Assalamualaikum semua..
Hari ni dah bergurau dengan pasangan anda? Chewah soalan..Bukan apa, saya ada terbaca dalam Majalah Mingguan Wanita 16-22 November 2012, kata pakar motivasi Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, kalau kita boleh bergurau dengan seseorang, itu tandanya serasi..
Tak kiralah antara kawan-kawan, ahli keluarga atau pun pasangan, kena pandai bergurau..Bayangkan kalau di rumah, semua bawa perwatakan serius saja, mesti hubungan tu akan jadi hambar dan tak mesra..Tapi, kalau kita memang jenis yang tak pandai nak bercampur dengan orang dan tak pandai nak ambil hati orang dengan gurauan, baik tak payah cuba-cuba atau saja-saja nak buat lawak..Nanti tak pasal-pasal, sakit hati yang dapat..
Mengikut Dr. Tuah, pasangan yang bahagia adalah pasangan yang banyak ketawa, boleh bergurau senda termasuk isu-isu sensitif..Ha cuba anda check dan kaji balik ada tak anda dan pasangan anda macam tu? Jika orang bergurau disambut dengan ketawa, itu samalah macam positif bertemu negatif, akan mengalirkan elektrik..Ada chemistry..Ada keserasian, ada tarikan..(^^)
Saya dan suami boleh bergurau, sampai tahap pernah dia kata yang saya ni gila..Saya balas balik, sebab saya kahwin dengan orang gila sebab tu saya jadi gila..hehe..Kami tak ambil hati pun..Dalam sehari entah berapa kali entahlah, asyik kata meluat dengan perangai masing-masing, tapi sebenarnya geram dan tak larat nak layan..hehe..
Macam baru-baru ni, suami ajak saya ambil kereta di Langgar, Kedah..Pertama kali saya nak drive jauh, dari Langgar ke Penang..Dahlah malam, hujan pula renyai-renyai sepanjang jalan..Tawakal saja, saya bawa Myvi, suami bawa balik Kancil..Sepanjang highway, saya ikut speed yang suami bawa..Dia potong lori, saya potong lori, dia potong kereta, saya potong kereta..
Sejam selepas tu, bila dah sampai di rumah dia cakap, di tengah highway dia buka tingkap luas-luas dan jerit.."Wei bini aku reti bawa kereta wei"..Gila..tu saja ayat yang keluar dari mulut saya..Patut saya nampak dia buka tingkap..Tapi saya tak dengar apa..Sambil gelak-gelak, dia kata dia bangga sebab wife dia dah boleh bawa kereta di highway..Ya lah..kan ke saya ni baru lagi drive sendiri, tu sebab dia terlebih suka..Tapi saya ketawa sajalah..Kerana kasih kuturutkan..Macam-macam..
Sebab tu saya rasa bosan kalau suami saya kena kerja jauh-jauh..Mati kutu saya..(err kenapa mesti mati kutu pula, walaupun tak ada kutu..hmm tak faham..) Tapi kalau dia ada, ada saja benda yang buat kami berdua ketawa..Bukan nak kata kami berdua ni betul-betul serasi, kadang-kadang bergaduh juga..Tapi kalau ikut pada apa yang Dr. Tuah kata, boleh bergurau itu tanda serasi, saya rasa kami berdua dapat markah penuh!! (^^)
Moga kami sentiasa ceria dan bahagia..Aminnnn
Anda pula bagaimana? (^^)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)