masing-masing...Sebenarnya ramai yang tak puas hati sebab bila bincang soalan senang saja, tapi disebabkan cuai, tak dapat jawab masa exam..


Kemudian seorang murid perempuan datang dan cakap saya salah tanda kertas jawapan OMR dia..Saya pun hairan sebab saya dah double check kertas murid ni..Tak kan salah..Disebabkan masa dah habis saya ambil kertas OMR tu dan bawa ke bilik guru...Saya semak balik dan perhatikan betul-betul kertas tu...


Ada kesan pudar pada jawapan D, koyak sikit kertas tu..Jawapan sebenar B tapi ditanda dengan pen merah, dipangkah (selalunya saya pangkah jawapan yang tidak ditanda oleh murid)..Saya perhatikan warna dakwat pen yang digunakan berbeza dengan pen yang saya guna..Kesan jawapan yang dihitamkan juga lebih gelap daripada semua jawapan yang ada, dari soalan 1 hingga 30...

Saya letak skema jawapan yang saya dah tebuk untuk mudahkan semak kertas OMR atas kertas murid tersebut..Memang sah-sah jawapan dia salah dan saya pangkah jawapan B..Maknanya dia tak jawab B dan jawab D..Saya tak tuduh murid ni padam jawapan D dan letak B, tapi setelah rujuk pada beberapa orang cikgu yang lain, memang ada keraguan disitu...Saya panggil murid ni dan bawa ke bilik kaunseling...Saya tanya betul-betul, adakah dia padam dan hitamkan jawapan baru? Dengan muka baik macam tak bersalah dia menidakkan tuduhan saya....


Saya cakap elok-elok pada dia yang saya tak marah kalau dia mengaku, tapi dia cakap tak payahlah cikgu tambah markah dia....Oh lupa nak cakap, markah budak perempuan ni 78%...Lagi 2 markah untuk dia lulus dapat A...Disebabkan cara dia seperti orang tak bersalah, saya cakap pada dia, yang sebelum ni saya dah jumpa ramai murid dari kelas pandai yang buat macam tu....

Dia diam...Kemudian bila cikgu kaunseling tanya dan beri nasihat supaya dia berlaku jujur, dengan perlahan dia anggukkan kepala....Saya rasa sangat kecewa dengan pengakuan dia...Dia budak yang boleh diharap dapat mengharumkan nama sekolah dalam akademik sebab keputusan sentiasa tinggi....Tetapi, hanya kerana nak bersaing dengan rakan sekelas, dia sanggup menipu saya dan diri sendiri...


Tekanan dari ibunya yang membuatkan dia bertindak macam tu...Waktu saya jumpa ibu murid saya semasa hari perjumpaan waris, ibu dia persoalkan kenapa dia mendapat nombor 2, sedangkan rakannya dapat nombor pertama dalam kelas...Dihadapan saya dan murid-murid lain ibu dia menjatuhkan air muka anaknya...Sedangkan dalam kelas, saya selalu memberi pujian pada mereka yang menunjukkan prestasi yang bagus...

Dia takut ibunya marah bila dia dapat B dalam Sains....Tapi ada peningkatan dari ujian yang sebelum ni...Soalan yang senang pun dia boleh cuai bagi jawapan yang salah...Dan paling terkejut, bila saya semak kertas soalan dia, ada ditulis, nama dia bodoh, dan nama kawan dia pandai....Dia mengutuk diri sendiri..Ditulis sendiri pada hari ujian...


Saya simpati sebenarnya pada budak yang macam ni...Terlalu inginkan kejayaan, sampai overconfident boleh jawab semua soalan dengan betul...Terlalu takut kena marah dengan ibu dia, sedangkan hakikatnya kena marah juga dengan cikgu dia...Tapi saya tak marah tadi, cuma saya nasihatkan dia sahaja jangan sesekali ulang lagi perkara yang sama...


Tapi sekali lagi saya terkilan bila dia tidak ucapkan terima kasih atau pun minta maaf dengan saya bila saya suruh dia balik ke kelas selepas selesai sesi 'siasat dan kaunseling' tadi...Jangan percaya dengan watak setiap murid anda....Sesungguhnya, mereka boleh membuat sesuatu di luar jangkaan seorang cikgu....Penat cikgu ajar, nak bagi pandai, macam tu pula balasannya....


Terkilan dan kecewanya saya....

2 comments:

  1. tu r...penangan anak murid nie kadang2 kalau xbnyk sabar ley jd sasau...yg penting niat kita nk mendidik depa...selebihnya terpulang pada diri murid2 tu jugak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ingatkan 1 paper tu saja dia buat hal, rupanya paper maths pun dia buat macam tu juga...memang dah tak percaya dah dengan dia..

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...