Wednesday, August 1, 2012

Cukup Sifat Sihat Walafiat Tapi Tak Puasa!

Assalamualaikum semua...


Dua hari lepas, saya dan suami singgah di mart berdekatan dengan Sungai Dua..Niat nak beli barang...Baru saja berhentikan kereta, ada kereta Wira laju saja datang dari jauh dan berhenti kelam-kabut di belakang kereta kami..Saya nampak sebab tengok cermin sebelum nak buka pintu kereta..Kemudian, saya buka pintu dan masuk ke dalam kedai...


Lelaki yang keluar dari kereta tu pun masuk juga ke dalam mart...Saya tengok dia kalut ke belakang dan bayar sesuatu di kaunter....Dia keluar dulu sebelum saya...Selepas bayar, saya nak ke kereta tapi dihalang oleh Wira tu...Saya pun terpaksalah tunggu...Saya berdiri betul-betul berhadapan dengan pemandu Wira di dalam kereta...


Dia tak pandang saya dan tak perasan pun saya berdiri di situ...Tahu apa yang saya nampak dia buat? Dia buka minuman dalam tin dan letak straw terus sedut..Dah telan baru dia pandang ke depan..Dia terkejut bila tengok saya tengah memandang..Terus dia tekan minyak dan memecut laju...


Saya juga terkejut sebab lelaki tu cukup sifatnya dan badan pun tegap...Tak nampak macam uzur pun...Memang muka Melayu yang confirm agama Islam..Tapi selamba saja minum air..Saya tengok jam tangan, baru pukul 4.00 petang...Apalah nak jadi...Dah besar panjang pun tak mampu lagi nak berpuasa...Kalau ya pun dahaga, cubalah sorok sikit, minumlah di rumah ke...Buat malu saja...


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...