Thursday, June 21, 2012

Bonet Terbuka Di Tengah Jalan!

Assalamualaikum semua...

Fuh, hari ni saya jadi saksi kejadian yang tak sepatutnya terjadi di jalan raya....Saya dan suami dalam mood nak meronda cari kereta selepas balik dari sekolah...Kami nak ke Bayan Baru.....Dari roundabout Bayan Lepas kami tengok ada kereta kancil terbuka bonetnya....Adehh sure kereta rosak ni di tengah-tengah jalan....

Tapi bila traffic light hijau, kancil tu pun jalan juga....Eh? tak rosak pun....Saya dan suami berada selang beberapa kereta di belakang kancil tu....Dalam ramai-ramai manusia yang bawa kereta dan motorsikal sepanjang jalan tu, tak ada seorang pun yang cuba bagi tahu driver si kancil tu yang bonetnya terbuka....Ternganga luas....




Saya tengok orang sekeliling cuma pandang dan gelak saja...Sebenarnya kami berdua pun tergelak juga bila nampak....Tapi timbul rasa geram pula bila dah jauh bergerak sampai ke Bayan Baru, tak ada siapa pun yang bagi hon atau cuba bagi tahu pada si driver...Kereta yang di belakang kancil tu pun buat derk saja....Tak kan tak nampak benda jadi depan mata!  

Suami saya potong semua kenderaan tu dan cuba kejar si kancil tadi...Saya nak juga bagi tahu pada driver kancil tu...Confirm driver tu tak perasan bonet terbuka tu...Tak kan saja-saja dia nak buka bagi angin masuk kot...Kesianlah...Nanti entah sampai kemana dia bawa kereta dengan bonet tersengih macam tu....Akhirnya, kami betul-betul di belakang kancil....





Kami cuba nak potong kancil ni, tapi tak boleh pula, sebab dia bagi signal nak ke kanan...Bukan main lagi kona baring kancil ni...Terpaksalah kami ikut...Bila masuk simpang, mujur traffic light warna merah...Cepat-cepat suami saya berhenti di sebelah kancil tu dan saya buka tingkap....

Aunty Cina yang bawa kancil tu....Dengan suara yang sopan (tak naklah dia terkejut pula bila bagi tahu secara kelam-kabut) dan senyum, saya cakap:

"Aunty, bonet kereta Aunty terbukalah...."


Sambil tengok ke belakang.....Dengan suara terkejut:

"Aiyaaaa....saya tak tau maaa....."


Sambil gelak-gelak:

"Dari roundabout lagi dah terbukalah Aunty"


Pun sambil gelak-gelak:

"Hahaha aiyaaaa.....saya tak tau maaa....Thank you arrrrr...."


Fuhh, lega bila saya dah bagi tahu pada Aunty tu....Bila lampu hijau saya nampak Aunty tu bagi signal dan berhenti di tepi jalan....


Hairan saya dengan sikap orang sekeliling....Bukan nak kata kami berdua baik dan berhati mulia, NO....Tapi benda macam tu tolonglah sibukkan diri anda tegur pemandu tu....Tak kiralah siapa pun...Apa bangsa sekali pun....Ni tidak, kalau yang bersangkut-paut dengan hal rumahtangga atau yang sewaktu dengannya, barulah sibuk dan rajin betul nak busybody hal orang......


Haishhh...apalah nak jadi dengan manusia sekarang...
Meh sini saya ajar Sivik meh.... 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...