Assalamualaikum semua...
Cuti hujung minggu yang lepas, suami mengajak saya dan MIL jalan-jalan ke Kuala Lumpur...Niat nak beli barang serba sikit..Ikut plan nak bertolak selepas balik dari sekolah, tapi ada hal itu ini, tambah dengan jammed yang teruk di Jambatan Pulau Pinang, selepas Isyak, barulah bertolak..Clean and clear saja jalan...
Sampai pukul 2.00 pagi dan check in di hotel Wira, niat nak keluar selepas tu..Tapi bila dah dapat baring atas katil dan rehatkan badan, terus mata pun jadi layu..Layan Olimpik, sedar-sedar dah masuk waktu bersahur..Kami pun turun ke tingkat 1 untuk bersahur...
Selepas berbuka keesokan harinya, barulah kami ke Jalan TAR..Adik ipar dan biras saya pun join sekali..Ramainya manusia..Banyak gerai yang jual macam-macam benda..Lenguh kaki berjalan sambil belek itu dan ini...Adalah juga sehelai dua baju yang dibeli..Lebih kurang sampai pukul 3.30 pagi kami meronda disitu...Kemudian balik hotel untuk bersahur...
Tengahari Ahad, kami meronda ke One Utama pula..Pun ramai juga manusia..Dah penat berjalan dan beli apa yang patut, kami bertolak ke IKEA..Jalan memang sesak..Tapi mujur ada parking di IKEA...Teruja betul bila ke sana...Boleh survey barang untuk rumah saya...
Memang ada barang yang dah berkenan di hati, tapi lain kali saya dan suami akan pergi berdua saja untuk membeli..Senang nak pilih dan decide mana satu..Sekarang kami nak survey dulu barang-barang keperluan rumah kami yang dah tak lama lagi nak siap...
Malam tu selepas berbuka di Sri Damansara, kami singgah di Kampung Baru untuk beli jagung bakar..Suami saya ajak beli Nasi Lemak Antarabangsa juga untuk makan sebelum bertolak balik..Kami rehat di hotel sampai pukul 2.00 pagi, kemudian baru check out..Hehe check in pukul 2.00 pagi hari Sabtu dan check out pukul 2.00 pagi Isnin...Suka hati saja...(^^)
Sampai di Pulau Pinang cun-cun masuk waktu sahur..Sempatlah kami bersahur dulu sebelum balik rumah..Hmm sepanjang jalan saya terfikir, ramainya manusia di mana-mana saja...Semua ambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti Nuzul Al-Quran untuk membeli keperluan nak sambut raya...Hmm meriahnya nak sambut raya kot...(^^)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)