Monday, November 19, 2012

Nasib Kita Semua Memang Tak Sama

Assalamualaikum semua..



Hmm saya termenung panjang semalam selepas balik dari rumah saudara..Cerita yang disampaikan tentang nasib seorang saudara saya..Terdiam saya sepanjang jalan..Suami saya memandu dalam keadaan diam juga..Masing-masing melayan perasaan sendiri..Nak luahkan dan berbincang dengan suami, rasa macam-macam persoalan ada dalam kepala ni..So, layankan saja perasaan tu sendirian..

*Google



Bila difikirkan balik, nasib setiap manusia ni memang dah ditakdirkan..Tapi kita boleh mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri yang berusaha..Saya tengok balik setiap orang yang pernah saya jumpa dalam hidup saya..Ada yang belum kahwin, tapi hidup bahagia..Ada yang dah berkahwin, tapi hidup porak-peranda..Ada yang berkeluarga, kaya, hidup mewah, tapi hubungan sesama mereka tidak mesra, ada jurang yang dalam..Ada yang bahagia bercinta bertahun lamanya, tapi jodoh hanya setakat itu sahaja..



Ada juga yang saya jumpa, hidup sederhana, rumah biasa-biasa, dah berkeluarga, tapi mereka hidup gembira, sangat mesra dan akrab..Ada juga yang berkahwin atas dasar pilihan orang tua, hanya mampu menurut, bila dah kahwin, dialah isteri dan suami yang paling bahagia..Tapi, ada juga yang berkahwin atas dasar cinta sepenuh jiwa, malangnya, isteri dan suami tak mampu dan tak berilmu nak uruskan rumahtangga..Lintang-pukang juga jadinya..



Saya renungkan balik, setiap manusia itu nasibnya tak sama..Ada yang diuji dengan ujian yang hanya dia saja yang mampu tanggung..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Tuhan itu Maha Adil..Dia hanya menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian tersebut sahaja..Nasib masing-masing, rezeki masing-masing sekiranya diuji..Yes, ujian itu pun dikira rezeki..Rezeki untuk dia menambah pahala dan sentiasa ingat padaNya..



Saya harap dan berdoa, semoga saudara saya itu pandai mengawal dan mengubah nasibnya..Saya hanya mampu berdoa sahaja..Walaupun jauh, saya tetap ambil tahu dan sangat mengharapkan dia bahagia..



'Ya ALLAH ya Tuhanku, berilah kebahagiaan dan kesejahteraan kepada saudaraku..Peliharalah dia dan keluarganya..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuknya..Aminnn..'

 
*Google

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...