Thursday, June 28, 2012

1001 Kenangan Di Pedalaman

Assalamualaikum semua...


Kehidupan saya di pedalaman bemula di SK Airport, Belaga, Sarawak....Pedalaman kategori ketiga (layak dapat elaun 'susah hati' RM 1500 sebulan) sebab tiada jalan darat dan tiada bekalan air dan elektrik...Jalan utama hanyalah sungai...Gunalah bot untuk ke pekan Belaga dalam 30 minit....Atau naik bot ekspres untuk ke Kapit atau Sibu...Tapi 8 jam lah perjalanannya...Nak ke airport di Bintulu, sewalah Hilux di pekan Belaga untuk kesana selama 5 jam ikut jalan balak...


Terlalu banyak kenangan di sana sampai hari ni saya masih ingat lagi....Sangat teringin nak makan lagi kuih apa ye yang macam cucur udang tapi ada letak kicap pedas tu....SANGAT SEDAP! Harap-harap ada juga yang masih ingat pada saya dan juga Fiza....Diharap, murid-murid SK Airport akan terus maju dan berjaya....Terlalu banyak cerita dan memori yang hendak diceritakan di sini.....


Biarlah gambar di bawah menceritakan segala-galanya.....


Pemandangan sepanjang sungai...Sangat mendamaikan....


Sejuk dan nyaman.....


Bot ekspres....


Penghujung jalan balak dari Belaga menuju ke bandar Bintulu...


Tu bangunan sekolah, padang sekolah dan juga rumah panjang di belakang sana....


Rumah saya dan Fiza...Tong biru untuk isi air hujan...


Semangat nak belajar tu...(^^)


Sukan tahunan sekolah....


Malas buat kerja sekolah, dia menyorok bawah meja...


Peserta Karnival BI / BM


Sungai Rajang....


Padang depan asrama...


Sukaneka untuk cikgu-cikgu dan PIBG...


Jasamu dikenang sampai bila-bila....'Pakcik' Adau...


Mutiara Rimba = pusat sumber sekolah....


Cikgu-cikgu dan staf SK Airport 2009...


Moga anak-anak murid saya menjadi orang yang berjaya.....


Sungguh, kalau tak 'dipaksa' posting ke sini, saya tak akan jumpa dengan mereka-mereka semua....
Pengalaman, memang sangat berharga dan tak dapat dijual-beli....




4 comments:

  1. Everytime baca kisah awak semua di Malaysia Timur, Kak T sgt tersentuh... Mungkin sebab anak pun ada pengalaman yg sama. Namun...Kak T 'tabik' anda semua.
    Sila kunjung...topi berfikir aku.blogspot.com untuk cerita se tema :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...kalau tak disuruh ke sana, sampai bila-bila pun tak akan tahu adanya insan yang dahagakan ilmu di sana...Syukur dengan pengalaman ni..=)

      ok, dah follow...=)

      Delete
  2. Terbaik..Dpt jugak sya mengimbau kenangan lama ni.Tapi kenangan sya ni yg 30 tahun lepas dah.Hehehe..Sempat berbakti di SK Airport(ketika tu dikenali dgn SRK - Sek Rendah Kerajaan)..Tahun 1988-first posting..Amat menyeronokkan.Nk dptkan info bekas rakan2 lama (belum pencen lagi rasanya)..Cg Denish,Cg Sabo,Cg Jalong..Emel : airport88my@gmail.com . Terima kasih,Cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh cikgu otai ni. Rasanya nama cikgu-cikgu tu semua tak ada dah di SK Airport masa saya posting tahun 2009. Mungkn dah berpindah.

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...