Thursday, June 7, 2012

Otak Seminit...Ladang Anggur Tasik Beris

Assalamualaikum semua....

Ok jangan terkejut pula tengok tajuk entry saya kali ni ya....Dua isu di sini yang memang ada kena-mengena....Satu otak seminit dan satu isu lagi Ladang Anggur Tasik Beris (LATB hehe saja saya buat pendek senang nak taip...Oppssss bukan LGTB ok! Tak ada kaitan...)


Kenapa saya kata otak seminit?...Tadi selepas ke Jabatan Pengangkutan Jalan di Seberang Jaya atas urusan jual-beli kereta, suami saya ajak ke LATB....Hah biar betul ni? Tiba-tiba ja....Betullah tu....Dah dua tiga hari disebut-sebut nak ke sana, selepas kecewa dengan percutian kami yang gagal hari tu..huhu..


Saya tengok jam dah pukul 4.00 petang dah....Search dalam internet, ladang tu tutup pukul 6.30 petang....Sempat lagi ni....Tanpa berfikir panjang, (ni yang dikatakan otak seminit, tiba-tiba buat keputusan..hehehe) terus kami ke sana....Kami berdua saja....As usual...Honeymoon dan dating secara berduet....(^^)


Kami pernah ke sana sekali, tapi kali ni kami main redah ja pergi tanpa guna GPS....Ingat-ingat lupa ja jalannya....Ok bagi sesiapa yang tak tahu dimana LATB ni, ia terletak di Sik, Kedah....Cara nak pergi senang saja...Dari highway cari exit ke Gurun...Sampai tol Gurun, akan nampak signboard Empangan Tasik Beris...Di situlah tempatnya...Ambil simpang sebelah kanan dan terus saja sampai ke Pekan Sik...


Agak-agak dalam 45 kilometer kot....Atau lebih ek, tak pandai pula nak agak....hehe...Kalau tak jumpa signboard dah lepas tu, jangan risau, ikut saja jalan tu tak payah nak pandai-pandai masuk simpang mana-mana....Go straight don't belok-belok.....(^^)...Bila dah sampai ke Pekan Sik, barulah ada signboard besar tepi jalan sebelah kiri anda, yang menyatakan LATB dalam 16 kilometer lagi jaraknya....


So teruskan perjalanan anda....Saya pula yang jadi GPS hari ni hehehe....Laluan yang akan anda lalu agak menarik....Banyak pokok-pokok di tepi jalan, ada dusun, melalui jalan kampung, suasananya nyaman saja...Waktu kami ke sana tadi, hujan turun dengan sangat lebat...Saya ingat tak adalah harapan nak ke sana sebab mesti basah lencun sebab parking pun atas tanah macam tu saja, mana nak ada bumbung.....Tapi lega, alhamdulillah, bila sampai cuaca cerah dan sejuk macam baru nak naik ke Cameron pula....Baru lepas hujanlah katakan....


Suami saya tak nak masuk dalam ladang, cuma nak beli anggur saja di kedai jual cenderahati di situ....Tapi disebabkan kami sampai pun dah pukul 5.40 petang, tak ramai pun yang ada di situ....Berbeza dengan waktu pertama kali kami ke sana....Berebut-rebut dengan orang yang melawat ladang anggurnya, dengan pengantin pun ramai bergambar disitu.....Cantik pemandangan tasik yang nampak bukitnya berkabus saja....Tadi pun ada juga pengantin ambil gambar di situ....


Kalau sesiapa nak maklumat lanjut, sila klik di sini ok....




Saya kongsikan gambar-gambar menarik yang saya ambil waktu pertama kali saya ke sana.....


















Silalah bawa keluarga anda melawat LATB ini...

Cuti-cuti Malaysia....(^^)





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...