Assalamualaikum semua..
Sekarang ni dimana-mana saja asyik hujan kan? Alhamdulillah, hujan rahmat..Sejukkan Bumi dan bersihkan apa yang kotor di atas muka Bumi ni..Tapi..kesian juga pada sesiapa yang bergantung pada motorsikal saja untuk kemana-mana..Setiap hari kena meredah hujan..
Saya dan suami semalam buat kerja gila..Naik motor waktu hujan ronda-ronda sekitar Penang..Hmm gila ke tak gila ek? huhu..Bukan tak ada kereta, tapi malas nak naik kereta nak pergi town sebab waktu hujan semua orang akan bawa kereta sangattttttt perlahan..Plus, jalan akan jadi jammed..Jadi suami saya decide nak naik motor saja..
Kerana kasih ku turutkan jua..Chehh..bukan apa, saya dah lama tak naik motor secara berduet ni..Masing-masing sibuk dengan kerja..Time kerja pula tak sama..Bila ada masa untuk bersama, kami gunakan masa yang ada sebagai quality time..Enjoy betul-betul masa bersama tu..Ehhhh bersama tu yang maksudnya ada peluang berjumpa ok..Bukan maksud yang lagi satu nun..
Kalau nak diikutkan hati, memanglah saya tak mahu naik motor waktu hujan ni..Tapi bila fikir balik, dah lama tak meronda secara berduet ni, dan waktu hujan pula tu, so saya pun on saja..Tapi sayang bini punya pasal, suami saya 'bungkus' saya dengan baju hujan from head to toe!! Pakai seluar hujan dan pakai baju hujan labuh yang ada hood..Bila pakai helmet, nak pusing kepala pun dah jadi macam Robocop..
Dia pun pakai sweater dan baju hujan pula..Saya tengok dia, dia tengok saya, kami sama-sama gelak..Masing-masing cakap, 'Tak ada kerja, nak buat kerja gila' (^^)..So kami pun mulakan perjalanan meredah hujan..Dari rumah ke Jelutong..Hmm best juga main hujan ni..Memang tak basah pun pakai macam Robocop tu..Tapi baru nak rasa enjoy, tiba-tiba kebushhhhhh..Nah motor di sebelah kami terlanggar lopak air dan kami berdua kena simbah dengan air lopak terus ke muka..
Adehhh saya dah tuih tuih dah sebab takut masuk dalam mulut..Air lopak tu..Suami saya pun..Mula-mula nak marah juga, tapi lepas tu kami gelak..Sebab rasa padan muka nak sangat naik motor..hehehe hambik hang..Dari Jelutong terus ke astaka Padang Broom (atau Padang Brown) di Jalan Dato' Keramat..Saya order laksa (hantu laksa tak boleh nak buat apa dah), sedap bila makan laksa panas-panas waktu hujan tau..Suami saya order nasi goreng udang..
Dah habis makan, kami ke town ronda-ronda dan kemudian terus ke Sunshine Taman Lip Sin pula..Hujan pun buat derk saja..hehe..Dah habis beli barang baru kami balik rumah..
Sepanjang perjalanan kami naik motor tu, saya tengok motorcyclist yang lain..Saya terfikir, susah juga kalau ada motor saja untuk kemana-mana waktu hujan pula tu..Ada yang dah tua pangkat datuk-datuk bawa motor, rasa kesian tengok sebab sangat perlahan..Ke tepi ke tengah jalan..Bahaya kot kalau macam tu..Ada yang bawa motor sambil bawa isteri dan anak, sampai tak boleh nak balance motor terhuyung-hayang bila kereta lalu..Bahaya juga..Ada yang bawa macam hantu, tak kira hujan pun nak tunjuk hero, bawa laju dan mencelah sana-sini..Pun bahaya juga..
Alahai..macam-macam perangai manusia..Tapi mesti beringat, berhati-hatilah bawa motor sewaktu hujan ya..Bahaya sentiasa ada..Pastikan penunggang dan juga pembonceng pakai helmet dan pastikan juga semua lampu menyala..Terutamanya lampu belakang dan lampu brake..
*Tapi akibat 'main' hujan semalam, rasa macam nak demam dah ni..huhu padan muka cek..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Komen....=)