Assalamualaikum semua..
Kali ni saya nak kongsi tentang sebuah buku yang sangat bagus untuk santapan minda dan rohani kita..Buku hasil tulisan Prof Muhd kamil Ibrahim yang saya beli di Popular, Tesco, tempat kejadian aksi Hindustan kelmarin tu lah..(^^)
Siapa yang rasa-rasa otak tengah serabut dan pening fikir masalah atau diuji dengan apa-apa ujian, silalah rajinkan diri beli buku ni..Harga saya beli di Popular RM 22.00..Saya tertarik nak beli buku ni sebab saya terbaca dalam blog Prof Muhd Kamil (Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan) pengalaman beliau yang bagi saya sangat menarik..Bahasanya mudah dan senang faham..Boleh masuk terus dalam kepala..
Saya tak nak ulas panjang tentang buku ni, cuma anda kena beli dan baca sendiri dengan mata hati..Saya mula baca dan terus baca sampai last page..Tak rasa nak berhenti pun bila dah mula baca..Sesungguhnya, bersyukurlah saat diuji..(^^) Dan bersyukur juga walaupun kita diuji, kita masih boleh tidur lena, sedangkan ada saudara kita yang sedang diuji, antara hidup dan syahid di Gaza..
blh la sy hadiahkn kat mama sempena bufday dy akn dtg nie,,,thnks
ReplyDeleteOh memang sangat bagus untuk dijadikan hadiah..moga mama gorgeous akan happy..:)
Delete