Assalamualaikum semua...
Islam menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor serta menjauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan penyakit. Justeru, setiap kali selepas makan atau minum, kita tidak boleh biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Malah ia makruh dan mewarisi kepapaan. Sisa-sia makanan yang tidak dibasuh akan menjadi habuan syaitan kerana mereka (syaitan) sangat suka kepada makanan yang kotor dan busuk.
Dari "Amr bin Syu'aib katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaan dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain." (Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)
"Pinggan mangkuk yang telah diguna selepas makan, disunatkan membasuh segera. Sekiranya dibiar dengan sisa-sisa makanan sehingga busuk, mungkin ia menjadi haram, kerana baunya busuk dan boleh mengganggu jiran atau orang lain. Jika bau busuk itu boleh menyakitkan hati orang, hukumnya berdosa."
Ingatlah, tanda kebersihan seseorang itu dapat dilihat pada diri dan pakaiannya, juga boleh dilihat dari keadaan persekitaran kediaman tempat tinggalnya. Sebuah kediaman yang bahagia ialah yang sentiasa dijaga keindahan dan kebersihannya yang kelihatan indah mendamaikan dan menarik dapat memberi ketenteraman dan kenikmatan kepada penghuninya.
Sesungguhnya amalan menjaga keindahan dan kebersihan persekitaran rumah adalah satu amalan yang baik dan mulia. Bahkan akan diganjari pahala disisi Allah SWT.
Lu pikirlah sendiri!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)