Assalamualaikum semua..
Ada yang sambut anniversary perkahwinan tak hari ni? Kalau ada, tahniah diucapkan..Semoga jodoh berpanjangan hendaknya..Aminnnn..Siapa yang baru saja berkahwin tu, silalah ingat tarikh perkahwinan anda mulai sekarang..Hehe baru-baru kahwin ni, memanglah semua tarikh ingat lagi..Masuk tahun ke 5, 6 nah, buat-buat lupa dah bila tarikh anniversary..
Baru-baru ni..errr taklah baru sangat, dah lama pun, 26 Oktober, yes hari Raya Haji, saya dan suami 'sambut' anniversary kami yang ke empat tahun..Dah empat tahun dah habaq hang..Rasa macam baru saja tawin..Tapi rasa macam dah lama kenal..hehe..Kami akad nikah dulu dan bulan Disember baru kenduri..Macam-macam sebab kami buat kenduri lambat..Salah satu sebabnya, arwah mak saya baru saja meninggal dan kami berdua tunggu abang saya buat persiapan kenduri juga..Kenduri dua pengantin..Adik dan abang sekaligus..Jimat segala segi..(^^)
Bila dah masuk tahun keempat kahwin, saya rasa banyak sangat benda yang dikongsi bersama suami..Dialah kawan, dialah lawan..Dia jugalah 'punching bag' saya..Hehe 'nasib badan', suami saya selalu kata..Masa anniversary kami hari tu, kami tak beria pun nak sambut..Just makan berdua..Tapi..hehe ada tapinya..Tapi saya dapat hadiah juga tau..
Taddddddaaaaa..
Suami saya bagi hadiah ni awal seminggu sebab dapat pakej dengan nombor cun..
I lap u lah bang..
Mula saya ingat suami saya tak akan bagi hadiah apa-apa, sebab dia sangat sibuk seminggu dua sebelum anniversary kami..Tapi saya memang dah lama plan nak bagi hadiah..Saya upah seorang encik kerani di sekolah, edit, besarkan dan frame gambar perkahwinan kami..Dah empat tahun kahwin, inilah pertama kali frame gambar kahwin besar-besar..Apa daaaaa..
Saya balut elok-elok frame tu dan saja snap guna handphone baru nak tengok clear ke tak gambar..Kemudian saya sorokkan dalam almari di sebalik baju-baju..hehe..Tup-tup, bila suami saya belek handphone tu, dia ternampak gambar ni..Maka berlakulah pergelutan merampas handphone antara kami berdua..Sibuklah dia nak cari..Tapi tak jumpa..Phewww mujur..
So, bila hari kejadian, pagi-pagi lagi saya bagi pada suami dan dia pun buka pembalut hijau tu..Tapi plastik dia tak nak buka..Sengih-sengih saya cakap, nanti kita gantung gambar ni di rumah baru..(^^) Mujur dia suka!! Thank you pada Encik Samsuri sebab tolong saya..hehe jasamu kukenang..
Bila sampai tarikh ulang tahun perkahwinan, pemberian hadiah tak penting sebenarnya..Cukup sekadar kita ingat dan menghargai pasangan..Itu lebih utama..Tapi ada juga kawan-kawan yang tak ingat dah tarikh anniversary..Ha macam mana tu? Hope bila dah tua nanti, kami tak lupa tarikh-tarikh penting dalam hidup kami..InsyaAllah..(^^)
Happy anniversary kak.
ReplyDeletethank you dik naxa..(^^)
Delete